Skip to content

ADAM LEVINE KEMBALI SEBAGAI JURI THE VOICE MUSIM KE-27

ADAM LEVINE MENOLAK UNTUK KEMBALI KE THE VOICE

Kongsikan artikel ini

Lapan tahun Adam Levine menjadi juri di The Voice sebelum menarik diri pada Mei 2019, jadi tidak hairanlah jika peminat-peminat mula rindu untuk melihat kelibat penyanyi Maroon 5 ini di atas pentas.

Tetapi nampaknya mereka hanya boleh menyimpan harapan kerana menurutnya, ia tidak akan menjadi kenyataan.

Isnin lalu, Levine membuka sesi soal jawab bersama peminat di Instagram Story miliknya. Dia menjawab pelbagai pertanyaan mengenai The Voice, dan salah seorang peminat bertanya adakah dia berminat untuk kembali ke rancangan tersebut.

“Kembali ke The Voice?” tanya peminat tersebut, dan jawapan yang diberikan sangat ringkas namun berpendirian, “Tidak, terima kasih.”

Peminat juga bertanyakan beberapa soalan lain antaranya adakah dia merindui rakan seperjuangannya yang juga merupakan juri di The Voice, Blake Shelton. Dengan nada bergurau dia menjawab, “Siapa Blake?”

Belum habis mengenai Shelton, peminat terus-menerus bertanya apakah album Shelton yang menjadi kegemarannya. Selorohnya, “Siapa Blake yang anda maksudkan ini?”.

 

Foto: Trae Patton/NBC

 

Levine menjadi antara juri terawal yang menduduki kerusi juri The Voice pada 2011. Dia menarik diri selepas 16 musim pada tahun lalu. Tempatnya kemudian digantikan oleh Gwen Stefani.

Sebenarnya terdapat banyak gosip-gosip liar mengenai Levine sepanjang penglibatannya dalam The Voice. Dia dikatakan sukar memberikan kerjasama, berkelakuan diva, dan enggan melakukan penggambaran pada hari Ahad.

“Dia berkelakuan seperti budak kecil, merengus di depan kru dan juri lain. Sukar bekerjasama dengannya di set lebih-lebih lagi jika dia berada di persekitaran baru dengan orang ramai.”

Sumber menambah, dia juga kecewa kerana tidak mempunyai penyanyi di dalam pertandingan tersebut untuk bertanding pada musim ke-16.

Namun Levine tidak meninggalkan rancangan itu dengan tangan kosong. Dia pernah menang besar sebanyak tiga kali iaitu pada musim pertama (Javier Colon), musim ke-5 (Tessanne Chin) dan musim ke-9 (Jordan Smith).

 

Foto: Mark Seliger/NBC

 

Pautan berkaitan: PEWDIEPIE DINOBAT LELAKI TERKACAK 2020 OLEH TC CANDLER

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

jalil hamid

MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA

Bacaan Lanjut
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK

EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA

Bacaan Lanjut
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
5 'POSTING' INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM FITNESS

5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
8 LAGU IKONIK NYANYIAN MICHAEL JACKSON

8 LAGU IKONIK NYANYIAN ‘THE LEGENDARY’ MICHAEL JACKSON

Bacaan Lanjut