SHUKRI YAHAYA-AKTOR TV PALING PROLIFIK ERA INI
JULUNG KALINYA, AKTOR BERBAKAT BESAR, SHUKRI YAHAYA TAMPIL SEBAGAI PENGHIAS MUKA HADAPAN GLAM LELAKI EDISI JULAI 2019. ANAK KELAHIRAN KUALA LUMPUR INI TIDAK PERNAH TERLINTAS DI MINDANYA UNTUK BERGELAR PELAKON. TANPA DIDUGA, DEK BAKATNYA YANG LUAR BIASA, PINTU REZEKINYA DALAM DUNIA LAKONAN TERUS TERPAMPANG LUAS.

Kemeja kapas putih koleksi musim pra-luruh 2019 ilham Bottega Veneta dipadankan bersama jaket material sutera ringan jenama Dunhill.
Bergelar aktor in demand, Shukri Yahaya, 31 tahun tak pernah merancang untuk jadi pelakon. Berbekalkan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anak kelima daripada enam beradik ini pernah mencuba berbagai cabang kerja sebagai mata pencarian di awal kerjaya seninya. “Kerjaya sebelum berlakon, saya buat macam-macam. Antaranya, membuat kerja audit untuk syarikat 7 Eleven, Watsons, juga Maxis. Dan terakhir sekali sebelum menceburi dunia hiburan, saya bekerja sebagai kerani dengan Bank Muamalat Malaysia di Jalan Melaka.”
Shukri pernah menghubungi pengarah, Osman Ali dan bertanyakan peluang bagi dirinya untuk mencuba dunia lakonan. “Hasilnya, saya dirisik untuk membintangi filem Jiwa Taiko (keluaran 2012), yang langsung menjadi filem pertama saya. Sekali gus, langkah pertama saya memasuki dunia hiburan Malaysia,” sambung Shukri.
“Diikuti pula dengan tawaran saya berjudul Juvana yang disiarkan menerusi saluran TV3. Dari situlah saya mula jatuh cinta dengan dunia lakonan, dan teruskan perjuangan saya sehingga ke hari ini.”
Jiwa Taiko juga bukan calang-calang filem. Selain dibimbing arahan Osman Ali, filem itu juga dibarisi nama-nama besar dalam industri perfileman tanah air. “Senang kata, hero-hero Malayalah,” ujar Shukri.
“Termasuk Remy Ishak, Bront Palarae dan Fizz Fairuz. Masa itu, saya teruja melihat kehadiran para pelakon ini. Bila direktor jerit ‘Action!’, saya lagi kagum melihat mereka terus menyelami karakter masing-masing. Dari situ saya tanya pada diri, kenapa mereka ni tiba-tiba lain, eh? Haha. Masa itu, baru saya mula faham dan seronok dengan aspek lakonan.”

Windbreaker oversized berhud rona metalik emas gelap digarap dari material nilon citra Fendi.

Palet natural musim pra-luruh 2019 ilham Bottega Veneta. Digayakan bersama sepatu derby kulit dengan stud metal Prada.
Setelah lapan tahun berkecimpung dalam arena lakonan Shukri hanya pernah membintangi sebanyak lima buah karya filem. Ini kerana sumber rezeki utama Shukri buat masa ini bukanlah dari layar perak, tapi dari kaca televisyen dan platform digital.
Setakat ini, Shukri punya 35 drama bersiri dan lebioh 40 telefilem tersenarai dalam portfolio profesionalnya. Maksudnya, kalau dilihatkan secara purata, Shukri telah berlakon dalam empat buah drama bersiri dan lima telefilem setiap tahun. Tahun 2018 sahaja, Shukri tampil dalam tujuh buah drama bersiri, merentasi tiga saluran berbeza. That’s a lot. Jadi, tak keterlaluan jika disimpulkan Shukri adalah antara pelakon TV paling prolifik dewasa ini.
Kacak, tegap dan berkarisma, Shukri begitu serasi dan cemerlang dalam pembawaan watak hero romantik yang senang cerita, bisa membuat penonton wanita cair! Sehingga mampu melonjakkan populariti karya yang mendukung namanya. Tak hairanlah, drama siri adaptasi novel 7 Hari Mencintaiku, gandingannya bersama Siti Saleha yang ditayangkan menerusi Slot Akasia TV3, masih memegang rekod rating tontonan drama tertinggi di Malaysia dengan jumlah 12 juta tontonan.
Shukri turut berkongsi cerita tentang isterinya kepada Glam Lelaki, nyata dia masih dilamun cinta. “Isteri saya senantiasa berada di sisi. Kami susah senang bersama. Tya is the one for me. Besar sungguh nilai kepercayaan yang diberikan olehnya.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 FILEM HEBAT LAKONAN DATUK AARON AZIZ
Dikenali kerana bakat lakonan yang luar biasa, Datuk Aaron Aziz keperibadian yang memikat, serta keupayaan menghidupkan watak penuh jiwa.
5 FILEM BERTEMAKAN RAYA PILIHAN GLAM LELAKI
Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja diraikan dengan lagu-lagu yang menyentuh hati, tetapi juga dengan filem-filem bertemakan Raya yang menggamit emosi dan nostalgia.
FATTAH AMIN: MENJIWAI WATAK DALAM “BIDAAH”
Bidaah bukan sekadar drama, tetapi sebuah pengalaman emosi yang mendalam dan Fattah Amin adalah bintang yang menerangi kisah ini.
MEERQEEN: BINTANG MUDA MALAYSIA YANG MENAWAN
Dalam landskap hiburan Malaysia yang dipenuhi dengan bakat luar biasa, Meerqeen muncul sebagai pelakon muda paling bersinar dalam industri.
SHARNAAZ AHMAD BURU SYAFIQ KYLE
Pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad kembali menggegarkan industri perfileman Malaysia dengan filem terbarunya, Blood Brothers: Bara Naga
FATTAH AMIN: RAMADAN, FASA BARU SEBAGAI SEORANG BUJANG
Ramadan kali ini membawa makna yang berbeza buat Fattah Amin. Tahun-tahun lalu, dia menunaikannya sebagai seorang suami, berbeza tahun ini.