MOMEN JAM TANGAN PALING BERPENGARUH TAHUN 2025
Dalam dunia horologi, jam tangan bukan sekadar penunjuk masa tetapi ia adalah simbol status, naratif peribadi dan pernyataan gaya lelaki moden. Tahun 2025 menyaksikan beberapa momen ikonik yang bukan sahaja mencetuskan perbualan global, malah mengubah landskap industri jam tangan mewah.
Taylor Swift & Cartier Santos Demoiselle
Dalam foto pertunangannya bersama Travis Kelce, Taylor Swift tampil anggun dengan jam tangan kegemarannya Cartier Santos Demoiselle. Tanpa pengumuman rasmi atau kempen besar-besaran, jam tangan klasik ini tiba-tiba menjadi rebutan. Pengedar jam vintaj di seluruh dunia melaporkan stok habis dalam masa singkat, membuktikan kuasa pengaruh selebriti apabila digabungkan dengan rekaan ikonik dan nilai sentimental.
Leonardo DiCaprio Rasmi Bersama Rolex
Rolex menambah satu lagi nama besar dalam senarai duta jenamanya apabila Leonardo DiCaprio secara rasmi menyertai Team Rolex. Pelakon legenda ini segera dilihat mengenakan Daytona edisi khas serta model baharu Land-Dweller. Menampilkan imej lelaki matang, berpengaruh dan berprinsip selari dengan DNA jenama The Crown ini. Langkah ini mengukuhkan lagi dominasi Rolex dalam dunia horologi dan budaya selebriti global.

Johan Ghazali & Rolex Datejust
Momen paling menyentuh hati tahun ini datang dari jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali. Selepas kejayaan dalam kariernya, Johan menghadiahkan ibunya seutas Rolex Datejust Two-Tone 31mm sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan terhadap seorang ibu. Detik penuh emosi ini memperlihatkan jam tangan bukan sekadar simbol kemewahan, tetapi lambang cinta dan kejayaan seorang anak.
TAG Heuer, LVMH & Formula 1: Era Baharu Bermula
Walaupun diumumkan hujung 2024, tahun 2025 menandakan peralihan kuasa rasmi dalam dunia Formula 1 apabila Rolex mengundur diri dan digantikan oleh LVMH dan TAG Heuer. Perjanjian selama 10 tahun ini menyaksikan TAG Heuer sebagai rakan masa rasmi. Louis Vuitton mengendalikan trofi, manakala Moët Hennessy menguasai podium champagne.

Dari sudut horologi, perubahan paling ketara ialah kehadiran jam pit lane TAG Heuer yang diinspirasikan daripada koleksi Formula 1 terbaharu dengan versi jam khas untuk setiap Grand Prix. TAG Heuer juga mencipta sejarah sebagai penaja utama Monaco GP, selain edisi khas untuk Las Vegas. Menariknya, musim ini menyaksikan McLaren dan Lando Norris muncul juara bersama Richard Mille, mengatasi Verstappen dan Red Bull.

Danielle New Jeans bersama OMEGA

OMEGA memperkenalkan koleksi Aqua Terra 30 mm terbaharu dalam sebuah majlis di Shogunzuka Seiryuden, yang terletak di kawasan pergunungan menghadap ibu kota budaya Jepun, Kyoto.
Acara tersebut menghimpunkan lima daripada enam duta kempen “my little secret”, termasuk model, usahawan dan aktivis Ashley Graham, serta bintang K-pop Danielle Marsh.
Artikel Berkaitan: PARK BO-GUM KINI DUTA OMEGA, MEMAKAI KOLEKSI SEAMASTER PLANET OCEAN DALAM KEMPEN RASMI
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Protected: THE DRAMA KING: AMIR AHNAF
There is no excerpt because this is a protected post.
DESIGNERS TO WATCH: NAMA PENTING DI SEBALIK KOLEKSI FALL/WINTER 2026
Fall/Winter 2026 menyaksikan kebangkitan pereka baharu dan nama besar yang menentukan masa depan fesyen lelaki.
5 PODCAST UNTUK TEMANI PETANG ANDA SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA
5 podcast tempatan menarik mengenai isu semasa dan juga berita hiburan untuk menemani petang anda sementara menunggu waktu berbuka.
JACOB ELORDI ANTARA SELEBRITI PALING BERGAYA 2025
Daripada Wuthering Heights, Jacob Elordi mengukuhkan reputasi sebagai aktor versatil dan ikon gaya lelaki moden 2025.
LVMH WATCH WEEK 2026: SOROTAN KOLEKSI TAG HEUER YANG MEMUKAU
LVMH Watch Week 2026 memperkenalkan inovasi dan reka bentuk terbaru dalam dunia jam tangan mewah, termasuk koleksi istimewa dari TAG Heuer.
5 PENAMPILAN JOHAN GHAZALI TAHUN 2025 PILIHAN GLAM LELAKI
Tahun 2025 menampilkan penampilan Johan Ghazali yang versatil, penuh karisma dan masih selesa untuk diikuti.











