GAYA RAMBUT LELAKI TERKINI 2025: TREND HANGAT YANG WAJIB CUBA
GAYA RAMBUT LELAKI TERKINI 2025: KEMAS, BERTEKSTUR & BERANI
Rambut bukan sekadar pelengkap gaya malah ia adalah identiti. Tahun 2025 menyaksikan perubahan besar dalam trend rambut lelaki yang menggabungkan unsur kemas dengan tekstur semula jadi dan eksperimen berani. Bagi lelaki yang mahu tampil moden, ini dia beberapa gaya yang wajib dicuba.
#1 TEKSTURED CROP: LEMBUT & PRAKTIKAL
Potongan pendek di sisi, atas sedikit panjang dan disikat secara kasual dengan tekstur. “Textured Crop” bukan sahaja mudah untuk dijaga, tetapi juga fleksibel. Gaya potongan ini sesuai untuk pejabat ataupun santai di hujung minggu. Produk salon bergaya seperti matte pomade atau wax ringan bantu cipta efek lembut dan natural.

#2 MODERN MULLET: POTONGAN RETRO YANG DIPERBAHARUI
Mullet kembali, tetapi dengan pendekatan lebih moden. Gaya potongan sisi dipendekkan, di bahagian belakang dibiarkan lebih panjang, dan fade atau undercut menyuntik elemen kontemporari. Sesuai untuk mereka yang suka gaya berani dan mahu tampak berbeza.

#3 SKIN FADE + BUZZ CUT: MINIMALIS & GAGAH
Untuk lelaki yang mahukan gaya ringkas tetapi mempunyai karakter, buzz cut dengan skin fade adalah pilihan tepat. Potongan pendek rata di atas, tepi ataupon sisi yang sangat fade atau bahagian tepi bersih. Gaya potongan ini tak perlu styling tinggi, cuma perlu penjagaan yang khusus seperti trimming setiap minggu.

#4 LONG WAVES & NATURAL TEXTURE: TENANG & GAYA SANTAI
Bagi lelaki berambut panjang atau mudah berombak, gaya ini sangat relevan. Lapisan (layers) nipis, rambut yang longgar dengan alunan semula jadi mendapat tempat dalam trend lelaki yang mahu kelihatan effortless dan elegan.

#5 UNDERCUT & DESIGNS: DETAIL YANG MENARIK PERHATIAN
Potongan undercut dengan sisi yang sangat pendek dan bahagian atas panjang menjadikan ia teras kepada gaya ini. Tambahkan garis (line designs), fade kreatif atau warna kontras kecil untuk efek “stand out”. Untuk lelaki muda yang suka menjadi tumpuan, gaya ini cukup menyerlah untuk dicuba.

Gaya rambut lelaki tahun ini ialah tentang kesederhanaan dan karakter. Penggayaan yang tidak terlalu dibuat-buat tetapi penuh keunikan. Cuba salah satu gaya di atas, atau mix & match mengikut personaliti anda. “Rambut anda, kisah anda”.
Artikel Berkaitan: 9 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2025
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
F1 BAHRAIN DI SEPANG JADI MILIK MAX VERSTAPPEN, HAMILTON KEMBALI DI PODIUM
Malaysia digegarkan dengan dentuman bunyi dari kereta F1 sepanjang hujung minggu yang lalu dengan Bahrain GP di Sepang.
LOUIS VUITTON TROPHY TRUNK HIASI KEMENANGAN MAX VERSTAPPEN, BAHRAIN GRAND PRIX DI MALAYSIA!
Max Verstappen bergelar juara Bahrain Grand Prix di Malaysia, dianugerahkan trofi yang khas dipersembahkan di dalam Peti Trofi Louis Vuitton.
BUFORI, LUXURY ON WHEELS DARI MALAYSIA
Kenali Bufori, ikon kereta mewah dari Malaysia yang tampil dengan reka bentuk klasik, kemasan eksklusif dan identiti tersendiri.
DIORIGINALS: MENGHIDUPKAN SEMULA 5 WANGIAN IKONIK DIOR DI MALAYSIA
Lima daripada wangian ikonik Dior, Dioriginals kini tersedia di butik Dior seluruh Malaysia untuk dirasai sendiri pengalaman harum ini.
EMPTY PAGE. KEMBALI DENGAN ‘BERDOSA’, BANGKITKAN TRAUMA LAMA
Selepas mencuri perhatian menerusi lagu ‘mata(hari)’, kumpulan pop rock Empty Page. kembali dengan single terbaharu berjudul ‘BERDOSA’
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.











