JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG
Justin Bieber dan isteri, Hailey Bieber kini sudah pun bergelar ibu bapa.
Tanggal 23 Ogos lalu pasangan itu mengumumkan kelahiran putera pertama mereka, Jack Blues Bieber. Ini sekali gus meneruskan tradisi istimewa keluarga Justin yang memberi singkatan nama bermula huruf ‘JB’.
Tradisi keluarga ini telah pun berterusan dalam keluarga penyanyi itu sejak beberapa generasi. Selain nama sendiri, bapanya juga mempunyai singkatan nama ‘JB’ iaitu Jeremy Bieber. Begitu juga dengan adik-beradiknya.
Adik Justin berlainan ibu, Jazmyn Bieber, 16 dan Jaxon Bieber juga mempunyai singkatan sama. Kedua-duanya ini adalah anak bapanya bersama bekas isteri, Erin Wagner.
Justin turut memberi penghormatan sentimental dengan menamakan anaknya sempena nama tengah bapanya, Jack. Bapa dan ibunya Pattie Malette berpisah beberapa bulan sebelum penyanyi itu dilahirkan pada 1994.
Justin Bieber Umum Kelahiran Putera Sulung
Bergelar bapa pada usia 30 tahun, Justin berkongsi keterujaannya bersama peminat menerusi satu hantaran di Instagram. “Selamat pulang ke rumah Jack Blues Bieber,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik foto tapak kaki anaknya dari jarak dekat. Hailey berkongsi semula hantaran tersebut di Instagram Story berserta emoji anak patung beruang dan hati berwarna biru.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2018 selepas dua bulan mengikat tali pertunangan. Berita kehamilan Hailey diumumkan pada bulan Mei lalu menerusi perkongsian foto dan video di Instagram.
Foto: Getty Images/Instagram
Pautan berkaitan: FOTO JUSTIN BIEBER MENANGIS BUAT PEMINAT GUNDAH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON
Baru-baru ini tular berita yang mengatakan bahawa pasangan itu telah pun berpisah dan membawa haluan masing-masing. Apakah kebenarannya?
TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH DIKURNIA ANAK KETUJUH
Pasangan sama cantik sama padan ini baru saja menerima kehadiran orang baru dalam keluarga besar mereka.
HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?
Gigi Hadid hadir ke acara itu dalam persalinan kuning Miu Miu yang diinspirasikan daripada sut Wolverine, watak lakonan Hugh Jackman.
BURUJ CETUS ILHAM NAMA ANAK KEDUA RAJA SYAHIRAN & UYAINA ARSHAD
Selepas hampir dua tahun menimang cahaya mata sulung, pasangan ini dikurniakan seorang lagi putera pada Mei lalu.
JUSTIN BIEBER TERAJUI GALA PRAPERKAHWINAN PEWARIS INDIVIDU TERKAYA ASIA
Selepas Backstreet Boys, Justin Bieber pula dijemput membuat persembahan di majlis praperkahwinan mewah Anant Ambani dan Radhika Merchant.
“SAYA TERASA SANGAT TUA” – ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA
Selepas tiga bulan menimang cahaya matanya sulung, Robert Pattinson akhirnya meluahkan perasaan dan keterujaannya bersama peminat.