LOUIS VUITON HADIRKAN METEORE, HARUMAN WISH LIST BAHARU LELAKI
Semuanya bermula pada tahun 2018 apabila Louis Vuitton mula melancarkan haruman buat lelaki. Bermula dengan empat minyak wangi iaitu L’Immensité, Nouveau Monde, Orage, Sur la Route and Au Hasard, Louis Vuitton komited untuk menghasilkan serta mencipta kepelbagaian haruman buat lelaki. Maestro haruman Louis Vuitton, Jacques Cavallier Belletrud yang berpangkalan di Grasse kini menghadiahkan satu lagi pilihan buat anda.

Terbaru Louis Vuitton dan Jacques Cavallier Belletrud memperkenalkan Météore, sebuah haruman yang membawa definisi kepada kuasa dan cahaya. Jacques Melihat haruman ini adalah cerminan kepada kebebasan, dan juga keterbukaan kepada setiap cabaran juga peluang. Jacques juga melunaskan penghasilan minyak wangi ini dengan berpandukan kepada imaginasinya melihat bagaimana peluang satu minit boleh mencetus perubahan kepada hari-hari mendatang dan untuk itu dia berpendapat haruman ini haruslah mencetus kepada kesegaran yang ekstra, yang memandu adrenalin untuk ‘menolak’ kita membuka langkah debut ke satu ruang yang lebih besar.
Jadi apa yang Jacques satukan dalam haruman terbaru ini? Dia meramu sitrus, bergamot yang dibawa dari Calabri, cetusan sitrus daripada Limau Mandarin dan oren Sicilian. Jacques tidak mahu nota-nota segar ini sekadar menjadi pembuka, dia mahu ia menjadi teraju utama kepada Météore. Oleh kerana itulah dia turut menambah neroli yang membuatkan elemen sitrus lebih menonjol. Dia juga menambah cardamim dan nutmeg yang diterbangkan dari Indonesia. Maka terhasillah Météore yang bisa menerbangkan imaginasi bebas melangkaui awan dan langit nan membiru, membawa kita ke ruang tiada batas. Météore kini boleh dibeli di butik Louis Vuitton juga secara dalam talian louisvuitton.com
Artikel Berkaitan: PUSING DAN SEMBUR, BLEU DE CHANEL BERWAJAH BARU
Artikel Berkaitan:Meraikan Cinta Dengan Sebotol Haruman Baharu Louis Vuitton
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLABORASI LOUIS VUITTON DAN J-HOPE, DENGAN LV BUTTERSOFT SNEAKER
Louis Vuitton mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju inovasi fesyen dengan LV Buttersoft Sneaker sebagai kolaborasi bersama J-Hope.
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.
LOUIS VUITTON : POP-UP ART OF GIFTING DI SURIA KLCC
Louis Vuitton Pop-Up Art of Gifting di Suria KLCC Mall, menampilkan seleksi eksklusif hadiah, personalisasi produk & pengalaman imersif.
DARI PASAR KE PERSONALITI ANDA, FUGAZZI HADIR BERSAMA TROVE
Jenama wangian FUGAZZI Frangrances kini boleh didapati di Kuala Lumpur dibawah naungan TROVE sebagai tanda kolaborasi di Asia Tenggara.
FESYEN MUSIM PANAS LELAKI MODEN DAN MINIMALIS KINI
Fesyen musim panas lelaki menumpukan perhatian kepada perkara paling asas iaitu dari segi pemilihan fabrik dan siluet longgar. Kemuncak industri fesyen adalah apabila tiba musim bunga dan musim panas, di mana para pereka fesyen menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap koleksi terbaru yang bakal dipersembahkan atas pentas runway. Koleksi fesyen musim panas lelaki kali ini menumpukan…











