STARBUCKS BIDAS TRUMP, GAJIKAN 10,000 PELARIAN
Isu perlembagaan Amerika yang melibatkan pelarian asing terutama kaum Islam kekal menjadi debat sehingga kini. Ternyata idea Donald Trump ini seakan memakan diri apabila banyak pihak enggan bersetuju dengan cadangannya itu. Turut tidak bersetuju dengan Trump adalah jenama kopi antarabangsa Starbucks.
Dalam satu kenyataan rasmi dari pihak Starbucks yang dikeluarkan oleh CEO Starbucks, Howard Schultz, beliau memaklumkan bahawa Starbucks akan menggaji 10,000 pelarian dalam masa 5 tahun akan datang sebagai reaksi terhadap president baharu Amerika Syarikat, Donald Trump yang menghalang pelarian Islam khususnya Syria dari memasuki Amerika Syarikat. Trump turut melaksanakan #MuslimBan ke atas 6 buah negara Islam yang lain ketika ini iaitu Libya, Iraq, Iran, Sudan, Yemen dan Somalia.
Jelas Howard dalam suratnya lagi, ““Kami amat mementingkan pengambilan pekerja muda untuk membantu mereka memulakan kehidupan baru. Disebabkan itu kami komited untuk menjayakan usaha dalam memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang melarikan diri terutama sekali dari negara bergolak ataupun diskriminasi kaum. Terdapat 65 juta orang di dunia ini dikelaskan sebagai pelarian oleh United Nations dan kami merancang untuk menggaji 10,000 pelarian ini dalam masa 5 tahun di 75 negara Starbucks beroperasi,” terang Howard di dalam suratnya.
Howard menegaskan proses menggaji pelarian itu akan dilaksanakan kepada semua cawangan Starbucks di seluruh dunia dan usaha itu akan bermula di Amerika Syarikat. Tambahan pula, Mexico adalah antara negara penyumbang terbesar biji kopi kepada Starbucks. Starbucks mempunyai 600 cawangan di Mexico dan tindakan Trump untuk mengkaji kembali hubungan ekonomi mereka bersama Mexico akan menyulitkan hubungan baik kedua-dua negara sebelum ini.
Sesungguhnya tindakan Howard ini ternyata menerima respon yang cukup positif. Tahniah kepada Starbucks atas tidak mendiskriminasi pekerja mereka. Anda boleh baca coretan penuh Howard Schultz di sini.
Fakta mengenai Howard Schultz, CEO Starbucks –
1. Howard Schultz, lahir 19 Julai 1953 adalah seorang usahawan Amerika Syarikat, serta pemilik rangkaian kafe minuman kopi terkemuka Starbucks.
2. Pada 2006, majalah Forbes menyenaraikan beliau sebagai orang ke-354 terkaya di Amerika Syarikat dengan nilai $1.1 bilion.
3. Howard juga seorang yang sangat aktif dalam sukan besbol, bola sepak dan bola keranjang dan diberi biasiswa sukan dari Northern Michigan University. Beliau mendapat ijazah komunikasi pada 1975.
4. Idea beliau untuk membuka Starbucks bermula sewaktu beliau melancong ke Milan, Itali pada 1981. Beliau melihat banyak kedai kopi di lorong-lorong di Itali sebagaimana bar di Amerika Syarikat, lalu beliau mencadangkan Starbucks ditukar kepada kedai kopi, bukan semata-mata menjual biji kopi. Pada 1987, Schultz menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks pertama.
5. Beliau pernah tinggal di kawasan perumahan subsidi Canarsie, khas untuk golongan miskin.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 31 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA
Dalam lanskap filem Malaysia yang semakin berkembang, tidak banyak nama yang mampu menyaingi kehebatan dan pengaruh seperti Syamsul Yusof.
AUGUSTIN ENG, PASANG IMPIAN BEKERJASAMA DENGAN PEREKA FESYEN LOKAL
Augustin Eng mula dikenali sejak dia aktif berkongsi content menarik di media sosial. GLAM Lelaki mengenali ‘content creator’ muda ini lebih dekat.
“HUBUNGAN SAYA DENGAN MUZIK SANGAT UNIK & INTIMATE.” – NINA HASNUL
Nama Nina Hasnul cukup dikenali lebih-lebih lagi dalam kalangan peminat muzik dan fesyen tidak kira lelaki atau wanita.
KHAI BAHAR KONGSI RAHSIA TUBUH BEROTOT
Khai Bahar cukup dikenali dengan suara yang memukau hati pendengar, kini mencuri perhatian dengan tubuh berotot baru.
M SOCIAL RESORT PENANG: DESTINASI STAYCATION MESTI INAP
Millennium Hotels and Resorts (MHR), jenama terkemuka dalam industri hospitaliti, memperkenalkan hartanah ketujuhnya, M Social Resort Penang.
8 WANGIAN RAMBUT PILIHAN GLAM LELAKI
Bro! your hair smells! Seperti badan, rambut juga memerlukan perhatian, lelaki moden jika anda seorang yang mementingkan gaya. Stay alert!