Skip to content

BELASUNGKAWA! SHARNAAZ AHMAD KEHILANGAN AYAHANDA TERCINTA

BELASUNGKAWA! SHARNAAZ AHMAD KEHILANGAN AYAHANDA TERCINTA

Kongsikan artikel ini

Semalam merupakan tarikh mendukacitakan buat pelakon, penerbit dan pengarah Sharnaaz Ahmad.

Tanggal 27 November 2024 menyaksikan insan bergelar bapa – antara individu terpenting dalam hidup Sharnaaz – dijemput Ilahi ke dunia abadi.

Bintang Jebat itu kehilangan ayahanda tercinta, Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad pada jam 1.40 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Khabar duka itu dimaklumkan sendiri oleh Sharnaaz menerusi satu perkongsian di akaun Instagram miliknya. Jelas pelantun Nugget itu, bapanya tidak pernah berputus asa melawan penyakit yang dialami.

bapa sharnaaz ahmad meninggal dunia

Foto: Instagram

“Hero saya baru saja menghembuskan nafas terakhir dengan tenang pada pukul 1.40 pagi tadi. Dia tidak pernah berhenti berjuang, hanya jantungnya yang berhenti berdegup.

“Dia akan selamanya menjadi hero dan wira saya. Saya sayangkan papa. Terima kasih kerana menjadi bapa yang hebat untuk kami semua,” tulisnya.

Dalam satu lagi perkongsian, Sharnaaz memaklumkan bahawa jenazah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama, Pulau Pinang selepas solat Asar.

Perjalanan Kerjaya ‘Hero’ Sharnaaz Ahmad

Datuk Bazir Ahmad merupakan anggota Orkes Teruna Ria yang mengiringi pelbagai persembahan artis popular era 1960-an seperti P. Ramlee, Saloma, Sharifah Aini, Rafeah Buang dan DJ Dave. Artis antarabangsa termasuk Matt Monroe, The Platters, Francis Yip, Teressa Carpio dan The Flamingos.

Di bawah pimpinan Allahyarham, Orkes Teruna Ria telah menjelajah ke beberapa negara seperti Australia, Jepun, Thailand dan Singapura. Malah turut mewakili Pulau Pinang untuk membuat persembahan di Medan Fair Indonesia sebanyak 12 kali.

Foto: Orkes Teruna Ria pada 1968. Foto: Facebook

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Pemimpin Kombo RTM Pulau Pinang selama sedekad dan banyak mendapat asuhan pemuzik terkenal seperti Akbar Nawab, Puteh Hashim, Abdul Rahman Hamid dan Nordin Che Din.

Barisan lagu gubahannya yang masih popular sehingga kini termasuk Ayah Ku Kawin Lagi, Dara Pujaan, Siapa Bilang Aku Tak Sayang, Berjumpa Bermesra, Ibu Dimadu Anak Menderita dan Antara Suami Isteri. Atas pencapaian dan sumbangan hebat, Allahyarham dikurniakan gelaran Tokoh Seni Budaya Pulau Pinang pada 2014.

Salam takziah daripada Glam Lelaki buat Sharnaaz dan keluarga.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: SUMBANGAN LUAR BIASA TOKOH MUZIK & SENIMAN NEGARA AHMAD NAWAB

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

9 SELEBRITI POPULAR LAHIR PADA BULAN MERDEKA

9 SELEBRITI POPULAR LAHIR PADA BULAN MERDEKA

Bacaan Lanjut
9 SELEBRITI YANG DILAHIRKAN PADA BULAN KEMERDEKAAN

9 SELEBRITI YANG DILAHIRKAN PADA BULAN KEMERDEKAAN

Bacaan Lanjut
10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

10 BAPA PALING HANGAT DI MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
KEBENARAN MENGENAI BERITA PERTUNANGAN SHARNAAZ AHMAD

KEBENARAN MENGENAI BERITA PERTUNANGAN SHARNAAZ AHMAD

Bacaan Lanjut

GODAAN LELAKI TERLETAK PADA JAMBANGNYA! 6 SEBAB PERLU ANDA TAHU

Bacaan Lanjut

ANGKARA FATTAH AMIN, NEELOFA ‘BERPERANG’ DENGAN BAKAL IPAR, SHARNAAZ AHMAD?

Bacaan Lanjut