Skip to content

Aaron Rodgers Dilantik Sebagai Duta Jam Tangan Zenith

Kongsikan artikel ini

Legenda quarterback NFL, Aaron Rodgers kini menjalinkan kerjasama bersama label jam tangan Swiss, Zenith sebagai wajah wakilan baharu mereka.

Aaron Rodgers mempersonifikasikan falsafah Maison Zenith ‘Time to Reach Your Star’ dengan cukup tepat. Oleh itu, legenda NFL ini telah dilantik sebagai duta jam tangan Zenith untuk pasaran Amerika Utara. Dia dikenali dengan kerja keras, semangat, ketabahan dan juga disiplin yang meletakkan dia di puncak kerjayanya hari ini.

Seni pembuatan jam tangan Swiss dan bola sepak Amerika berkongsi banyak persamaan, termasuklah dalam mencari kesempurnaan dan ketepatan. Seorang quarterback perlu melontarkan bola dengan sempurna, kerana perlawanan bola sepak Amerika ini selalunya ditentukan dengan perbezaan beberapa inci sahaja.

Disenaraikan sebagai quarterback nombor satu di NFL, Aaron Rodgers juga telah memecahkan pelbagai rekod dan turut dinamakan Most Valuable Player. Dia juga telah mengetuai pasukannya iaitu Green Bay Packers menjadi juara Superbowl XLV. Hari ini, dia terus kekal mencabar diri untuk menjadi pemain terbaik dan bermain pada prestasi tertinggi dalam setiap perlawanan.

“Bola sepak Amerika adalah sukan yang mementingkan ketepatan. Anda perlu menghabiskan masa untuk belajar. Ia bukan hanya berlari di atas padang sepantas yang boleh, atau melontarkan bola sejauh yang mungkin,” bilang Aaron. Dalam sebuah perlawanan yang sengit, masa menjadi penentu segalanya. Seorang quarterback hanya mempunyai beberapa saat untuk mencari pemain lain dan membuatkan lontaran kemenangan.

Jika Aaron Rodgers menjadi ketua ketepatan di atas padang, Zenith pula sudah menjadi peneraju dalam ketepatan dan kesempurnaan dalam seni pembuatan jam tangan untuk lebih 50 tahun. Semuanya kerana gerakan kronograf El Primero yang terkenal dalam mengira waktu sehingga 1/10 setiap saat.

“Nama Aaron Rodgers sudah pasti akan terpahat dalam sejarah kerana telah mengubah sukan bola sepak Amerika. Dia sangat dikagumi kerana fokus, keazaman dan semangat juang untuk mencabar diri dan mengetuai pasukannya ke pentas kejuaraan. Aaron telah menggapai bintang, tetapi kekal rendah diri dan disegani di luar padang,” menurut CEO Zenith, Julien Tornare.

Tambah Aaron, “Saya cukup teruja bersama Zenith sebagai seorang duta. Selain sentiasa mecabar sempadan, saya turut mengagumi usaha Zanith dalam memberi inspirasi kepada golongan lelaki dan wanita muda untuk menggapai bintang dan mengejar cita-cita menjadi realiti.”

Inspirasi Sukan Zenith Chronomaster Sport

Persona milik Aaron Rodgers cukup sempurna selaku duta untuk kempen jam tangan Chronomaster Sport daripada Zenith. Koleksi ini menampilkan kaliber kronograf El Primero. Zenith terus mencabar sempadan dalam seni pembuatan jam tangan. Zenith menghasilkan inovasi kronograf 1/10 setiap saat di atas bezel seramik yang pertama di dunia, dalam memastikan ketepatan yang sempurna. Desain dail yang mudah, dengan kaunter tiga warna berbeza dan apertur tarikh diantara jam 4 dan 5. Gerakan automatik telah ditingkatkan dengan 60-jam kuasa simpanan dan pemberat ayunan berbentuk bintang baharu dengan rekaan satin, yang boleh dilihat melalui permukaan bawah jam. Ia hadir dalam keluli tahan karat bersama bezel seramik hitam dan dial lakuer hitam atau putih.

Koleksi Chronomaster Sport ini boleh didapati melalui butik dalam talian Zenith dan peruncit sah di seluruh dunia bermula Februari 2021.

 

Baca lebih lanjut: THE ROLLING STONES KELUARKAN JENAMA COKLAT SENDIRI

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut
Luminox Malaysia

KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA

Bacaan Lanjut
Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut