ANTA PERMANA LAGU KEGEMARAN RAJA CHARLES III
Raja Charles III dilihat terbuka berkongsi playlist peribadinya kepada dunia.
Baru-baru ini Raja Britain itu menjalin kolaborasi bersama Apple Music dengan melancarkan program radio ‘The King’s Music Room’. Rancangan itu memaparkan perjalanan muzik yang membentuk pengalaman peribadi baginda.
Dalam program yang dirakam di Istana Buckingham itu, Raja Charles berkongsi senarai halwa telinga kegemarannya dari negara-negara Komanwel sebagai meraikan kepelbagaian muzik dunia.
Dan siapa menyangka, lagu Anta Permana dendangan Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza turut tersenarai dalam playlist peribadinya. Lagu yang dilancarkan pada 2018 itu adalah hasil ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini.
Anta Permana yang bermaksud infiniti dalam bahasa Melayu klasik mengisahkan tentang cinta sejati yang tiada tandingan. Ia merupakan lagu segar, menarik dan mempunyai keunikan tersendiri dengan gabungan muzik moden dan klasik.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(749x0:751x2):format(webp)/king-charles-apple-music-030625-2-9590d13340a94e798fd7ab5e0a3fb196.jpg)
Foto: Apple Music
Cita Rasa Muzik Raja Charles III
Senarai lagu pilihan Raja Charles memaparkan selera muziknya yang meluas, daripada pelbagai era serta genre seperti reggae, pop kontemporari dan Afrobeats.
Selain Anta Permana, lagu lain yang menjadi kegemaran baginda termasuk Love Me Again (Raye), Haven’t Met You Yet (Michael Buble), Crazy In Love (Beyonce feat. Jay-Z) dan The Loco-Motion (versi Kylie Minogue).
Tidak ketinggalan juga lagu-lagu malar segar seperti Could You Be Loved (Bob Marley & The Wailers), My Boy Lollipop (Millie Small), La Vie En Rose (versi Grace Jones) dan The Very Thought Of You (Al Bowlly).
Foto: Getty Images/Instagram
Pautan berkaitan: 5 BUTIRAN TERSEMBUNYI DALAM POTRET RASMI PERTAMA RAJA CHARLES III
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TANDA CINTA RAJA CHARLES III BUAT ISTERI, PERMAISURI CAMILLA
Demi membuktikan cinta, Raja Charles III menunaikan impian isterinya untuk melihat kawasan kediaman miliknya bebas daripada gangguan luar.
DIET PEMAKANAN AMALAN RAJA CHARLES III & PERMAISURI CAMILLA
Pengarang dan pengkritik makanan, Tom Parker Bowles berkongsi sedikit sebanyak tentang pemakanan yang diamalkan oleh ibu, Permaisuri Camilla dan bapa tirinya, Raja Charles.
RAJA CHARLES III AKHIRI TRADISI ISTANA WINDSOR BERUSIA 200 TAHUN
Raja Charles III mengetepikan satu tradisi tertua di Britain sekali gus mengecewakan sebahagian rakyat jelata.
5 BUTIRAN TERSEMBUNYI DALAM POTRET RASMI PERTAMA RAJA CHARLES III
Potret yang dilukis oleh artis Britain, Jonathan Yeo itu didedahkan sendiri oleh Raja Charles di Istana Buckingham baru-baru ini.
KEMUNCULAN AWAM PERTAMA RAJA CHARLES SELEPAS DIDIAGNOS KANSER
Lebih sebulan berehat untuk memberi fokus pada rawatan kanser, monarki Britain akhirnya membuat penampilan awam pertamanya sempena Easter.
DUGAAN BERGANDA BUAT PUTERA WILLIAM
'Sudah jatuh ditimpa tangga' - itulah peribahasa tepat untuk menggambarkan keadaan pewaris takhta Britain, Putera William sekarang ini.