Skip to content

ALTIMET AKHIRNYA UNDUR DIRI

Kongsikan artikel ini

Kecewa! Mungkin itu yang dirasakan oleh Altimet apabila usahanya untuk menemukan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dengan barisan tertinggi Recording Performers Malaysia (RPM) berhubung isu royalti ditolak.

Ini menyebabkannya mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah RPM Jumaat lalu.

Freddie  berkata, dia terkejut dengan berita perletakan jawatan Altimet selepas keengganan Ahli Lembaga Pengarah RPM bertemu dengannya untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu badan kutipan royalti itu.

“Karyawan memiliki ramai ahli dalam RPM yang berpengalaman dan boleh membantu dalam menyelesaikan masalah pengagihan royalti, tetapi ditolak oleh Ahli Lembaga Pengarah RPM lain.

“Dengan perunduran Altimet, kini hanya tinggal empat ahli lembaga iaitu satu jumlah yang begitu kecil dan terdiri daripada mereka yang tidak berpengetahuan luas mengenai pengagihan royalti,” katanya dalam satu kenyataan.

RPM diterajui oleh Pengerusi, Datuk Sheila Majid dan empat Ahli Lembaga Pengarah RPM iaitu Altimet, Jaclyn Victor, Ana Raffali dan Aniu.

Sementara itu, Altimet berkata, dia sudah menyatakan hasrat meletak jawaran kepada Sheila dan tiga Ahli Lembaga Pengarah RPM.

“Masa untuk saya menjadi Ahli Lembaga Pengarah RPM sudah tamat. Tiada apa lagi yang mampu disumbangkan secara produktif dalam RPM. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan, lebih baik saya digantikan dengan orang yang boleh memberikan manfaat,” katanya.

 

Foto: Mohamad Bakar/Sumber: Berita Harian

 

Pautan berkaitan: JOE FLIZZOW – HIP HOP ROYALTY

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA

Bacaan Lanjut
5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
mew suppasit

MEW SUPPASIT & MONTBLANC MEISTERSTÜCK: MANIFESTASI JIWA DALAM SETIAP GORESAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut