GL25: SOROTAN YANG MENCORAKKAN BUDAYA LELAKI MODEN
Tahun 2025 sekali lagi menyaksikan bagaimana GLAM Lelaki terus memimpin naratif gaya hidup lelaki Malaysia melalui GL25.
GL25 datang dengan seleksi personaliti yang berpengaruh dan kolaborasi bertaraf global. Serta, kandungan digital yang semakin dekat dengan pembaca. Dari momen eksklusif belakang tabir hingga acara penuh prestij. Setiap langkah menjadi bukti keupayaan GLAM Lelaki mengangkat suara, identiti dan estetika lelaki moden ke hadapan.
Dalam terakhir GL25, saya menghimpunkan detik yang paling mencuri tumpuan: bintang yang mencorak masa depan industri kreatif, penghormatan buat ikon gaya, kemunculan anugerah grooming pertama GLAM Lelaki, serta inisiatif yang meraikan peranan lelaki sebagai bapa, pemimpin dan inspirasi masyarakat.
#21 GLAM Lelaki Untuk Lelaki
Dalam meraikan peranan lelaki dalam kehidupan dan masyarakat, GLAM Lelaki memberi tumpuan kepada dua sorotan istimewa tahun ini — Hari Bapa dan Hari Lelaki Antarabangsa. Sempena Hari Bapa, GLAM Lelaki menampilkan Emran Rijal bersama isterinya, Tyra Kamaruzzaman. Mereka dirakam dalam sebuah kempen eksklusif bersama BOSS Fragrance. Menyambut kehadiran cahaya mata mereka, momen ini merakam perjalanan Emran sebagai bapa buat pertama kalinya. Penuh rasa bangga, tanggungjawab dan kasih yang tidak terucap.
Manakala Hari Lelaki Antarabangsa diraikan bersama Hariz Hamdan, pelakon dan pencipta kandungan gaya hidup yang menjadi inspirasi lelaki muda hari ini. GLAM Lelaki menyertai rutin sihatnya ketika berjoging, mengangkat mesej bahawa kesejahteraan fizikal dan mental adalah asas gaya hidup lelaki moden.
#22 GL Roompass Selebriti
GLAM Lelaki memperluas dunia kandungan digitalnya dengan GL Roompass. Kali ini, ia melibatkan selebriti Malaysia. Segmen ini membawa pembaca mengikuti momen belakang tabir figura pilihan kami. Semuanya sebelum mereka melangkah ke acara terbesar dalam karier masing-masing. Dari persiapan wardrobe hingga ritual terakhir sebelum naik ke pentas, setiap detik direkodkan secara eksklusif.
Sepanjang tahun ini, beberapa selebriti menjadi sorotan utama termasuk Fattah Amin, Mierul Aiman, Badron Munirah, ALPHA serta Beto Kusyairy. GL Roompass membuka akses paling dekat kepada personaliti yang terus mengangkat industri hiburan — menjadikan peminat sebahagian daripada perjalanan glamor mereka.
#23 GL Who 2025
Siri GL Who yang bermula pada 2024, diteruskan dengan lebih besar dan lebih berpengaruh pada tahun ini. Dengan kemunculan semakin ramai bakat baharu, GLAM Lelaki memperkenalkan wajah-wajah yang wajar diberi perhatian — daripada pempengaruh, pereka fesyen hinggalah penata rambut yang membentuk budaya gaya hari ini.
@glamlelaki_my Dalam segmen GLWho, GL Team menemubual wajah-wajah baharu atau yang perlu dikenali dalam industri buat anda semua 😼 Shufitri, Zze, Keith, Adline, Shalma Eliana, Hariz Izu dan Salman Sazli menjadi antara yang pertama! #GLAMLelaki #GLAMLelakiReset #NewEra
Setiap individu dipilih kerana keunikan karakter, karya dan personaliti mereka yang menonjol dalam dunia kreatif. Antara yang menjadi pilihan GLAM Lelaki untuk GL Who 2025 termasuk Jack Gohr, Shufitri, Zze, Shalma Eliana, Hariz Izu dan ramai lagi — barisan nama baharu yang sedang mendefinisikan masa depan industri.
#24 GLAM Lelaki Most Stylish 2025
Setiap tahun, GLAM Lelaki memilih individu yang paling menyerlah dari segi gaya dan personaliti. GLAM Lelaki Most Stylish 2025 menampilkan 14 wajah yang menjadi ikon fesyen tahun ini — mereka bukan sahaja menginspirasi melalui pakaian, tetapi turut mencerminkan karakter dan aura unik masing-masing.
Antara yang tersenarai termasuk Johan Ghazali, Broyawn, Ethan Chu, Ahmad (Jemput Dengar), Damien Mirza, Lidia Chatura, M. Nasir dan ramai lagi. Setiap figura membuktikan bahawa gaya bukan sekadar penampilan, tetapi juga cara lelaki hari ini mengekspresikan diri dan identiti mereka.
#25 Total Grooming Check 2025
Buat julung kalinya, GLAM Lelaki memperkenalkan Total Grooming Check 2025. Sebuah seleksi komprehensif produk dan ikon grooming terbaik khas untuk lelaki moden. Menelusuri perkembangan terkini dalam dunia penjagaan diri, senarai ini menghimpunkan pilihan paling unggul yang diuji dan dinilai oleh pasukan editorial GLAM Lelaki.
Sebanyak 9 kategori diperkenalkan: Haruman Lelaki Pilihan, Selebriti Lelaki Paling Fit, Haruman Niche Pilihan, Editor’s Pick, Gaya Rambut Terbaik, Produk Rambut & Badan Terbaik, Produk Grooming Lokal Pilihan, Creative’s Choice serta Pencuci Muka Lelaki Terbaik pilihan editorial. Inilah penanda aras baharu untuk grooming lelaki — memastikan setiap lelaki tampil segar, yakin dan berketerampilan dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL25: SOROTAN EKSKLUSIF TAHUN PENUH PENGARUH
Tahun 2025 menandakan tahun yang penuh momentum buat GLAM Lelaki dengan recap sepanjang tahun bersama GL25.
GL25: TAHUN PENUH PENGARUH, GAYA & EVOLUSI BUAT GLAM LELAKI
GL25: Sepanjang 2025, GLAM Lelaki terus memperteguh naratif lelaki moden menerusi deretan pencapaian dan kolaborasi eksklusif.
GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025
GLAM Lelaki mengimbau kembali detik-detik berharga bersama selebriti, GL Team dan pelbagai jenama sepanjang 2025 dalam GL25.
TOTAL GROOMING CHECK: SET PENJAGAAN RAMBUT & BADAN PILIHAN EDITORIAL
GLAM Lelaki memilih tiga rangkaian penjagaan rambut dan badan daripada OUAI, Shiseido Professional dan Grown Alchemist.
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI MALAYSIA DENGAN GAYA RAMBUT PALING ‘ON-POINT’
Total Grooming Check oleh GLAM Lelaki menyorot gaya rambut Robert Pattinson & selebriti lelaki Malaysia yang menjadi rujukan grooming moden.











