PARK HYATT KUALA LUMPUR: SIMBOL KEMEWAHAN BERGAYA DI MERDEKA 118
Sebuah bab baharu dunia hospitaliti mewah kini bermula di ibu negara. Terletak megah di dalam bangunan ikonik Merdeka 118, Park Hyatt Kuala Lumpur akhirnya membuka pintu menandakan kehadiran pertama dunia hospitaliti Park Hyatt di Malaysia dan permulaan era baharu dalam pengalaman penginapan bertaraf dunia. Dilancarkan pada Ogos 2025, hotel ini membawa definisi kemewahan ke tahap lebih tinggi dengan gabungan ketulenan budaya dan keanggunan moden. Ia bukan sekadar tempat untuk menginap, tetapi destinasi untuk mereka yang menghargai seni reka, ketenangan dan layanan yang diperhalusi dengan sempurna.
SENTUHAN SENI DAN WARISAN DALAM SETIAP RUANG
Setiap inci ruang Park Hyatt Kuala Lumpur membawa naratif budaya Malaysia dalam sentuhan moden. Direka oleh G.A Group. Diilhamkan daripada seni bina rumah tradisional Melayu dan diterjemahkan melalui tekstur kayu semula jadi, anyaman tradisional, serta pemidang tembaga bermotifkan batik canting yang menimbulkan keseimbangan antara keanggunan dan simbol kemewahan.
Hotel ini turut menampilkan koleksi seni eksklusif yang dikurasi oleh Artlink. Artlink mempersembahkan hasil karya artis tempatan dan antarabangsa yang meraikan bentuk dan warna alam semula jadi Malaysia. Setiap ruang seolah-olah galeri seni yang hidup.

PENGINAPAN MEWAH DENGAN PEMANDANGAN KOTA
Dengan 252 bilik dan suite, setiap ruang direka sebagai tempat istirahat eksklusif yang dikelilingi tingkap dari lantai ke siling yang memaparkan panorama menakjubkan bandar Kuala Lumpur. Cahaya semula jadi menari di setiap sudut, manakala bilik mandi luas dengan tab rendam, pancuran hujan dan aromaterapi melengkapkan lagi pengalaman yang mendamaikan kepada para pengunjung.
Suite tertentu turut dilengkapi ruang tamu, bilik persalinan dan sudut bacaan peribadi. Menjadikan setiap penginapan bukan sekadar penginapan, tetapi pengalaman peribadi yang menghubungkan ketenangan dan inspirasi.

DESTINASI KULINARI YANG MENGGUGAH RASA
Park Hyatt Kuala Lumpur memperkenalkan tiga destinasi gastronomi unggul yang diraikan oleh penggemar kulinari:
-
Merdeka Grill — Restoran gril moden yang menghidangkan potongan daging premium dan hasil tempatan berkualiti tinggi, dipimpin oleh Chef Eksekutif Stig Drageide. Nikmati sajian istimewa seperti salmon bakar kayu cedar, Chateaubriand, dan ais krim vanila bersama kaviar tempatan T’lur.
-
Park Lounge — Sebuah ruang elegan yang menghidupkan semula resipi tradisional Malaysia dengan sentuhan moden. Dari Botok Ikan hingga Gulai Taucu Minang, setiap hidangan membawa kenangan budaya dalam rasa yang baharu. Sajian petang eksklusif oleh Chef Pastri Holger Deh turut menjadi tarikan utama, lengkap dengan troli pastri dan pencuci mulut artisanal.
-
Cacao Mixology & Chocolate — Bar pertama di Kuala Lumpur bertemakan coklat, meraikan keistimewaan koko dalam bentuk koktel dan manisan buatan tangan, sambil menikmati pemandangan indah bandar dan alunan muzik Bossa Nova.

WELLNESS YANG DIPERSONIFIKASIKAN
Terletak di aras 99, spa Park Hyatt Kuala Lumpur adalah bonus ketenangan di tengah kota. Dengan studio yoga, kolam infiniti 30 meter, bilik wap aromaterapi dan rawatan sirkadian satu-satunya di Asia Tenggara. Para tetamu dijemput untuk menenangkan diri dan menyelaraskan semula tenaga semula jadi mereka.

RUANG ACARA EKSKLUSIF DENGAN PANORAMA KOTA
Untuk acara korporat, majlis peribadi atau sambutan berprestij, Park Hyatt Kuala Lumpur menawarkan ruang mesyuarat dan dewan yang menampilkan pencahayaan semula jadi, teknologi terkini, dan pemandangan kota yang menakjubkan. Setiap acara dijalankan dengan layanan peribadi sinonim dengan jenama Park Hyatt di seluruh dunia.

Sebagai sebahagian daripada pembangunan Merdeka 118, kehadiran Park Hyatt Kuala Lumpur bukan sekadar simbol kemewahan, tetapi juga kebanggaan nasional. Ia memperkukuh daya tarikan Kuala Lumpur sebagai destinasi global yang menggabungkan sejarah, budaya, dan kemodenan dalam satu nadi metropolis.
Artikel Berkaitan: KAPTEN BATIK: MERAIKAN WARISAN BERINSPIRASIKAN GAYA MODEN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL
Semak gaya stylish Syawal Ikmal Amry bersama Tommy Hilfiger. Menyerlahkan gaya santai lebaran supaya kekal bergaya.
THE DRAMA KING: AMIR AHNAF
Amir Ahnaf berkongsi obsesinya terhadap seni, tanggungjawab membentuk landskap industri, dan bagaimana fesyen menjadi refleksi identiti.
TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT
Menghentak dunia perfileman tempatan dengan kuat, TARUNG: Unforgiven hadir dengan teaser yang menayangkan barisan pelakon hebat.
THE BODY SHOP RAI ULANG TAHUN GLOBAL KE-50 DENGAN SUMBANGAN
The Body Shop meraikan ulang tahun global mereka yang ke-50 tahun ini dengan menegaskan semula kepercayaan mereka terhadap sumbangan.
DANIAL HAZIQ, KONSISTENSI DAN KREATIVITI SEBAGAI CONTENT CREATOR
GLAM Lelaki tertarik dengan kandungan yang dikongsikan Danial Haziq melalui Instagram dan TikTok-nya. Ketahui serba sedikit mengenai Danial Haziq yang kini antara pencipta kandungan di Malaysia yang meraih perhatian.
5 TABIAT GROOMING YANG BUAT PENAMPILAN ANDA NAMPAK LEBIH MAHAL
Tabiat grooming yang betul boleh menaikkan aura gaya anda secara drastik. 5 cara mudah untuk kelihatan lebih mahal tanpa perlu boros.











