Skip to content

REVERSO BURGUNDY

REVERSO BURGUNDY LAMBANG UMUR PANJANG

Kongsikan artikel ini

Satu rekaan jam tangan Reverso berona merah burgundy bakal hinggap ke butik Jaeger-LeCoultre tahun 2021. Ia adalah satu koleksi terhad sebagai tanda sambutan 90 tahun Reverso diperkenalkan. Jaeger-LeCoultre  sambut ulang tahun  kepenuh bermakna ini dengan mengeluarkan jam tangan Reverso Tribute Duoface Fagliano. Jam tangan yang hanya ada 190 utas ini dihasilkan dalam rona merah bergundy bersama case emas mawar menawarkan simbol umur yang panjang. Sesuai dengan usia jam tangan yang sudah menjangkau 90 tahun.

reverso burgundy

Pertama kali diperkenalkam pada 1931, jam tangan Reverso adalah untuk memenuhi pemain sukan polo. Ia direka dalam rekaan yang lebih ringkas selari dengan trend era ketika itu yakni art-deco. Bekas jam tangan diberikan teknik tertutup untuk mengelak daripada calar ketika bermain sukan polo. Dan, sehingga kini ia masih digunakan dan menjadi rekaan yang ikonik buat dunia horologi. Jam edisi terhad ini juga memilih untuk menggunakan rona burgundy sebagai memperingati rona klasik sewaktu jam ini diperkenalkan dahulu.

reverso burgundy

Tali reka oleh Casa Fagliano, pembukan but sukan polo asal Argentina

Jam tangan Reverso rona Burgundy lambang panjang umur

Reverso Tribute Duoface Fagliano yang dipilih sebagai tanda ulang tahun Reverso pertama kali diperkenalkan pula pada 1994. Ia mempunyai dua zon waktu dunia yang direka atas permukaan yang kontra. Ia lebih lancar dengan teknik Calibre 854A/2 oleh artisan tukang jam Jaeger-LeCoultre. Jam tangan ini juga lebih ekskusif kerana talinya direka oleh Casa Fagliano. Ia adalah jenama asal Argentina yang khusus serta mahir dalam menghasilkan but buat sukan polo. Jam tangan Reverso burgundy ini hanya ada 190 utas di dalam dunia dan hanya boleh dimiliki di butik Jaeger-LeCoultre.

Pautan Berkenaan: KILANG ZENITH BERTUKAR JADI KANVAS SENI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!

Bacaan Lanjut
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS

Bacaan Lanjut
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026

Bacaan Lanjut
LIMA TIPS PENGGAYAAN FESYEN ALA KABILAN JELEVAN

LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN

Bacaan Lanjut

DAYA TARIKAN TAHAN LASAK LUMINOX ADVENTURE WATCH

Bacaan Lanjut
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈS MILIKNYA

Bacaan Lanjut