Skip to content

BEHATI BERLABUH MEGAH DI BUMI HARBIN, CHINA

Kongsikan artikel ini

Minggu Fesyen Harbin 2025 telah berlalu untuk musim ini. Behati menutup tirai persembahan dengan megahnya. GLAM Lelaki mendekati pereka fesyen Kel Wen yang juga pengasas jenama kontemporari ini untuk bertanyakan mengenai koleksi terbarunya.

 

Kel Wen yang senantiasa mencari sesuatu yang baharu dalam mempersembahkan rekaanya, maka terlahirlah satu koleksi yang mentafsirkan semula fesyen di zaman Kesultanan Melaka yang menonjolkan pertukaran budaya antara golongan Diraja di Selat Melaka dalam versi musim sejuk!

#1 Berapa jam yang diperlukan untuk menyiapkan setiap rekaan atau keseluruhan koleksi? Ia gabungan antara pakaian sedia dipakai (ready-to-wear) dan tempahan khas (bespoke), jadi ada rekaan yang boleh disiapkan dalam sehari, dan ada yang mengambil masa sehingga sebulan penuh.

#2 Rekaan mana yang paling sukar untuk disiapkan?
Songket quilted dengan 1000 stud memakan masa sebulan penuh untuk disiapkan, termasuk proses pembuatan Songket itu sendiri.

Gambar: Behati

#3 Berapa bulan anda habiskan untuk penyelidikan koleksi ini?
Koleksi ini mengambil masa sekitar setengah tahun untuk disiapkan sejak Raya lepas. Ia diinspirasikan daripada evolusi gaya peribadi saya sejak tahun lalu, ditambah dengan kajian mendalam tentang sejarah Malaysia untuk mengaitkan watak dengan fesyen yang saya persembahkan. Saya juga mengeluarkan semula beberapa rekaan arkib saya dari empat tahun lalu untuk dipamerkan.

Gambar: Behati

#4 Adakah anda mendapat tidur yang cukup semasa menyiapkan koleksi ini? Jika tidak, kenapa I never sleep, hahaha. When I do, it’s always accidental. Semasa perjalanan saya ke Harbin, saya hanya tidur dua jam sehari kerana terpaksa menjahit dan melancarkan koleksi Tahun Baru Cina di Malaysia pada masa yang sama. Fesyen adalah perlumbaan yang tiada penghujung, saya sentiasa mengejar musim dan banyak projek sampingan pada masa yang sama. Pada tahap ini, saya tidak mampu untuk menikmati tidur yang cukup.

#5 Adakah pernah berlaku situasi panik semasa pertunjukan?
Tidak untuk Harbin, semuanya telah disusun dengan sangat teliti, dan para model sangat bekerjasama. Namun, ada satu momen hampir panik apabila pasukan bunyi tidak menerima lagu penutup saya dalam fail berasingan. Tetapi akhirnya, pertunjukan berakhir dengan sempurna seperti yang dirancang. Itu adalah momen yang hampir mencemaskan bagi saya.

Gambar: Behati

#6 Sejauh mana koleksi ini lebih halus dibandingkan dengan koleksi sebelum ini?
Apa yang membezakan musim ini ialah jalan cerita bersejarah yang dapat saya selitkan ke dalam kempen saya. Banyak masa dihabiskan untuk perancangan dan reka bentuk. Beberapa rekaan juga unik di dunia, seperti hanya ada satu Saree atau satu Keris dalam koleksi ini.

#7 Apa lagi yang menarik mengenai koleksi kali ini? 

Penampilan penutup berwarna putih yang mewakili Hang Li Poh menampilkan Tanjak bersaiz besar yang saya draping secara spontan dalam siluet hiasan kepala tradisional Cina, melambangkan perkahwinan antara Hang Li Poh dan Sultan Mansur Shah. Model memakai bomber brocade Cina arkib yang saya cipta untuk Minggu Fesyen KL 2021 empat tahun lalu. Koleksi ini juga menampilkan rekaan songkok viral peribadi saya dari 2022, menceritakan perjalanan saya dalam dunia fesyen. Gaya suit separuh drape sepanjang koleksi diinspirasikan daripada penampilan saya di malam Vogue Gala di Singapura tahun lalu. Rekaan wanita Cina berwarna merah menggunakan fabrik Nusantara seperti Batik, Songket, dan Saree.

Gambar: Behati

#8 Siapakah pengkritik terbesar dan bagaimana anda berkembang daripada maklum balas?
Myself. I have my standards, and sometimes it’s even hard for me to meet them dengan cabaran yang perlu saya dan pasukan lalui semasa proses pembuatan.

Gambar: Instagram Kel Wen

#9 Ucapan istimewa buat team Behati?

I can only be in Harbin because of my hardworking team back in Malaysia, who are working tirelessly every day to fulfill BEHATI’s CNY orders. I owe this to them—THANK YOU for all your love and dedication. Usaha Behati baru boleh jadi.

#10 Apa yang seterusnya untuk anda?
Raya 2025.

Sorotan belakang pentas  Behati yang wajib anda lihat.

Pautan Berkaitan: Kel Wen Tunggak Utama Behati 

By Yusairi Fitri
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

‘SULTAN MALAYSIA’, AISAR KHALED BERJIWA SOSIAL TINGGI

Bacaan Lanjut
FORMULASI TIME TRAVEL DARI EUCERIN

FORMULASI TIME TRAVEL DARI EUCERIN

Bacaan Lanjut
JUSTIN BIEBER BERI PETUNJUK RUMAH TANGGA DILANDA BADAI?

JUSTIN BIEBER BERI PETUNJUK RUMAH TANGGA DILANDA BADAI?

Bacaan Lanjut
PERKEMBANGAN TERKINI ADI PUTRA SELEPAS DIUJI DENGAN MASALAH KESIHATAN

PERKEMBANGAN TERKINI ADI PUTRA SELEPAS DIUJI DENGAN MASALAH KESIHATAN

Bacaan Lanjut
5 PESERTA DARI MALAYSIA BERTANDING DI CHUANG ASIA 2

5 PESERTA DARI MALAYSIA BERTANDING DI CHUANG ASIA 2

Bacaan Lanjut
TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DI KOTA CINTA

TIMOTHEE CHALAMET & KYLIE JENNER DIRAKAM BERPEGANGAN TANGAN DI KOTA CINTA

Bacaan Lanjut