Skip to content

5 SENAMAN KEKAL FIT MUDAH KETIKA MOVEMENT RESTRICTION

Kongsikan artikel ini

Susulan pengumuman arahan Kawalan Pergerakan oleh kerajaan bagi membendung wabak Covid-19 yang semakin menular yang mencatatkan peningkatan kes dan dua kematian, rakyat Malaysia harus akur untuk terus berada di rumah, termasuk penutupan premis kerajaan mahupun swasta termasuklah gim dan pusat-pusat kesihatan. Atas sebab itu, pasti anda gusar jika berat badan akan naik mendadak dek arahan ini. Namun jangan risau, GL sarankan tujuh senaman mudah yang boleh anda lakukan untuk kekal fit dan bertenaga.

1. Berjalan
Gunakan tangga serta kawasan lapang di dalam atau ruang tamu rumah anda untuk berjalan. Sekiranya rumah anda tidak mempunyai tangga, anda cuma perlu berjalan di sekitar rumah untuk beberapa pusingan kerana ia membantu untuk menguatkan otot kaki. Pastikan anda sentiasa bergerak!

2. Tekan tubi
Anda tidak memerlukan ruang yang besar untuk melakukan senaman ini. Anda juga boleh mencuba latihan ini dengan berdiri pada dinding. Anda akan membina kekuatan lengan juga membabitkan kawasan otot dan dada. Cubalah!

3. Lari setempat
Joging atau berlari setempat adalah senaman yang bagus untuk kesihatan hati dan jantung. Anda boleh melakukannya sambil menonton televisyen atau mendengar muzik di rumah. Berpeluh sudah pasti sangat penting buat anda dek kekangan untuk berada di luar.

4. Squad
Latihan ini baik untuk kaki dan punggung. Anda boleh mencuba dengan duduk dan berdiri semula dari kerusi tetap. Lakukan senaman ini untuk beberapa kali dan ia akan memberi manfaat kepada seluruh tubuh anda.

5. Tarian rancak atau zumba
Menari, senaman yang sangat indah kerana ia juga bagus untuk kesihatan hati. Selain untuk kesihatan, menari juga boleh menaikkan semangat serta menggembirakan malah boleh disertai ahli keluarga yang lain.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ZIANA ZAIN RAIH GELARAN DATUK SELEPAS 30 TAHUN DALAM INDUSTRI

ZIANA ZAIN RAIH GELARAN DATUK SELEPAS 30 TAHUN DALAM INDUSTRI

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut

DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH

Bacaan Lanjut
GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

GAYA MEWAH ZEEKR 7X BLACK NOVA

Bacaan Lanjut
BIGBANG LANCAR SINGLE BAHARU, 'BIIIG' SEMPENA ULANG TAHUN KE-20

BIGBANG LANCAR SINGLE BAHARU, ‘BIIIG’ SEMPENA ULANG TAHUN KE-20

Bacaan Lanjut
THE ORDINARY BAWAKAN “PORE PLAYGROUND”: MENGUBAH CARA KITA MELIHAT BREAKOUT

THE ORDINARY BAWAKAN “PORE PLAYGROUND”: MENGUBAH CARA KITA MELIHAT BREAKOUT

Bacaan Lanjut