Skip to content

4 HADIAH ISTIMEWA PILIHAN GLAM LELAKI UNTUK HARI BAPA

Kongsikan artikel ini

Meraikan kasih sayang seorang bapa, GLAM Lelaki menyenaraikan empat idea hadiah istimewa yang bakal memeriahkan lagi sambutan hari bapa.

Tahun ini, hari bapa akan disambut pada 16 Jun di seluruh dunia untuk mengiktiraf sumbangan dan pengorbanan para bapa untuk kehidupan anak-anak mereka. Sempena hari bapa, pasti ramai yang sedang mencari hadiah yang sesuai untuk bapa tercinta tidak salah sekiranya anda memberikan sedikit kelainan pada hari bapa tahun ini.

BERIKUT IALAH 4 HADIAH ISTIMEWA PILIHAN GLAM LELAKI UNTUK HARI BAPA

1. RALPH LAUREN SLIM FIT  GARMENT-DYED OXFORD SHIRT

hadiah hari bapa

Realitinya agak sukar juga untuk mencari hadiah yang sesuai buat bapa. Kerana lelaki ini sebenarnya agak cerewet jika hendak membeli. Benda yang betul-betul dia suka barulah dia akan beli, walaupun harga barang itu sangat tinggi. Anda tidak akan salah dengan memberi kemeja klasik daripada Ralph Lauren. Ini kerana kemeja klasik berona putih untuk lelaki menjadikan penampilan yang clean dan mudah.

2. OUD DATES DELIGHT EAU DE PARFUM

hadiah hari bapa

Buat penggemar wangian, salah satu rekomendasi terbaik yang boleh anda dapati di butik perdana Trove terbaru ialah Oud Dates Delight daripada The House of Oud. Dates Delight Eau de Parfum ialah wangian oriental yang kompleks, manis dan musky. Bau keseluruhannya adalah uniseks tetapi mempunyai kelebihan yang lebih maskulin dalam keadaan kering. Love it!

3. TOMMY HILFIGER LOGO EMBOSSED LEATHER BELT

hadiah hari bapa

What could go wrong with belt? GLAM Lelaki pasti setiap lelaki mempunyai sekurangnya seutas tali pinggang berona hitam. Untuk menambah koleksi buat bapa tersayang, tali pinggang ini menampilkan sentuhan kemasan yang terperinci dengan tali kulit licin, embossed buckle dan perincian bendera logam ikonik.

4. COACH 3-IN-1 WALLET WITH SIGNATURE CANVAS INTERIOR

hadiah hari bapa

Sudah tiba masa untuk menukar dompet baru untuk bapa anda. Dihasilkan daripada kulit kalis calar dan kanvas signature Coach, dompet billfold ini mempunyai removable ID yang menarik. Selesai dengan signature hardware daripada Coach, dompet ini mempunyai lapan slot kad.

 

Baca lebih lanjut: 7 HADIAH GROOMING PILIHAN GLAM LELAKI UNTUK HARI BAPA

By Zahirah Zulkhairi
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

alif satar

“SATU DETIK PENTING DALAM PERJALANAN SEBAGAI BAPA ADALAH KETIKA ANAK PERTAMA ALIF DILAHIRKAN.” – ALIF SATAR

Bacaan Lanjut
M Resort Hotel KL

RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
MARC ANTHONY DIKURNIA ANAK KETUJUH PADA HARI BAPA

MARC ANTHONY DIKURNIA ANAK KETUJUH PADA HARI BAPA

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI INI MEMEGANG STATUS BAPA SEBELUM MENCECAH USIA 20 TAHUN

5 SELEBRITI INI MEMEGANG STATUS BAPA SEBELUM MENCECAH USIA 20 TAHUN

Bacaan Lanjut
SONG JOONG KI BERGELAR BAPA BUAT KALI PERTAMA

SONG JOONG KI BERGELAR BAPA BUAT KALI PERTAMA

Bacaan Lanjut
10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut