CASIO LANCAR MODEL KOLABORASI DENGAN HONDA RACING SAMBUT ULANG TAHUN KE-20 EDIFICE
Casio Computer Co., Ltd. hari ini mengumumkan ECB-10HR, model kolaborasi dengan Honda Racing yang meraikan ulang tahun ke-20 pelancaran jenama EDIFICE.

Honda Racing merujuk kepada aktiviti-aktiviti sukan bermotor yang dilaksanakan oleh Honda Motor Company, Ltd. di serata dunia. Syarikat ini telah menjadi tumpuan utama sebagai pembekal unit kuasa kepada pasukan Scuderia AlphaTauri Formula One sejak tahun 2018, yang mana Casio EDIFICE turut menjadi penyokong. Model baharu ini melambangkan kolaborasi ketiga antara Honda Racing dan EDIFICE, yang mana kedua-duanya mempunyai asal usul dari Jepun dan berkongsi semangat yang berkobar-kobar terhadap keupayaan teknologi tinggi.

ECB-10HR baharu ini menampilkan reka bentuk dengan warna seragam hitam dan merah kru Honda F1 yang menyokong pasukan Scuderia AlphaTauri Formula One dalam perlumbaan, berserta sentuhan warna emas bagi menyambut ulang tahun ke-20 EDIFICE. Muka dan bekas jam tangan yang berwarna hitam diperbuat daripada bahan karbon, yang juga sering digunakan dalam sukan bermotor masa kini, manakala logo Honda Racing, tali jam tangan kulit sebenar dan “20” pada bezel yang menunjukkan ulang tahun ke-20 berwarna merah. Logo EDIFICE, pada tepi bahagian dalam bezel dan jarum pada muka jam inset dihiasi dengan warna emas berunsur perayaan.
Model baharu ini adalah berdasarkan ECB-10, yang mana ciri-cirinya dibangunkan menurut rundingan bersama pasukan lumba Scuderia Alpha Tauri Formula One. Logo Honda muncul pada seluruh jam tangan ini dan juga pada pakej istimewa. Ukiran “Ulang Tahun ke-20 EDIFICE” pada bahagian penutup belakang jam tangan menerapkan lagi falsafah hidup Honda Racing dan semangat berunsur perayaan ulang tahun ke-20 EDIFICE pada jam tangan tersebut.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AUDEMARS PIGUET 150 HERITAGE DIIKTIRAF SEBAGAM JAM TANGAN KALENDAR DAN ASTRONOMI DI GPHG 2026
Audemars Piguet telah diiktiraf bagi kategori Jam Tangan Kalendar & Astronomi di acara Grand Prix d’Horlogerie de Genève tahun ini menerusi model jam tangan poket 150 Heritage. Kemenangan ini membuktikan kepercayaan para pakar industri kepada jenama jam tangan Switzerland ini.
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.
AUDEMARS PIGUET ‘THE WATCH KEEPERS’: TERPAKAI DAN DIIKTIRAF
Audemars Piguet memperkenalkan 'The Watch Keepers', perkhidmatan baharu bagi jam tangan Audemars Piguet terpakai yang disahkan.
DNA BERPARALEL BR-05 CHRONO SNOW ROCKET DAN SUKAN LUNCUR SKI
Sifat semulajadi sukan luncur ski mencerminkan DNA BR-05 Chrono Snow Rocket dengan ketepatan, kebolehbacaan, prestasi, dan penguasaan masa.
MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER
Terokai sorotan jam tangan terbaharu Oktober yang menyatukan warisan, inovasi dan estetika kontemporari.











