GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI
Teks & temu bual, SHAKIF MD NOOR
BUKAN SEKADAR JENAMA PAKAIAN, IT’S A LIFESTYLE. HAZWAN FAIZ DAN MUZAMMIL RAHMAT PENGASAS LABEL ASAL.LELAKI, BERJAYA CIPTA SATU JENAMA YANG BUKAN SAHAJA COOL DAN STYLISH, TAPI JUGA PENUH JIWA ANAK MUDA.
DENGAN SENTUHAN REKAAN YANG SEGAR, BERANI DAN RELEVAN, SETIAP KOLEKSI ASAL.LELAKI MEMBAWA CERITA-TENTANG IDENTITI, KEBERANIAN DAN GAYA YANG TAK TERIKAT PADA TREND SEMATA.
Bagaimana anda berdua menggambarkan jenama ASAL.LELAKI hari ini berbanding lima tahun lalu?
Asal.Lelaki bermula pada tahun 2020, ketika tempoh PKP. Jenama ini lahir daripada usaha kami untuk memperkenalkan jenama pakaian lelaki di bawah CalaQisya. Fokus kami jelas, iaitu menawarkan gaya yang ringkas, selesa, dan sesuai untuk lelaki moden Malaysia.
Hazwan tampil sebagai wajah utama jenama dengan identiti gaya yang kuat, manakala Zamil mengemudi strategi dan operasi harian. Kini, dengan pembukaan butik pertama di KL East Mall, kami lebih matang dalam hala tuju dan visi. Asal bukan lagi sekadar jenama fesyen, tetapi berkembang sebagai sebuah komuniti. Untuk lelaki yang yakin, versatil, dan tidak takut mengekspresikan gaya mereka.
Apakah risiko terbesar yang pernah anda berdua ambil dalam kerjaya, dan bagaimana hasilnya?
Risiko terbesar bagi kami adalah menembusi pasaran fesyen lelaki yang kecil dan mencabar. Ada ketikanya, produk yang dihasilkan kurang mendapat sambutan. Namun, dari situ kami belajar. Menyesuaikan rekaan dan memperkemas strategi.
Keberanian untuk terus mencuba dan beradaptasi akhirnya membuahkan hasil, apabila Asal berkembang daripada jualan atas talian kepada pembukaan butik fizikal. Hari ini, kami bersyukur kerana memiliki pelanggan setia yang benar-benar menghargai keaslian dan identiti jenama Asal.Lelaki.
Di luar kerjaya, apakah perkara yang anda berdua paling minati?
Zamil lebih gemar meluangkan masa bersama keluarga, manakala Hazwan pula menemui ilham melalui secawan kopi dan animasi Jepun. Bagi kami berdua, keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi adalah kunci untuk kekal fokus dan terus kreatif dalam dunia fesyen yang sentiasa berkembang dan berubah.
Apakah erti ‘good style’ bagi anda berdua sebagai seorang lelaki?
Bagi kami, gaya yang baik adalah tentang kesederhanaan, keselesaan, dan keyakinan diri. Ia tidak perlu mahal asalkan versatil dan seiring dengan personaliti si pemakai. Gaya sebenar bukan soal menonjol semata-mata, tetapi bagaimana seseorang membawa diri dengan penuh yakin dan autentik
Berkait dengan tema #BossRecognizeBoss, bagaimana untuk anda berdua kekal relevan sebagai seorang ‘boss’?
Bagi kami, menjadi ‘boss’ bermaksud kekal peka terhadap perubahan dalam dunia fesyen dan media sosial, tanpa mengorbankan DNA jenama. Dengan pendekatan yang ringkas, asas dan versatil, Zamil dan Hazwan membina pengaruh melalui keyakinan, strategi, dan konsistensi. Elemen yang menjadikan Asal.Lelaki terus menjadi rujukan gaya moden lelaki di Malaysia.
Artikel berkaitan: GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL NEXT GEN”-LUCIDRARI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SELAIN NOH SALLEH, SIAPAKAH LELAKI DI MALAYSIA YANG LAYAK DINOBATKAN “THE STYLE HERO”?
Berikut merupakan lima nama lain yang GLAM Lelaki rasa wajar bergelar “The Style Hero”. Maybe next year's GL The Man Awards?
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL NEXT GEN”-LUCIDRARI
Pengaruh luar biasa Lucidrari dalam membentuk identiti generasi kini melalui fesyen dan muzik. Legend "in the making".
GL THE MAN AWARDS 2025, “THE STYLE HERO”-NOH SALLEH
"Secara jujur, saya sendiri pun tidak pasti bagaimana saya masih bertahan dalam industri ini selama dua dekad. Saya tidak punya formula khas, tiada strategi besar yang dirancang," Noh Salleh.
5 LAGU TERBAIK NYANYIAN JACKSON WANG
Sempena konsert "MAGICMAN 2" Jackson Wang yang akan diadakan Oktober ini, GLAM Lelaki memilih lima lagu terbaik Jackson Wang. Wajib dengar sebelum hari konsertnya. Who's going?
GL THE MAN AWARDS 2025, “STAIL TERBAIK”-IQIE
Iqie atau nama sebenar, Syed Mir Iqbal memiliki stail yang luar biasa, moden dan berani juga mencerminkan perjalanan seninya dalam muzik.
GL THE MAN AWARDS 2025, “GAME CHANGER”-RIDZMAN ZIDAINE
Ridzman Zidaine melakar sejarah sebagai model lelaki Malaysia pertama di melewati pentas Louis Vuitton untuk beberapa musim berturut-turut.