GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL NEXT GEN”-LUCIDRARI
Teks & temu bual, BATRISYIA FAISAL
GAYA BUKAN SEKADAR PENAMPILAN. IA SUARA GENERASI. PENGARUH LUAR BIASA LUCIDRARI DALAM MEMBENTUK IDENTITI GENERASI KINI MELALUI FESYEN DAN MUZIK. BAKAT BAHARU, GAYA BERANI, AURA LEGENDA DALAM PEMBIKINAN.

Bagaimana anda menggambarkan diri anda hari ini berbanding lima tahun lalu?
Saya boleh katakan bahawa saya kini berada di tahap yang jauh lebih baik. Baik dari segi kreativiti mahupun sebagai seorang individu. Lima tahun lalu, saya masih tercari-cari identiti dan hala tuju sebenar dalam kerjaya seni. Hari ini, saya lebih matang dalam memahami apa yang saya ingin hasilkan, dan ke mana saya mahu membawa diri saya sebagai anak seni.
Sepanjang perjalanan ini, saya telah meneroka pelbagai cabang dalam kerjaya profesional, dan yang lebih penting, saya belajar banyak tentang diri sendiri. Semua pengalaman itu membentuk dan membawa saya ke satu titik di mana saya berasa lebih yakin, lebih jelas, dan lebih selesa menjadi versi terbaik diri saya hari ini.
Apakah risiko terbesar yang pernah anda ambil dalam kerjaya, dan bagaimana hasilnya?
Risiko terbesar yang pernah saya ambil ialah ketika saya memutuskan untuk berhenti daripada pekerjaan tetap dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya seni. Pada waktu itu, saya masih belum berada di tahap sekarang. Dan keputusan tersebut sememangnya besar serta penuh risiko. Namun, saya percaya pada potensi diri dan berpegang teguh pada keyakinan bahawa usaha keras tidak akan pernah mengkhianati hasil. Itulah pertaruhan yang membuka jalan kepada segala yang saya capai hari ini.
Di luar kerjaya, apakah perkara yang paling anda minati?
Saya memang sentiasa minat sukan, tetapi bola sepak memiliki tempat yang istimewa dalam hidup saya. Ia bukan sekadar hobi, Ia adalah sesuatu yang saya benar-benar terhubung secara emosi.
Apakah erti ‘good style’ buat anda sebagai seorang lelaki?
Bagi saya, gaya yang baik bermula dengan keaslian. Ia bukan soal mengikut trend semata-mata, tetapi tentang memilih sesuatu yang benar-benar mencerminkan siapa diri anda. Gaya yang sebenar ialah apabila pakaian yang anda sarung mampu ‘berekspresi’
Berkait dengan tema #BOSSRecognizeBOSS, bagaimana anda pastikan anda kekal relevan sebagai seorang ‘Boss’ dalam industri hiburan?
Saya percaya, kunci untuk kekal relevan adalah dengan sentiasa menjadi diri sendiri. Setiap karya yang saya hasilkan datang daripada tempat yang jujur, dengan penuh dedikasi. Saya juga gemar menetapkan penanda aras untuk diri sendiri. Dan setiap kali satu tahap berjaya dicapai, saya akan cabar diri untuk melangkaui batas itu dan mencipta sesuatu yang lebih segar.
Bagi saya, proses berkembang dan berevolusi tidak pernah berhenti. Itulah yang terus menghidupkan semangat saya, dan menjadikan saya kekal relevan dalam industri ini.
Artikel berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2025, “GAME CHANGER”-RIDZMAN ZIDAINE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RECAP GL THE MAN AWARDS 2026: MERAIKAN GAYA LELAKI MODEN
GLAM Lelaki kembali dengan GL The Man Awards buat tahun 2026.
GL THE MAN AWARDS 2026, “VISI KREATIF” – M. SHAFFUAN
Sebagai pengarah kreatif generasi baharu, M. Shaffuan hadir dengan bakat, idea segar serta perspektif kreatif yang sentiasa melangkaui kebiasaan.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE TASTEMAKER” – ZAID ARIF
Setelah lebih sedekad meniti dunia fesyen lelaki moden, Zaid Arif, pengasas Zeve, membuktikan bahawa dunia kreatifnya tidak terhad kepada satu cabang.
GL THE MAN AWARDS 2026, “BRAND OF THE YEAR” – ALL LOVE
Dengan identiti segar dan pendekatan yang seiringan dengan budaya lelaki moden, ALL LOVE kini menjadi antara jenama tempatan yang cukup dekat dengan generasi muda.
GL THE MAN AWARDS 2026, “STYLE HERO” – MIERUL AIMAN
Nama yang sememangnya semakin besar dalam dunia lakonan, Mierul Aiman juga aktif dalam dunia fesyen dengan jenamanya, DreamKid.
GL THE MAN AWARDS 2026, “GAME CHANGER” – ASHRAF ANUAR
Ketekunan Ashraf Anuar menjadi peneraju utama disebalik kejayaan SVG Worldwide.











