Skip to content

5 DRAMA TERBAIK LAKONAN FATTAH AMIN

5 DRAMA TERBAIK LAKONAN FATTAH AMIN

Kongsikan artikel ini

Nama Fattah Amin menjadi topik perbualan hangat peminat di sosial media kebelakangan ini.

Selain hal peribadi, bakat lakonannya turut mencuri tumpuan. Walaupun pernah dikecam pada awal kemunculan, Fattah Amin berjaya membuktikan popularitinya tidak hanya bersandar pada paras rupa, tetapi juga bakat.

Aktor berusia 34 tahun ini telah membintangi pelbagai naskah hebat yang melonjakkan namanya dalam industri tanah air. Antara filem lakonannya yang meraih pujian adalah KL Special Force dan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Lihat pula drama lakonan Fattah Amin yang memikat hati penonton

 

1. Suri Hati Mr. Pilot (2016)

Turut dibintangi oleh: Neelofa, Ben Amir, Azar Azmi, Eleena Sui, Alvin Chong

Sinopsis: Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taksub dengan cinta Muslim.

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan pada Warda. Akhirnya dia nekad mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan.

 

2. Pink Smile (2020)

Turut dibintangi oleh: Sweet Qismina, Intan Najuwa, Izzat Mushtaq, Afifah Nasir

Sinopsis: Luna yamat meminati Areeq yang merupakan pemilik Duncan CoffeeHouse. Hampir setiap hari Luna akan ke sana untuk melihat jejaka idamannya dari jauh namun tidak pernah berani memulakan perbualan. Setiap kali bertentang mata dengan Areeq, dia akan jatuh pengsan seakan terkena serangan panik. Rupa-rupanya pemuda itu memang sudah lama wujud dalam hidupnya, bertitik mula dengan layang-layang merah jambu.

Suatu malam takdir memaksa Luna mengetuk pintu Duncan CoffeeHouse dan memulakan perbualan dengan pemilik kedai. Dari situ insiden demi insiden menemukan mereka dengan lebih kerap. Dan tidak semena-mena Areeq mengilhamkan menu Pink Smile daripada Luna, kerana perkara pertama yang dia ingat tentang gadis itu adalah senyumannya yang menampakkan baris gigi dengan pendakap berwarna merah jambu.

 

3. Ganjil (2021)

5 DRAMA TERBAIK LAKONAN FATTAH AMIN

Turut dibintangi oleh: Diana Danielle, Izzue Islam, Fatin Afeefa, Amir Nafis

Sinopsis: Amry, seorang jurutera IT introspektif dan Nabila, seorang personaliti media sosial terkenal dipertemukan takdir dalam cara paling aneh dan menjangkaui imaginasi. Sebuah persahabatan terjalin dalam mimpi dan menjadi berharga setiap hari. Rahsia yang mereka simpan daripada pengetahuan orang lain bertukar menjadi pengembaraan mimpi mereka.

Amry dan Nabila menyangka masing-masing adalah hasil imaginasi kesedaran mereka, sehinggalah kedua-duanya mendapat petunjuk yang menemukan mereka di dunia realiti. Tetapi apabila Amry dan Nabila cuba berhubung, mereka menyedari takdir memiliki cara tersendiri untuk menemukan mereka.

 

4. Khilaf Asmara (2022)

5 DRAMA TERBAIK LAKONAN FATTAH AMIN

Turut dibintangi oleh: Nelydia Senrose, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad

Sinopsis: Aizat dan Hanim hidup bahagia sebagai suami isteri. Aizat merupakan suami yang penyayang dan ayah yang bertanggungjawab. Hanim pula seorang wanita yang bercita-cita tinggi. Hanim membuat keputusan menceburi bidang perniagaan setelah bertemu kawan lamanya, Irma yang menjalankan bisnes bersama suaminya, Luqman.

Bagaimanapun lama-kelamaan, Hanim mula menyimpan perasaan terhadap Luqman. Mereka mula menjalin hubungan sulit dan apabila rahsia itu terbongkar, Luqman kembali ke pangkuan isterinya. Luqman tidak bersikap serius dan dia tidak pernah mencintai Hanim. Bagaimanakah mereka berhadapan dengan niat sebenar masing-masing?

 

5. Lelaki Melayu Terakhir (2024)

5 DRAMA TERBAIK LAKONAN FATTAH AMIN

Turut dibintangi oleh: Wanna Ali, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Nabil Aqil, Umie Aida

Sinopsis: Jazlan yang bergelar ustaz, seorang pemuda soleh dan kuat pegangan agama menjalani kehidupan sederhana serta cemerlang dalam pengajian agama Islam. Manakala Qaseh pula seorang wanita moden yang menjalani hidup dengan peraturan sendiri.

Ibu Jazlan dan ibu Qaseh merupakan sahabat baik yang bertekad untuk menjodohkan kedua-dua anak mereka. Walaupun pelbagai cara telah dilakukan, usaha untuk menyatukan mereka gagal kerana Jazlan dan Qaseh tidak bersetuju dek perbezaan personaliti dan pilihan hidup masing-masing.

Jazlan berasa lega apabila dia mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pengajian di universiti di Madinah. Tawaran ini memberinya peluang melarikan diri daripada pertunangan yang diatur ibunya. Kedua-duanya bertemu apabila ibu mereka memutuskan menghantar Qaseh ke Madinah untuk menunaikan Umrah. Adakah perancangan ibu-ibu ini untuk menjodohkan anak mereka akan berjaya?

 

Foto: Utusan/Facebook

Pautan berkaitan: 5 DRAMA TERBAIK LAKONAN SITI SALEHA TERMASUK SEOFIS

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 DUDA HOT PILIHAN RAMAI DI MALAYSIA

5 DUDA ‘HOT & AVAILABLE’ PILIHAN RAMAI DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
Fattah Amin

THE OTHER SIDE OF FATTAH AMIN – GLAM LELAKI SEPTEMBER 2023

Bacaan Lanjut
10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
SELEPAS BIDANG LAKONAN DAN PERNIAGAAN, FAZURA TEROKAI DUNIA KERJAYA BARU

SELEPAS BIDANG LAKONAN DAN PERNIAGAAN, FAZURA TEROKAI DUNIA KERJAYA BARU

Bacaan Lanjut
FATTAH AMIN KEMBALI DENGAN BUAH TANGAN BARU SEMPENA RAMADAN

FATTAH AMIN KEMBALI DENGAN BUAH TANGAN BARU SEMPENA RAMADAN

Bacaan Lanjut

10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG SEPTEMBER 2022

Bacaan Lanjut