‘ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2’ BAKAL DITAYANGKAN 4 JANUARI 2024
Setelah 5 tahun selepas filem pertama ditayangkan, Grand Brilliance Studio bakal kembali dengan “Anak Perjanjian Syaitan 2” yang akan mula menghantui peminat bermula awal tahun hadapan.
Grand Brilliance Studio mempersembahkan filem genre seram “Anak Perjanjian Syaitan 2″ yang kini kembali untuk menuntut janjinya di pawagam serta menghantui peminat filem seram tempatan, terutamanya di Malaysia dan Brunei.
Buat pertama kalinya, Eyka Farhana telah diberikan tanggungjawab untuk melakonkan watak utama dalam filem ini. Bergandingan dengan barisan pelakon hebat lain seperti Alif Satar dan Fasha Sandha. Juga dibantu oleh Azlan Komeng, Dian P. Ramlee, Azizah Mahzan, Shaharuddin Thamby dan ramai lagi.
“ANAK PERJANJIAN SYAITAN 2” DITAYANGKAN PADA 4 JANUARI 2024
Filem ini diarahkan oleh Dr. Ahmad Idham, seorang sutradara hebat yang terkenal dengan karya-karya pecah panggung sebelum ini. Kini membuat kemunculan semula di kerusi pengarah selepas empat tahun ‘berehat’ dari pembikinan filem.

“Anak Perjanjian Syaitan 2” mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita muda bernama Azlinda (Eyka Farhana). Dia dalam perjuangannya menentang pertarungan mistik yang menghantuinya sejak kecil. Walaupun Azlinda telah didiagnosis secara medikal dengan penyakit “anxiety disorder”, dia yakin bahawa gangguan yang menghantuinya sejak kecil berkait rapat dengan sejarah hitam ibu bapanya.
Sehinggakan bapanya tidak sanggup lagi untuk membesarkan Azlinda dan tekad menyerahkan Azlinda ke pusat kebajikan. Mampukah Azlinda menentang perjanjian malapetaka yang telah menjadi sebahagian daripada darah dagingnya?

Tayangan perdana dan sidang media untuk filem seram ini telah diadakan di pawagam Golden Screen Cinemas, Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Hampir 500 tetamu dijemput, termasuk pengamal media, peminat, dan penggiat industri tanah air telah hadir memeriahkan majlis tersebut.
MURKA ATAU CINTA SEBAGAI LAGU TEMA

“Murka atau Cinta” yang dinyanyikan oleh Puteri Khareeza kerana suaranya yang boleh membuatkan pendengar merinding. Lagu ini dihasilkan oleh Amer Munawer Yusoff, seorang komposer dan penulis lirik berpengalaman. Lagu ini mengisahkan tentang perjalanan seseorang dalam memilih antara jalan yang benar.
Nantikan naskah blokbuster pembukaan tahun 2024 oleh Dr. Ahmad Idham yang akan menemui para penonton di pawagam di Malaysia dan Brunei mulai 4 Januari 2024 nanti.
Artikel Berkaitan: 15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG DISEMBER 2023
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GEMA RAMADAN 2026: MERAYAKAN “SHARE THE JOY” DALAM KILAUAN SWAROVSKI
Swarovski memperkenalkan Gema Ramadan 2026 berteraskan “Share the Joy”, menampilkan Eyka Farhana, Mimi Lana dan Sharifah Rose.
MENGAPA ALIF SATAR JADI IDOLA BELIA DAN JUGA GEN-Z HARI INI?
Rahsia Alif Satar kekal relevan? Bakat, disiplin, nilai keluarga dan pengaruh positif menjadikannya idola generasi kini.
NEXT WAVE ICONS ZARIF GHAZZI DAN JAZMY JUMA : ALIF SATAR SEBAGAI INSPIRASI
Next Wave Icons: Zarif Ghazzi dan Jazmy Juma berkongsi inspirasi, disiplin kerja dan persediaan mereka sebagai bintang generasi baharu.
9 PELAKON MALAYSIA YANG MULA BERLAKON SEJAK KECIL
Industri lakonan Malaysia telah dihiburkan dengan gelagat dan lakonan licik dari pelakon-pelakon malaysia sejak mereka kecil lagi
6 ARTIS WANITA YANG BERKAHWIN PADA TAHUN 2025
Barisan artis wanita melakar detik indah pada tahun 2025 apabila memilih untuk berkahwin dengan jejaka pilihan hati mereka.
TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025
Industri perfileman Malaysia pada tahun 2025 banyak mengeluarkan filem-filem hangat dengan pencapaian yang cukup tinggi.











