SAMSUNG GALAXY Z Flip7: AI DALAM REKA BENTUK KOMPAK
Galaxy Z Flip7 membuktikan bahawa kecerdasan hebat boleh hadir dalam bentuk yang kecil dan bersaiz poket,” kata TM Roh, Presiden dan Acting Head of the Device eXperience (DX) di Samsung Electronics. “Dengan membawa keupayaan AI yang canggih dan fungsi yang lancar ke dalam FlexWindow, kami telah mencipta peranti yang mampu menyesuaikan diri, menjangka keperluan pengguna, dan memperkasa mereka dengan membuka jalan kepada pengalaman berinteraksi yang lebih pintar.
FlexWindow Terbesar & Paling Terang Pernah Ditawarkan

Galaxy Z Flip7 tampil dengan paparan FlexWindow terbesar dan paling terang setakat ini, memberikan pengalaman visual yang memukau dan fungsi yang lebih cekap terus dari skrin luar. Paparan 4.1 inci Super AMOLED menyokong 120Hz dan 2,600 nits, jelas walau di bawah cahaya matahari. Ia memudahkan pengguna menaip mesej ringkas, semak jadual, dan ambil swafoto berkualiti tinggi tanpa perlu buka telefon. Paparan utama 6.9 inci dengan Vision Booster beri visual lebih lancar dan jelas dalam apa jua keadaan.
Pocket-Perfect AI

Galaxy Z Flip7 dengan Galaxy AI kini lebih pintar, dengan carian suara dan akses pantas terus dari FlexWindow. Gemini Live berfungsi untuk membantu merancang perjalanan atau mencari lokasi dengan mudah. Pengguna juga boleh mengubah suai paparan skrin mengikut gaya sendiri; dari wallpaper, emoji hingga ke widget. Gandingan kamera dan Gemini, cadangan visual seperti pakaian yang bersesuaian mengikut cuaca juga boleh diperoleh secara langsung.
Samsung Galaxy Z Flip7 FE
Samsung Galaxy Z Flip7 FE diperkenalkan sebagai versi lebih mampu milik. Walaupun kompak bila dilipat, ia menawarkan skrin utama 6.7 inci yang luas untuk pengalaman tontonan imersif. Dengan kamera 50MP FlexCam, pengguna boleh merakam swafoto dan video berkualiti tinggi dalam Flex Mode, tanpa perlu membuka telefon sepenuhnya. Skrin luar pula dilengkapi fungsi Now Brief yang memaparkan info harian seperti cuaca, jadual dan trafik dalam susun atur yang ringkas. Hadir dalam warna Hitam dan Putih, reka bentuknya kekal minimalis dan bergaya, selari dengan teknologi pintar yang ditawarkan.
Artikel berkaitan: TEROKAI DUNIA DENGAN GALAXY S20
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
F1 BAHRAIN DI SEPANG JADI MILIK MAX VERSTAPPEN, HAMILTON KEMBALI DI PODIUM
Malaysia digegarkan dengan dentuman bunyi dari kereta F1 sepanjang hujung minggu yang lalu dengan Bahrain GP di Sepang.
LOUIS VUITTON TROPHY TRUNK HIASI KEMENANGAN MAX VERSTAPPEN, BAHRAIN GRAND PRIX DI MALAYSIA!
Max Verstappen bergelar juara Bahrain Grand Prix di Malaysia, dianugerahkan trofi yang khas dipersembahkan di dalam Peti Trofi Louis Vuitton.
BUFORI, LUXURY ON WHEELS DARI MALAYSIA
Kenali Bufori, ikon kereta mewah dari Malaysia yang tampil dengan reka bentuk klasik, kemasan eksklusif dan identiti tersendiri.
DIORIGINALS: MENGHIDUPKAN SEMULA 5 WANGIAN IKONIK DIOR DI MALAYSIA
Lima daripada wangian ikonik Dior, Dioriginals kini tersedia di butik Dior seluruh Malaysia untuk dirasai sendiri pengalaman harum ini.
EMPTY PAGE. KEMBALI DENGAN ‘BERDOSA’, BANGKITKAN TRAUMA LAMA
Selepas mencuri perhatian menerusi lagu ‘mata(hari)’, kumpulan pop rock Empty Page. kembali dengan single terbaharu berjudul ‘BERDOSA’
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.











