PENYANYI WATCH ME, SILENTO DITAHAN ATAS TUDUHAN MEMBUNUH
Pasti anda masih ingat lagu Watch Me (Whip/Nae Nae) yang menjadi kegilaan pada tahun 2015. Dua hari lalu, penyanyi dan komposer lagu tersebut, Silento ditangkap atas dakwaan membunuh.
Lebih mengejutkan, mangsa adalah sepupunya sendiri, Frederick Rooks yang berusia 34 tahun. Silento ditahan pada Isnin lalu dan ditempatkan di Penjara DeKalb, menurut kenyataan daripada jabatan polis DeKalb di Twitter.
Silento atau nama sebenarnya Richard Lamar Ricky Hawk ditangkap selepas polis menyiasat kematian Rooks yang ditemui dengan beberapa kesan tembakan di sebuah kediaman di Panthersville, Georgia pada 21 Januari lalu.
Jurucakap polis, Michaela Vincent memberitahu media bahawa setelah siasatan menyeluruh dilakukan, penyanyi rap itu dikenal pasti sebagai sepupu mangsa dan orang yang bertanggungjawab atas pembunuhan Rooks.
Silento yang mula dikenali selepas video muzik Watch Me mendapat 1.8 bilion tontonan di YouTube mempunyai rekod lampau dengan pihak polis. Dia pernah ditahan dua kali pada Ogos tahun lalu atas keganasan domestik dan serangan bersenjata.
Dia dibawa ke dalam tahanan pada 28 Ogos setelah gangguan domestik dilaporkan di Santa Ana, California. Namun dibebaskan dengan tuduhan memukul dengan tujuan memberi hukuman kepada pasangan atau keluarga.
Hari berikutnya, polis melaporkan penyanyi ini dilihat memegang kapak di tangan, dikhabarkan sedang melilau mencari teman wanitanya di Los Angeles. Dia kemudian ditangkap tidak jauh dari lokasi tersebut dan didakwa atas dua tuduhan serangan bersenjata oleh Pejabat Peguam Daerah Los Angeles. Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 22 Mac akan datang.
Belum reda berita keganasan tersebut, muncul lagi kes baharu. Dia ditahan dua bulan kemudian pada pukul tiga pagi atas kesalahan memandu.
Menurut laporan, Silento memandu pada kelajuan 143 km/j dalam zon 65 km/j. Dia didakwa atas kesalahan melebihi had laju maksimum, memandu secara berbahaya, serta berhenti atau meletakkan kenderaan di kawasan larangan.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: RAPPER IRON DITEMUI MATI, BEKAS KEKASIH MUAT NAIK MESEJ SAMAR
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KILLA DRIZ, PENYANYI RAP GENERASI BAHARU
Killa Driz sudah ada perancangan besar untuk karier muzik dan misinya untuk terus mengukuhkan nama dalam industri muzik.
10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA
Walaupun ramai menganggap idol rapper hanyalah pelengkap lagu, realitinya segelintir bintang mampu menyaingi rapper profesional.
KHABAR ANGIN JUSTIN BIEBER MUFLIS BENAR BELAKA?
Dalam dunia selebriti yang penuh drama, Justin Bieber menjadi bualan bukan kerana muzik terbaru, tetapi kerana satu dakwaan yang mengejutkan.
JOHNNY DEPP KEMBALI DENGAN GAYA ‘SILVER FOX’ DALAM FILEM TERBARU DAY DRINKER
Johnny Depp, bintang legenda hadir dengan transformasi yang mengubah persepsi – satu gaya silver fox yang membangkitkan perbualan hangat.
TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA
Tom Hard lebih daripada sekadar wajah garang dan berrahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga hebat dan aura maskulin.
5 GAYA FESYEN NABIL AHMAD
Nabil Ahmad bukan sahaja dikenali sebagai pengacara berbakat dan pelawak versatil, tetapi juga dengan gaya uniknya.