JAM TANGAN LAKSANA EMAS KUNING TETAP MENJADI BUTIR PREFERENSI SUATU GAYA KLASIK. EKSPRESI BERANI NAN MEWAH YANG MEWAKILI TRADISI KETUKANGAN PEMBUATAN JAM INI SUDAH DILIHAT MELINGKARI TANGAN PARA JEJAKA BERDEKAD LAMANYA.
1 of 4
Jam Artisan Coin garapan Corum berharga RM83,400.
Seni penciptaan jam tangan barisan Coin, melayakkannya dijulang sebagai salah satu nukilan berjabat sejarah buat Corum serta lapangan pembuatan jam secara khususnya. Jam berdiameter 36mm ini diperbuat sepenuhnya daripada emas kuning 18k. Lantas diperkemas dengan crown bertatahkan berlian 0.17 karat dan bertali kulit buaya bergancu pin juga dari emas kuning.
Pelantun lagu ‘Diam’ ini nekad menjadi diri sendiri sebagai seorang anak seni bersifat asli. Padanya, era baru itu ialah sebuah kesempatan yang telah ditakdirkan Tuhan.
Magis edisi kali ini, Glam Lelaki membuka lembaran baru dalam naskhah dunia fesyen dan gaya lelaki alfa masa kini, mempersembahkan ‘NEW ERA’ - menampilkan penyanyi, Hael Husaini (35), pelakon, Mierul Aiman (26) dan pempengaruh, Amirul Daniel (25).
Mierul Aiman, pelakon yang lahir dari sebuah program realiti pencarian bakat, sudah mula bertapak dalam industri dan ‘meledak’ semenjak memegang pemeran utama drama “Projek: High Council” sebagai Fakri Ismet.