BE YOUR OWN BOSS
BOSS PARFUMS MEMPERKENALKAN WANGIAN BAHARU BOSS BOTTLED PARFUM YANG MENANGKAP AURA LUAR BIASA DAN MEMBERI IMPAK KEPADA SETIAP INDIVIDU.

Hael Husaini
Kehadiran wangian baharu ini, BOSS Bottled Parfum oleh BOSS Parfums yang menyerlahkan aroma maskulin dengan kekuatan tersendiri penuh berkarisma luar biasa. Komposisi woody-ambery simbolik pati utama dan teskturnya lambang signature BOSS Bottled yang kekal abadi. Bauanya menangkap aura BOSS dalam diri anda. Tidak kisahlah apa jua jantina, yang penting diri anda kini berubah nasib seiring dengan semangat BOSS.

Eyka Farhana
Pernahkah anda terfikir suatu hari nanti anda bakal bertukar status sebagai seorang BOSS? Segala arah tuju itu adalah bergantung kepada keberanian individu. Oleh itu, BOSS kini bertukar haluan dengan memasuki era baharu, lebih berani dan lebih memberi impak berbanding sebelum ini. Jenama ikonik ini juga sangat mengagumi individu yang berazam untuk menjadi apa sahaja dia mahu. Jadilah BOSS untuk diri sendiri, jalani kehidupannya dan mainkan peranan dengan lancar barulah anda mudah bergerak ke hadapan. Sesuai dengan moto utama “Be Your Own Boss”, kecapi sehingga ke peringkat yang belum pernah anda duduki.

Nalisa Alia
Untuk kempen bersama, GLAM dan Boss Parfums menampilkan tiga personaliti berlainan karier dan juga kehidupan. Penyanyi dan komposer terkenal Hael Husaini, Model Nalisa Alia Amin dan pelakon Eyka Farhana tampil dengan semangat membara. BOSS Bottled Parfums menyerlahkan personaliti BOSS dalam diri mereka.
Hael Husaini
“My ultimate BOSS bagi saya adalah berkaitan dengan diri saya sendiri. Ibarat kanvas kosong dan hanya saya yang melakarnya dengan sempurna. Seperti perjalanan karier saya sebagai penyanyi, ada cabaran yang perlu saya lalui. Namun keyakinan diri ini yang membawa kepada kejayaan yang saya impikan.”
Eyka Farhana
“Ultimate BOSS dalam kehidupan saya adalah karier saya sebagai aktres. Saya bergelar seorang pelakon di usia yang muda, bagi saya itu adalah pencapaian terbesar buat diri saya.Jadilah BOSS untuk diri sendiri, jalani kehidupannya dan mainkan peranan dengan lancar barulah anda mudah bergerak ke hadapan. Sesuai dengan moto utama “Be Your Own Boss”, kecapi sehingga ke peringkat yang belum pernah anda duduki.”
Nalisa Alia Amin
“Me,myself and I, itulah interprestasi saya terhadap my ultimate BOSS. Pengalaman sebagai seorang model plus-size menjadi medium untuk saya menjadi inspirasi kepada individu di luar sana jangan malu dengan diri sendiri, serlahkanlah personaliti diri tanpa ada sekatan.”
Serlahkan dan ubah diri anda bersama pilihan wangian istimewa ini. Dapatkan wangian BOSS Bottled Parfum di pusat beli-belah terkemuka dan di LazMall Malaysia.
Artikel berkaitan BOSS BOTTLED PARFUMS HADIR LEBIH BERANI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GEMA RAMADAN 2026: MERAYAKAN “SHARE THE JOY” DALAM KILAUAN SWAROVSKI
Swarovski memperkenalkan Gema Ramadan 2026 berteraskan “Share the Joy”, menampilkan Eyka Farhana, Mimi Lana dan Sharifah Rose.
9 PELAKON MALAYSIA YANG MULA BERLAKON SEJAK KECIL
Industri lakonan Malaysia telah dihiburkan dengan gelagat dan lakonan licik dari pelakon-pelakon malaysia sejak mereka kecil lagi
MENCARI SUT BAHARU? PERGI KE BOSS, SACOOR BROTHERS, MASSIMO DUTTI DAN BANYAK LAGI
Sut adalah refleksi keyakinan dan kematangan gaya lelaki. Terokai jenama sut antarabangsa yang menjadi rujukan utama dunia fesyen lelaki moden
5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI
Hael Husaini, Anuar Zain, Syamel, Fattah Amin dan Nicholas Saputra tampil memikat dalam rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.
6 ARTIS WANITA YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Barisan artis wanita melakar detik indah pada tahun 2025 apabila memilih untuk berkahwin dengan jejaka pilihan hati mereka.
Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain.











