Skip to content

ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA

ZIZAN RAZAK, WAJAH PERTAMA G-SHOCK MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Zizan Razak telah menyertai G-Shock setelah diumumkan sebagai duta pertama G-Shock Malaysia pada tahun ini. 

Seorang peminat tegar sukan permotoran, Zizan Razak merealisasikan impiannya pada tahun 2024 apabila beliau bertanding dalam PETRONAS Grand Prix Malaysia. Ini selepas bertahun-tahun hadir sebagai penonton setia. Perjalanannya daripada pelawak yang sedang meningkat naik ke penghibur serba boleh. Ia mencerminkan semangat “Never Give Up” G-SHOCK dan semangatnya untuk sentiasa berevolusi. Dengan keupayaannya untuk kekal relevan, versatil, dan kebolehan untuk berhubung dengan peminat dari pelbagai latar belakang, Zizan Razak ialah padanan semula jadi untuk jenama yang menjulang kekuatan, keaslian, dan gerak ke hadapan tanpa henti.

zizan razak g-shock

Kini, Zizan melangkah ke hadapan sebagai wajah Malaysia dalam komuniti G-SHOCK FAMS, di mana setiap segmen bertemu dengan semangat sejati dan keunikan berani. Beliau menyertai barisan hebat serantau. Antaranya ialah Superbon (Juara Dunia Kickboxing ONE Featherweight), Rizky Ridho (Bintang bola sepak Indonesia) serta Dwight Ramos (Pemain bola keranjang profesional).

Bersama-sama, mereka membentuk satu kolektif budaya yang merentasi gelanggang, pentas, skrin dan jalanan, mendorong batasan dalam setiap dimensi.

KEMPEN “TOUGHNESS IS MULTI-DIMENSIONAL”

Falsafah “Ketahanan Itu Pelbagai Dimensi” dihidupkan melalui Zizan Razak, seorang serba boleh. Sama ada di set penggambaran mahupun di jalanan, beliau mencerminkan sikap G-SHOCK iaitu Tulen, Bergaya, Tahan Lasak, Komited, Yakin, dan Berkarisma.

Zizan memulakan duta jenamanya dengan siri G-SHOCK 6900, ikon dalam dunia jam tangan lasak. Dengan butang hadapan yang berani dan paparan tiga graf, model 6900 mengubah permainan apabila ia dilancarkan pada tahun 1995. Kini, 30 tahun kemudian, ia terus mendahului dalam ketahanan, ekspresi diri dan reka bentuk tanpa takut.

zizan razak g-shock

“Di Casio, masa bukan sekadar sesuatu yang kami ukur, ia adalah satu cara berfikir. Dengan G-SHOCK, kami sentiasa mewakili ketahanan, inovasi dan keaslian yang tidak dapat dipertikaikan. Dalam Zizan, kami temui seseorang yang menjelmakan semangat ini secara semula jadi. Dia berani, tajam, dan sepenuhnya asli. Dia seorang yang boleh bertukar daripada sofistikated kepada penuh tenaga dalam sekelip mata. Kehadiran, humor dan pengaruhnya menjadikannya padanan sempurna untuk komuniti G-SHOCK FAMS, dan kami amat teruja untuk menyambut beliau sebagai duta jenama Malaysia yang pertama kami,” ujar Yuki Mutsui, Pengarah Urusan Casio Malaysia.

Dengan penyertaan Zizan Razak, G-SHOCK Malaysia bersedia untuk langkah-langkah lebih menarik. Kehadirannya akan membawa tenaga baharu kepada inisiatif komuniti G-SHOCK, dengan kisah dan momen yang menghubungkan lebih daripada sekadar penunjuk masa.

Pautan Berkaitan: 7 DUTA JENAMA JAM TANGAN MEWAH

By Batrisyia Faisal
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 DUTA JENAMA JAM TANGAN MEWAH

7 DUTA JENAMA JAM TANGAN MEWAH

Bacaan Lanjut

8 CHECKLIST RAYA 2025 UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

JAM TANGAN MEWAH MELEWATI OSCAR 2025

Bacaan Lanjut

HENRY CAVILL WAJAH BAHARU LONGINES ELEGANCE

Bacaan Lanjut
CASIO LANCAR PENUH UNIK, JAM TANGAN CINCIN

CASIO LANCAR JAM TANGAN CINCIN PENUH UNIK

Bacaan Lanjut
5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7

5 KOLEKSI JAM TANGAN MEWAH BAMBAM GOT7 BUAT ANDA TERGAMAM

Bacaan Lanjut