Skip to content

METAVERSE MEMBENTUK DUNIA HIBURAN TANPA SEMPADAN

METAVERSE MEMBENTUK DUNIA HIBURAN TANPA SEMPADAN

Kongsikan artikel ini
1 of 5

Metaverse membentuk dunia hiburan melalui konsert, permainan video dan juga filem.

Sekitar Oktober 2021, Facebook menjenamakan semula dirinya sebagai Meta dengan menggunakan konsep yang masih pada tahap idea yang sedang berkembang dalam teknologi — Metaverse. Tidak sampai setahun kemudian, kita dapat saksikan bagaimana idea Metaverse membentuk semula dunia, terutamanya dalam industri hiburan.

Tetapi, sebelum kita melihat bagaimana dan mengapa Metaverse dianggap masa depan bagi industri media dan hiburan, kita perlu memahami di mana Metaverse, hari ini.

Teknologi Metaverse kini menjadi sebahagian besar perbincangan di Internet dan media arus perdana. Beberapa syarikat gergasi telah menunjukkan kehadiran mereka ke dalam Metaverse. Ini termasuk gergasi fesyen seperti Gucci, Louis Vuitton dan Dolce & Gabbana, jenama kasut terkenal Nike dan Adidas, pengeluar minuman ringan Coca-Cola dan pengeluar kereta Korea Selatan Hyundai.

Walau bagaimanapun, Metaverse masih suatu konsep yang tidak jelas. Sebahagian besarnya dilihat sebagai gambaran pada masa depan tentang bagaimana seseorang individu berinteraksi dengan persekitarandan bagaimana Internet akan lebih maju dalam beberapa tahun mendatang.

Namun, beberapa syarikat media dan teknologi seperti Meta, Microsoft, Google dan Apple sedang mencorakkan Metaverse dengan memperkenalkan produk atau ciri baharu kepada produk dan perkhidmatan sedia ada.

1 of 5

By Ameerul Hamzah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 KOLEKSI H&M INNOVATION STORY PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
MARK ZUCKERBERG UMUM KHABAR GEMBIRA

NILAI KEKAYAAN MARK ZUCKERBERG MEROSOT AKIBAT GANGGUAN TEKNIKAL MEDIA SOSIAL

Bacaan Lanjut

Elon Musk Kini Manusia Terkaya Di Dunia

Bacaan Lanjut

ADAKAH FACEBOOK BAKAL DITUTUP?

Bacaan Lanjut

‘JARVIS’ versi Mark Zuckerberg

Bacaan Lanjut