KENALI 5 WATAK UTAMA DRAMA ANAK-ANAK MAFIA
#1 Andra – Mierul Aiman
Watak Andra dilakonkan oleh Mierul Aiman, anak kepada salah seorang mangsa kumpulan Serigala Merah. Andra tinggal bersama ibu bapa angkatnya. Mereka ditanggungjawabkan oleh ibu bapa kandung Andra untuk menjaganya. Watak Andra memainkan peranan yang cukup penting dalam drama ini. Muslihat, dendam dan pergaduhan yang dibawa oleh Andra semestinya perlu dinantikan.
#2 Ice Wijaya – Fitri Farok
Ice Wijaya merupakan ketua Serigala Merah, dan anak kepada Arie Wijaya, bekas ketua Serigala Merah. Wataknya dilakonkan oleh Fitri Farok. Sikap barannya datang atas dasar dendam terhadap bapanya yang sering menghukumnya untuk menjadi seorang ‘anak jantan’.
#3 Katrina Rafael – Scha Elinnea
Katrina Rafael dipegang oleh Scha Elinnea sebagai satu-satunya wanita di antara kelima-lima pelapis muda Serigala Merah. Katrina merupakan kekasih kepada Ice Wijaya namun mereka sering dilanda konflik. Dalam masa yang sama, Katrina juga menyimpan perasaan secara rahsia kepada Andra.
#4 Black – Fariz Isqandar
Black merupakan salah seorang ahli Serigala Merah. Dia ialah bekas pesalah juvana yang telah bebas. Kini, Black mengendali kelab malam & sindiket pemerdagangan manusia sebagai ahli Serigala Merah. Perwatakkannya yang gila-gila di dalam drama ini memberi lebih banyak tarikan untuk siri ini. Watak penting ini dibawa oleh pelakon muda yang cukup terkenal, Fariz Isqandar.
#5 Rudy – Zhen Ningg
Setiap kumpulan, pasti ada yang genius. Sebagai seorang penggodam siber, Rudy juga mempunyai masa silam yang penuh luka akibat bulian. Watak Rudy yang dilakonkan oleh Zhen Ningg juga digambarkan sebagai ‘senyap tetapi berbisa’ dengan kemahirannya yang tersendiri.
Pautan berkaitan: DJ TERHANGAT, AIDAHO INGIN KEHIDUPAN YANG TENANG
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL BAKAL CETUS KEMUNCAK DI PAWAGAM 29 OKTOBER INI
Fenomena KUDRAT 1968 bakal mencapai kemuncak menerusi filem KUDRAT 1968: High Council pada 29 Oktober 2026.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN
Nama yang sememangnya semakin besar dalam dunia lakonan, Mierul Aiman juga aktif dalam dunia fesyen dengan jenamanya, DreamKid.
SIAPAKAH BARISAN PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2026?
GL The Man Awards 2026 kembali tahun ini demi meraikan lelaki-lelaki berpengaruh yang membentuk landskap gaya, seni dan budaya masa kini.
“CONFIDENCE IS THE KEY, KAN?” SHARUL KAMAL. KENALI PENYANYI DAN PELAKON YANG MULA MENJADI SEBUTAN.
Menjelang usia 30, Sharul Kamal tidak sekadar meraikan pencapaian, tetapi melihat muzik dan lakonan sebagai medium untuk menyampaikan rasa dan inspirasi.
HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968
KUDRAT 1968 bukan sekadar prekuel, ini adalah turutan tontonan untuk faham keseluruhan High Council Universe.
6 HIGH SCHOOL SERIES TEMPATAN ANDA PATUT TONTON SEBELUM KUDRAT 1968
Sama seperti Kudrat 1968 yang sedang menjadi bualan, enam high school series tempatan ini juga boleh menjadi tontonan!











