Skip to content

NAIK ANGIN SEMASA PERLAWANAN, CRISTIANO RONALDO BAKAL BERDEPAN HUKUMAN?

NAIK ANGIN SEWAKTU PERLAWANAN, CRISTIANO RONALDO BAKAL BERDEPAN HUKUMAN?

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Kapten skuad Portugal, Cristiano Ronaldo mungkin akan dikenakan tindakan kerana bertindak keterlaluan di atas padang sewaktu menentang Serbia Ahad lalu.

Ronaldo dilaporkan mengamuk selepas jaringannya pada minit akhir permainan dinafikan. Hakikatnya, skuad itu bakal memperoleh kemenangan 3-2 jika jaringan tersebut diambil kira. Keputusan tersebut menyebabkan Portugal sekadar terikat 2-2 dengan Serbia dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia.

Lebih mengecewakan, tiada penggunaan teknologi jaringan gol pada aksi tersebut. Ini sekali gus menjadi punca mengapa Ronaldo menjerit kepada pembantu pengadil dan mencampak lilitan kapten lalu meninggalkan padang.

 

Foto: The Guardian

 

Menurut Corriere dello Sport, dia mungkin berdepan hukuman dari Fifa jika tindakan itu dianggap menyinggung atau merupakan salah satu bentuk keganasan.

Artikel 11 dalam Kod Disiplin menjelaskan, ‘persatuan atau pasukan termasuk pemain, pegawai atau mana-mana ahli bertugas mesti mematuhi Undang Undang Bola Sepak, Statut Fifa dan peraturan, arahan, garis panduan, notis dan keputusan Fifa, serta mematuhi prinsip kesaksamaan, kesetiaan dan integriti.’

Namun belum dipastikan sama ada dia melanggar undang undang Artikel 11 ataupun tidak.

1 of 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KENALI WAGS PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026

KENALI WAGS PEMAIN BOLA SEPAK FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026

10 PEMAIN BOLA SEPAK YANG DINANTIKAN INI BAKAL BERMAIN DI FIFA WORLD CUP 2026

Bacaan Lanjut
FIFA WORLDCUP 2026 KEMBALI, KETAHUI PEMENANG-PEMENANG TAHUN SEBELUM INI

FIFA WORLD CUP 2026 KEMBALI, KETAHUI PEMENANG-PEMENANG TAHUN SEBELUM INI

Bacaan Lanjut

REXONA MALAYSIA PENAJA RASMI FIFA WORLD CUP 2026™

Bacaan Lanjut

MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS

Bacaan Lanjut
MANCHESTER UNITED KEMBALI KE KUALA LUMPUR

MANCHESTER UNITED KEMBALI KE KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut