4 SELEBRITI HOLLYWOOD YANG JUGA AKTIVIS ALAM SEKITAR
The world is dying…dan kita semuanya memerlukan usaha yang lebih dalam memelihara dan memulihara dunia yang semakin dihimpit dengan pelbagai bencana dan kemerosotan dek kerakusan manusia. Bencana terkini adalah kebakaran hutan yang merebak di seluruh hutan Australia. Namun, GL mengagumi beberapa aktivis dari kalangan selebriti ini yang masih aktif dalam memelihara alam sekitar menggunakan pengaruh mereka.
—
1. MARK RUFFALO
Mark Ruffalo adalah salah seorang penyokong dan pembela alam sekitar dan menentang isu saluran paip Keystone XL yang memfokuskan kesan industri minyak dan gas ke atas bumi.
2. STING
The Rainforest Foundation telah dicipta oleh Sting dan isterinya, Trudie Styler. Organisasi ini beroperasi untuk menyelamatkan hutan hujan tropika, dan telah membantu mengekalkan lebih daripada 115,000 kilometer persegi.
3. ADRIAN GRENIER
Adrian sememangnya dikenali menyokong 19 badan amal dan kebanyakannya terlibat dengan isu-isu yang merosakkan persekitaran dan bagaimana ia mempengaruhi bekalan makanan. Dia juga mempunyai rancangan sendiri, “Alter Eco”.
4. LEONARDO DICAPRIO
Leonardo sememangnya aktivis alam sekitar yang terkenal. Beliau pernah menghasilkan dokumentari alam sekitar, The 11th Hour. Beliau turut berkhidmat dan menyokong hak aktivisme haiwan dan alam sekitar iaitu Persekutuan Hidupan Liar Dunia (WWF) dan Global Green USA.

Mandatory Credit: Photo by Buckner/Variety/REX/Shutterstock (5343725bt)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
LEONARDO DICAPRIO KEMBALI KE LAYAR PERAK MENERUSI ONE BATTLE AFTER ANOTHER
Lebih setahun tidak muncul dalam mana-mana filem, Leonardo DiCaprio kembali menghangatkan industri perfileman dengan naskah terbaru berjudul One Battle After Another.
NIK RIFA’IE: WAJAH UTAMA GL GANG & MENYELAMI KREATIVITI BINTANG BERBAKAT BESAR
Nik Rifa'ie yakin bahawa inisiatif ini akan membawa inspirasi kepada ramai, sekaligus membuka peluang baru.
LACOSTE STRIPS DOWN TAYLOR ZAKHAR PEREZ UNTUK KEMPEN TERBARU
Taylor Zakhar Perez tampil bergaya di hadapan lensa dengan hanya mengenakan Lacoste minimalist boxer briefs. Oh...hangat!