GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023
Meerqeen sering menampilkan perwatakan yang begitu segak yang disulami dengan stail fesyen peribadinya yang cukup bergaya. Mari lihat gaya terbaik Merqeen sepanjang 2023.
Siapa yang tak mengenali dengan figura lelaki yang hangat ini? Meerqeen terus membina empayar dalam dunia hiburan dengan sokongan daripada peminatnya yang cukup ramai. Namanya mula dikenali dengan watak sebagai Firdaus dalam siri TV popular “Melur untuk Firdaus”.
Tahun 2023 merupakan tahun yang luar biasa bagi jejaka kacak Malaysia yang berusia 22 tahun, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, atau lebih mesra dipanggil sebagai Meerqeen. Bintang muda ini dengan cepat menjadikan namanya dikenali dengan mendapat sokongan besar daripada jenama ternama sebagai rakan rasmi untuk Tiffany & Co. dan terpilih sebagai duta pertama untuk YSL Beauty Malaysia.
Meerqeen menaruh cita-cita yang melangkaui sempadan Malaysia, dengan tawaran dari pasaran antarabangsa seperti Indonesia, Filipina, dan bahkan Hollywood. Walaupun begitu, beliau tetap rendah diri dan memberi tumpuan untuk membuat keputusan yang terancang dengan memberi keutamaan kepada pertumbuhan dan pembangunan industri lakonan Malaysia.
BERIKUT ADALAH GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023:
Meerqeen sememangnya Raja Segala Fesyen kerana setiap gaya yang ditampilkan akan tampak lebih eksklusif dan trendy dalam mengikut fesyen terkini. Meerqeen juga sentiasa kelihatan begitu berkeyakinan dan berani tanpa rasa takut untuk mencuba setiap gaya baharu.
Merqeen mengayakan jaket yang berjalur putih dengan sling beg yang mengikut trend terkini. Serta topi untuk menlengkapkan fesyen yang simple dan sesuai dengan cuaca persekitaran.
Dengan berbaju jaket dan seluar denim daripada Calvin Klein memberikan aura lelaki yang kuat. Sekaligus berkeyakinan dalam gaya yang tidak terbatas ketika menghadiri acara di Tokyo.
Terbaru ini, Meerqeen menghadiri majlis pelancaran wangian MYSLF di Paris dengan menampilkan gaya kot serba hitam dengan seluar yang longgar.
Pada acara TOD di Singapura, Meerqeen menampilkan jaket panjang yang berwarna coklat lembut dan seluar putih yang dipadankan dengan kasut yang berjenama daripada TOD.
Menghadiri acara Dior, Merqeen mengayakan baju yang sleeveless daripada jenama Dior untuk kelihatan lebih santai dan simple.
Meerqeen kelihatan bergaya dengan beachwear yang santai dan bersahaja sambil menikmati keindahan pantai di Bali, Indonesia.
Foto: Instagram.com
Artikel Berkaitan: MEERQEEN SEBARIS DENGAN LIAM HEMSWORTH & SONG JOONG KI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 DRAMA HEBAT LAKONAN HUN HAQEEM DALAM SEPANJANG KERJAYANYA
Hun Haqeem merupakan antara pelakon generasi kini yang semakin menyerlah dan paling ‘in demand’ dalam industri seni lakon tempatan. Berikut 6 drama lakonan Hun Haqeem yang cemerlang.
SELEBRITI TEMPATAN YANG MENJADI WAJAH JENAMA ANTARABANGSA
Selebriti tempatan kini mampu meletakkan nama mereka ke pesada dunia sebagai wajah jenama-jenama antarabangsa.
LOUIS VUITTON : POP-UP ART OF GIFTING DI SURIA KLCC
Louis Vuitton Pop-Up Art of Gifting di Suria KLCC Mall, menampilkan seleksi eksklusif hadiah, personalisasi produk & pengalaman imersif.
9 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2025
Pada tahun 2025 ini, paras rupa yang tampan dan menarik akan dilihat melalui gaya rambut yang menentukan aura mereka yang tersendiri.
PANDUAN GAYA BUAT LELAKI ALFA DAN TINGGI BAK NADHIR NASAR DAN BRIGHT VACHIRAWIT
Lelaki tinggi mempunyai kelebihan tersendiri dalam menggayakan diri sendiri jika mereka dapat panduan yang betul.
ZARIF GHAZZI, MEERQEEN & WAJAH BARU LEBIH SENSASI
ZHARIF GHAZZI semakin menyerlah tahun 2025! Kenali wajah baharu industri lakonan tempatan yang berbakat dan berpotensi besar.