SEMARAKKAN AZAM TAHUN BARU DENGAN PUMA ZONE XT
Buat lelaki di luar sana yang inginkan hadiahkan pasangan sesuatu yang lain dari yang lain, apa kata sekali sekala hadiahkan kasut latihan buat si dia. Jenama sukan antarabangsa PUMA telah melancarkan kasut latihan wanita baru, yang dipanggil Zone XT, direka khas untuk latihan daya tahan dan aktiviti intensiti tinggi. Adriana Lima, duta global PUMA untuk segmen Latihan Wanita, dipilih menjadi wajah kempen ini dan dipaparkan beliau menunjukkan beberapa langkah latihan terbaik dengan kasut tersebut.

Adriana Lima
PUMA Zone XT diilhamkan oleh zon di mana kemajuan berlaku, detik apabila kelajuan jantung meningkat, membolehkan tubuh membakar lemak dengan lebih efisien, juga meningkatkan daya tahan dan meningkatkan kadar metabolisme. Antara faedah utama kasut latihan terbaru ini termasuk: Aspek sokongan, cengkaman sisi dan struktur kusyen untuk keselesaan maksimum – menjadikan Zone XT sesuai untuk semua jenis latihan, terutamanya latihan jarak intensiti tinggi (HIIT).
KELEBIHAN TEKNIKAL ZONE XT:
- KESELESAAN KUSYEN: HYBRID FOAM menggabungkan dua teknologi inovatif PUMA, iaitu IGNITE FOAM dan NRGY beads, yang menjanjikan keselesaan kepada si pemakai.
- CENGKAMAN: Tapak luaran yang diperbuat dari getah memberikan daya ketahanan maksimum untuk semua jenis latihan.
- SOKONGAN: Direka untuk memberi sokongan yang penuh untuk keseluruhan sesi latihan.
- REKA BENTUK: Corak garisan yang diinspirasikan dari garisan kadar denyutan jantung adalah simbolik untuk usaha yang diperlukan untuk kekal mencabar batasan ketika di sesi latihan.
Sesuai dilancarkan pada permulaan tahun baru ini, kasut Zone XT amat sesuai untuk menolong anda mencapai azam tahun baru anda yang berkaitan dengan rejim latihan. Zone XT PUMA boleh dibeli bermula 10 Januari di semua kedai-kedai PUMA, Al-ikhsan, Life Habitat Sunway Carnival, RSH dan juga puma.com pada harga RM429.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PILATES: SENAMAN BAHARU UNTUK LELAKI MODEN
Sudah tiba masa untuk keluar dari zon selesa dan masuk ke studio Pilates. Percayalah, badan anda akan berterima kasih
PUMA SPEEDCAT BALLET PERKENAL SILUET MARY JANE
Bersedia untuk pengalaman penuh gaya, feminiti serta kelajuan bersama PUMA Speedcat Ballet yang menjadi kehangatan balletcore!
GROOMING 101: TIPS RAPI BULU HIDUNG
Lelaki bergaya bukan sekadar tahu menyarungkan pakaian berjenama. Adakala “penampilan tidak diundang" - bulu hidung bisa mencalar imej.
TIPS GROOMING AIDILFITRI, JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR!
Menjelang Aidilfitri, persiapan rapi bukan sahaja melibatkan pakaian baharu dan juadah, tetapi juga grooming diri yang kemas dan segar.
4 TABIAT YANG BOLEH MENJEJASKAN KUALITI SPERMA
Berbasikal merupakan salah satu aktiviti yang boleh membahayakan sperma. Ketahui tiga lagi tabiat yang mempunyai pengaruh serupa.
8 JENAMA SKRUB TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Eksfoliasi adalah wira dalam rejimen penjagaan kulit. Ia membersih, memperbaiki tekstur kulit, membuka liang pori dan menghilangkan kotoran