GL GANG X ADIDAS: KOLABORASI PENGGAYAAN PENUH STAIL
GLAM Lelaki telah berkolaborasi bersama adidas untuk sesi penggayaan GL Gang x adidas pada 30 September yang lalu.
Pada 30 Ogos 2025 yang lalu, adidas Malaysia mengadakan kolaborasi eksklusif bersama GLAM Lelaki bertempat di Concourse Pavilion, Kuala Lumpur. Sesi khas penggayaan diadakan oleh Pengarah Kreatif GLAM Lelaki, Johan Kassim. Johan Kassim menggayakan dua model pilihan GLAM Lelaki, Haqeem Hyzan dan Maya Letisha dengan 3 look yang cukup stail. Setiap satu look dikurasi khas oleh Johan Kassim, memberi stail yang penuh gaya, tetapi masih selesa untuk kehidupan seharian.

Salah satu look buat Maya Letisha yang menjadi kegemaran ialah gabungan 3 Stripes Jacket adidas bersama skirt berona krim yang menjadi kombinasi sempurna. 3 Stripes Jacket berona coklat yang digabungkan dengan seluar kargo adidas juga cukup sesuai digayakan oleh Haqeem.


Acara istimewa dari adidas ini turut dihadiri oleh tujuh orang GL Gang yang dipilih khas oleh GLAM Lelaki. Kehadiran Evertts Gomes, Zic dari Emptypage, Sharul Aimy serta model hebat Ridzman Zidaine semestinya memeriahkan lagi sesi penggayaan ini. Selain itu, Adam Shafique, Zarif Ghazzi dan pempengaruh Haziq Zulkifli turut hadir atas jemputan GLAM Lelaki. Sejak tahun 1967, dua item yang menjadi sorotan pop-up ini menjadi ikon stail serta klasik dalam dunia fesyen. Kasut Superstar dan Firebird Tracksuit dibawa semula dengan penuh gaya moden, namun tetap klasik dan timeless. Setiap dari GL Gang berikut menggayakan kasut Superstar yang dipilih khas buat mereka.

Baca: KENALI 10 ‘COOL KIDS’ GLAM LELAKI SEPERTI ALPHA DAN RAMAI LAGI
Aktiviti- Aktiviti Istimewa Dari adidas
Selain daripada sesi penggayaan dari GLAM Lelaki, aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh adidas khas buat pop-up ini juga hebat dan menyeronokkan. Superstar Soundbooth turut disediakan sebagai zon audio imersif, menampilkan muzik yang dikurasi khas oleh artis-artis dari kempen adidas Originals. Antaranya ialah JENNIE, Joe Flizzow, Missy Eliot dan ramai lagi. Selain Superstar Soundbooth, permainan interaktif seperti Basketball Shootout serta Dance Dance Revolution turut disediakan, melengkapkan lagi tema klasik mereka.

Pop-up istimewa ini hadir dari 27 Ogos 2025 hingga 1 September 2025, memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman bersama adidas Malaysia. Pelbagai promosi juga diadakan khas sempena pop-up berikut. Pembelian sepasang kasut Superstar berharga RM569 memberi mereka peluang untuk menebus penyesuaian kasut bernilai RM117. Pembelian Firebird Tracksuit yang berharga RM429 pula membolehkan mereka menebus penyesuaian pakaian bernilai RM87 serta menikmati kopi percuma di Superstar Café.
Pautan berkaitan: GELOMBANG BUDAYA ADIDAS ORIGINALS SUPERSTAR
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 Atlet Lelaki Kacak & Mesti Kenali di Sukan SEA 2025
Sukan SEA 2025 memperkenalkan barisan atlet baharu dan sedia ada yang berada di kemuncak prestasi. Berikut lima atlet hangat mencuri tumpuan.
PENGALAMAN MAGIS POP-UP COACH HOLIDAY 2025
#StyledByJK bersama GL Gang, Jansen menampilkan trik mudah penggayaan musim percutian daripada koleksi Coach Holiday 2025.
SHARUL AIMY RAIH PINGAT EMAS DI SUKAN SEA, “SAYA GEMBIRA KEMBALI DI ATAS PODIUM KEMENANGAN.”
Sharul Aimy meraih pingat emas di Sukan SEA. Mencatat 13.833 mata pada aksi akhir dalam acara melombol lelaki.
Ernie Zakri, Fattah Amin, Adam Lee & Jazmy Juma Cemerlang di ABPBH ke-37
Ernie Zakri dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 37, mengatasi saingan sengit daripada finalis top 5 lain.
HAZIQ ZULKIFLI, “SAYA IMPIKAN UNTUK MEMULAKAN PERNIAGAAN SENDIRI.”
Haziq Zulkifli, wajah baharu dalam dunia penciptaan kandungan digital, mungkin masih baru tetapi penuh potensi. Kenali Haziq Zulkifli.
KENALI WAJAH-WAJAH MUDA DALAM DUNIA LAKONAN MALAYSIA
Malaysia kini dipenuhi dengan wajah-wajah muda di dalam dunia lakonan tempatan menjadikan industri ini lebih berkembang.












