4 TIP ELAK MULUT BERBAU KETIKA BULAN PUASA
Mulut berbau ketika berpuasa? Ikuti 4 tip ini untuk memastikan mulut tidak berbau serta kekal segar sepanjang bulan Ramadan ini.
Sepanjang Ramadan, mulut akan menjadi kering ketika berpuasa sudah menjadi kelaziman saban tahun. Mulut yang kering selalunya akan mengeluarkan bau mulut yang kurang disenangi, dan adakalanya ia akan mengganggu tahap keyakinan seseorang. Jika anda mengalami masalah mulut berbau ketika berpuasa, terdapat beberapa cara mudah untuk anda ikuti dalam penjagaan mulut untuk kekal segar.
Walaupun dengan pemakaian pelitup muka ketika bekerja mahupun kala membeli juadah buka puasa di bazar Ramadan, ia tidak bermakna anda tidak perlu lagi menjaga kesihatan mulut untuk memastikan ia sentiasa bersih dan segar.
Ikuti 4 tip ini untuk memastikan mulut tidak berbau dan kekal segar sepanjang bulan puasa:
Jangan berus gigi sejurus selepas makan!
Selepas bersahur, anda digalakkan untuk menunggu selama 30 sehingga 60 minit untuk memberus gigi. Jangan memberus gigi sejurus selepas makan. Ini akan membenarkan air liur untuk membersihkan sisa makan yang terdapat di dalam mulut supaya tahap PH kembali menjadi normal selepas makan.
Elakkan makanan yang membuat mulut berbau.
Selain berpuasa yang menyebabkan mulut berbau, beberapa jenis makan turut sama akan membuat mulut berbau sepanjang hari. Selain bawang putih, bawang merah dan cili, makanan laut laut seperti ikan juga boleh memberikan kesan kepada kesegaran mulut. Perahkan lemon pada hidangan ikan untuk mengurangkan kesan ini. Minuman berkafiena juga dapat membuat mulut kering nanti.
Jaga kebersihan mulut dan lidah anda.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada mulut berbau adalah kebersihan lidah. Ketika memberus gigi 30 hingga 60 minit selepas bersahur atau berbuka puasa, anda digalakkan untuk membersihkan lidah menggunakan berus gigi, pembersih lidah ataupun flos gig untuk memastikan kesihatan mulut anda terbaik sepanjang bulan Ramadan.
Amalkan diet yang seimbang dan kurang gula.
Ketika berbuka puasa, sudah pasti ramai yang mahu menikmati minuman manis serta hidangan pembuka seperti kuih-muih dan pemanis mulut yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Ini kerana ia dapat meningkatkan pembiakan bakteria di dalam mulut, lanats membuat mulut berbau. Anda digalakkan untuk berbuka puasa dengan kurma, buah-buahan dan sayur-sayuran, serta probiotik seperti yogurt untuk mengekalkan kesihatan mulut.
Foto: Pexels & Getty Images
Baca lebih lanjut: BUFET RAMADAN ‘MUHIBBAH MALAYSIA’ DI PAVILION HOTEL KUALA LUMPUR
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE PERKENAL MENU BARU
Nikmati pengalaman gastronomi baru di ATAS, The RuMa Hotel dengan menu lunch yang menampilkan hidangan Eropah klasik berjiwa Malaysia.
THE RUMA HOTEL AND RESIDENCES MEMPERKENALKAN SAJIAN BAHARU EROPAH UNTUK ATAS
The RuMa Hotel and Residences menampilkan reka bentuk semula restoran istimewanya, ATAS. ATAS menggunakan sentuhan persona bistro baharu dan menawarkan pengalaman menjamu selera yang segar.
RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR
Bersempena Hari Bapa tahun ini, M Resort & Hotel Kuala Lumpur mahu menghargai hero dalam hidup anda dengan pengalaman gastronomi istimewa pada 16 Jun 2024.
UBAT GIGI UNGU TERBAHARU UNTUK SENYUMAN LEBIH BERSINAR
Buat lelaki yang mahukan gigi putih bersinar, ubat gigi Colgate Optic White Purple merupakan ‘beauty hack’ untuk pemutihan gigi dengan teori colour-correction untuk senyuman penuh keyakinan.
5 TIP ELAK MULUT BERBAU KALA BERPUASA DI BULAN RAMADAN
Berpuasa boleh menyebabkan nafas berbau atau halitosis akibat pengeluaran air liur yang berkurangan. Ini cara untuk mengatasinya.
10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND
Mahu pengalaman kembara yang luar biasa ke New Zealand? Nikmati percutian musim luruh dengan festival kebudayaan dan destinasi yang mesra-Muslim yang mengagumkan.