KEDIAMAN ‘BERHANTU’ LIAM PAYNE KINI MILIK HALSEY
Dengan berita kehamilan yang diumumkan dua hari lalu, nampaknya Halsey memerlukan kediaman yang lebih selesa untuk membesarkan keluarga.
Penyanyi Ghost ini baru sahaja mengambil alih hartanah lama gaya Sepanyol daripada rakan selebriti, Liam Payne. Menurut Dirt, Halsey atau nama sebenarnya Ahsley Nicolette Frangipane membelanjakan RM41 juta untuk membeli rumah agam yang terletak di sebuah komuniti berpagar di Calabasas, California.
Payne yang merupakan bekas ahli One Direction membeli kediaman tersebut pada 2015 ketika bekas teman wanitanya, Cheryl Cole hamil anak pertama. Pasangan itu kemudian berpisah pada 2018.
Rumah agam tersebut mula dijual pada harga RM57 juta selepas perpisahan mereka, namun harganya beransur-ansur jatuh. Payne kemudian menyenaraikan kediaman tersebut untuk disewa. Pada Jun tahun lalu, penyanyi Strip That Down itu menurunkan harga jualan sehingga RM41 juta.
Foto yang dimuat naik oleh Dirt menunjukkan hartanah seluas 9,659 kaki persegi yang dikelilingi pepohon rimbun. Ia mempunyai lima bilik, lapan bilik air serta pelbagai ciri mewah termasuk perpustakaan dua tingkat, bilik pawagam, bilik wain dan ruang hiburan, serta kolam renang di luar kediaman.

Foto: Redfin

Foto: Redfin
Terdapat juga kolam ikan koi dan studio rakaman di rumah tetamu berasingan, cukup sesuai untuk Halsey mencari ketenangan sambil merakam lagu.
Pada 2017, Payne mendedahkan kepada media bahawa dia berasakan rumah agam miliknya itu berhantu. Cole juga enggan tidur di tingkat atas sewaktu hamil.
“Saya lihat lampu menyala dan mati di tengah malam dan beberapa perkara menyeramkan, seperti paip dihidupkan dan dimatikan,” kata Payne.
“Jika anda tidak mempercayainya, saya rasa ia tidak akan mengganggu anda. Namun Cheryl menolak untuk tidur di tingkat atas, jadi kami tiidur di bilik pawagam sahaja,” ujarnya. Namun kebenarannya, tiada siapa mengetahui.
Foto: Dirt
Pautan berkaitan: WILMER VALDERRAMA PEMILIK KERETA IKONIK THAT ‘70S SHOW
Tags
Artikel Yang Berkaitan
AMANDA AMRY, PERSONALITI CHEEKY DAN WAJAH AYU
Amanda Amry, nama yang mungkin terkenal dalam kalangan pencinta muzik dan kecantikkan muda, GLAM Lelaki turut sempat menemubualnya.
HAEL HUSAINI, BAEKHYUN DAN RAMAI LAGI MENGADAKAN KONSERT OGOS 2025 INI
Bulan Ogos 2025 ini bakal dipenuhi dengan konsert dari seluruh dunia dan pelbagai genre buat peminat-peminat muzik di Malaysia.
KENALI SYED ABDULLAH SYED ABDUL RAHMAN, ABANG YB SYED SADDIQ YANG TAMPAN PERSIS MODEL
Kami di GL tidak boleh menafikan personaliti serta aura tampan abang kepada YB Syed Saddiq itu.
IRFAN HARIS: FIGURA MUZIK MODEN BERGAYA
Irfan Haris Othman, penyanyi kelahiran Johor Bahru pada 29 November 2001, telah meniti perjalanan seni yang penuh warna sejak usia remaja.
KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?
Dalam dunia selebriti yang penuh drama, Justin Bieber menjadi bualan bukan kerana muzik terbaru, tetapi kerana satu dakwaan yang mengejutkan.
JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER
Johnny Depp, bintang legenda hadir dengan transformasi yang mengubah persepsi – satu gaya silver fox yang membangkitkan perbualan hangat.