Skip to content

THE LINE-UP IS OUT! KENALI 9 PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2025

THE LINE-UP IS OUT! KENALI 9 PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2025

Kongsikan artikel ini

GL The Man Awards 2025 buat pertama kalinya meraikan lelaki-lelaki berpengaruh yang membentuk landskap gaya, seni dan budaya masa kini.

Dari ikon fesyen hingga pereka kreatif dan pemuzik yang mencipta perubahan, setiap penerima GL The Man Awards yang pertama ini mencerminkan semangat lelaki moden. Berani, autentik dan penuh inspirasi. Dengan pelbagai latar belakang dari dunia muzik dan hiburan hingga ke bidang keusahawanan serta rekaan. Sembilan penerima ini bukan sekadar menonjol melalui penampilan, tetapi juga melalui visi dan impak mereka terhadap industri masing-masing. Inilah barisan lelaki yang mendefinisikan lelaki berpengaruh pada tahun 2025.

#1 Noh Salleh – The Style Hero

Penyanyi serta pemuzik yang cukup versatil di Malaysia, Noh Salleh merupakan penerima anugerah The Style Hero untuk GL The Man Awards 2025. Namanya tidak pernah asing dari mulut pencinta muzik, malah fesyen di Malaysia. Memulakan kariernya sebagai salah seorang ahli kumpulan hip-hop MIX, Noh kemudian menubuhkan kugiran Hujan, yang cukup ikonik. Hujan ditubuhkan pada tahun 2005 dan masih relevan hingga hari ini. Pada tahun 2014, Noh memulakan karier solonya dengan lagunya yang cukup terkenal, Angin Kencang. Selain daripada karier muziknya, nama Noh Salleh cukup ikonik di dalam fashion scene Malaysia. Noh juga merupakan pemilik jenama fesyen tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2018, Hikari Riders.

noh salleh

#2 Awal Ashaari – Best Dressed

Pelakon, pengacara, model, pemilik perniagaan serta seorang bapa, itulah Awal Ashaari. Sebagai salah seorang penerima anugerah Best Dressed, Awal Ashaari semestinya nama yang sempurna untuk dunia fesyen Malaysia. Awal Ashaari bermula sebagai seorang pembaca berita pada tahun 2004 sebelum beralih ke dunia pengacaraan. Dalam masa yang sama, Awal Ashaari turut memulakan karier sebagai seorang pelakon televisyen. Pada tahun 2012, Awal Ashaari mendirikan rumah tangga bersama pelakon Scha Al-Yahya dan mereka dikurniakan 2 cahaya mata, Lara Alana dan Lyla Amina. Gaya fesyen Awal Ashaari yang versatil dan berani semestinya menjadi faktor namanya besar dalam industri fesyen.

GL THE MAN AWARDS 2025

#3 Pipi Razi – Best Dressed

11 tahun di dalam industri fesyen Malaysia, Pipi Razi merupakan salah seorang pencipta kandungan yang OG di Malaysia. Pipi Razi merupakan antara individu yang telah menyumbang besar kepada perkembangan gaya hidup dan budaya fesyen tempatan. Selepas berhenti dari pekerjaan koperatnya, Pipi memulakan karier sebagai seorang model dan kini masih menjadi pencipta kandungan fesyen yang disukai ramai. Aura dan personaliti uniknya menjadikan beliau ikon gaya lelaki moden yang disegani ramai.

GL THE MAN AWARDS 2025

#4 Iqie Insomniacks – Best Dressed

Sebagai vokalis kumpulan Insomniacks yang sedang mencipta fenomena tersendiri dalam dunia muzik tempatan, Iqie turut menjadi perhatian kerana gaya fesyennya yang edgy dan trendy. Iqie memulakan karier nyanyiannya pada tahun 2017 bersama Insomniacks, apabila single pertama mereka, Selalu dilancarkan. Pada tahun 2018, lagu kegemilangan mereka, Pulang dilancarkan dan populariti Insomniakcs menaik secara mendadak, menjadikan mereka salah satu kugiran tempatan paling disukai. Selain dari Insomniacks, Iqie juga merupakan ahli kumpulan trio, Distorted. Menggabungkan elemen streetwear dan high fashion, Iqie mencerminkan semangat generasi muda hari ini. Berani, bebas dan penuh ekspresi.

iqie

#5 Ridzman Zidaine – Game Changer

Sebagai salah seorang wajah baharu yang paling menyerlah dalam dunia fesyen, Ridzman Zidaine membuktikan bahawa bakat dan gaya boleh berjalan seiring. Dikenali sebagai model Malaysia pertama yang berjaya membuka acara fesyen Louis Vuitton, Rizman mengembangkan namanya di Eropah. Dengan pendekatannya yang autentik dan berani mencuba sesuatu yang baharu, beliau benar-benar mencerminkan semangat Game Changer, individu yang mengubah persepsi dan mencipta peluang baharu. Kini, Ridzman turut dikenali oleh pereka-pereka fesyen luar negara dan bekerjasama dengan jenama seperti Maison Margiela, Wales Bonner, Lacoste dan banyak lagi.

ridzman

#6 Masyadi Mansoor – Creative Visionary

Seorang pereka fesyen yang penuh imaginasi, Masyadi Mansoor terkenal dengan hasil kerjanya yang sentiasa menolak batas kreativiti. Setiap projek yang disentuh olehnya membawa naratif dan estetika yang tersendiri, mempamerkan keunikan identiti tempatan dalam gaya moden dan global. Visioner, berani dan penuh idea luar kotak, Masyadi adalah lambang kreativiti generasi kini. Pereka muda ini turut membukti keberaniannya terhadap diri sendiri apabila dia mengambil risiko untuk membuka perniagaannya menggunakan wang simpanan sendiri. Kini, Masyadi Mansoor dan MSYD menjadi jenama yang cukup hebat dari Malaysia. Koleksi MSYD di KLFW 2025 yang lalu menangkap mata orang ramai dengan konsep dan penceritaan yang dihasilkan melalui rekaan busananya.

masyadi

#7 Asal Lelaki (Hazwan Faiz & Muzzamil) – Fashion Entrepreneur Of The Year

Dua sahabat yang berkongsi visi dan semangat yang sama dalam membangunkan jenama Asal Lelaki. Hazwan Faiz dan Muzzamil telah mengukuhkan kedudukan mereka sebagai antara usahawan paling berpengaruh dalam dunia fesyen lelaki Malaysia. Jenama mereka bukan sekadar tentang pakaian, tetapi tentang gaya hidup dan identiti lelaki moden. Dedikasi mereka terhadap kualiti, reka bentuk dan naratif jenama menjadikan mereka penerima yang layak untuk anugerah Fashion Entrepreneur Of The Year.

asal lelaki

#8 Han Pin – Man Of Influence

Sebagai pemilik jenama dan personaliti media sosial yang disegani, Han Pin merupakan figura yang membawa pengaruh besar dalam dunia fesyen dan gaya hidup. Pemilik jenama penjagaan kulit Gote Skin ini membuka peluang buat lelaki yang ingin menjaga kesihatan kulit mereka. Dengan gaya yang sophisticated dan karisma yang natural, Han Pin sering menjadi rujukan ramai dalam menentukan trend dan arah gaya. Melalui kerja kreatifnya, dia membuktikan bahawa pengaruh sebenar datang daripada keaslian dan konsistensi.

han pin

#9 Lucidrari – Next Gen Talent

Muda, berbakat dan penuh potensi. Itulah definisi bagi Lucidrari. Sebagai artis dan penerbit muzik yang semakin mencuri perhatian, Lucidrari membawakan perspektif baharu ke dalam dunia muzik Malaysia. Gaya fesyennya yang berani serta aura misteriusnya menjadikan beliau simbol generasi baharu yang berani mencabar norma dan mencipta trend sendiri. Berada dibawah naungan Midlyfe, dia melancarkan album pertamanya, corrupted at 16 bersama Fitto. Antara lagu hangat yang datang dari album tersebut ialah Lampu Biru, turut membawa nama Lucidrari ke pentas muzik yang lebih besar.

lucidrari

#10 Style’s Choice

GL The Man Awards 2025 meraikan lelaki dengan gaya dan personaliti luar biasa. Tahun ini, pembaca GLAM Lelaki turut berpeluang untuk memilih pemenang GL The Man Awards 2025 untuk kategori Style’s Choice. Anugerah istimewa ini bagi meraikan wajah muda yang berbakat dan mempunyai gaya tersendiri dalam industri hiburann dan fesyen Malaysia. Pemenang GL The Man Awards 2025 Style’s Choice akan ditentukan menerusi undian pembaca GLAM Lelaki dan bakal diumumkan di GL The Man Awards 2025.

Undi disini: GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE

style's choice

Pautan berkaitan: UNDI SEKARANG! SIAPAKAH 10 NOMINEE GL THE MAN AWARDS 2025 STYLE’S CHOICE?

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

gote club

GL THE MAN AWARDS 2025, “MAN OF INFLUENCE”-HAN PIN

Bacaan Lanjut
pipi razi

5 STAIL OOTD PIPI RAZI YANG MENARIK PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
awal ashaari best dressed

GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-AWAL ASHAARI

Bacaan Lanjut

ASAL LELAKI: 5 BUKTI JENAMA INI MENJADI PILIHAN LELAKI MODEN

Bacaan Lanjut
pipi razi

GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-PIPI RAZI

Bacaan Lanjut

GL THE MAN AWARDS 2025, “CREATIVE VISIONARY”- MASYADI MANSOOR

Bacaan Lanjut