Skip to content

hun haqeem armani beauty

SELAMAT HARI JADI YANG KE-28 HUN HAQEEM! KETAHUI LIMA PERKARA MENGENAI HUN HAQEEM & GLAM LELAKI LOVES HUN!

Kongsikan artikel ini

Happy 28th Birthday Hun Haqeem! GLAM Lelaki loves you!

Hun Haqeem merupakan antara pelakon generasi baharu yang kian mencuri perhatian dan mempunyai pengaruh besar dalam industri hiburan tempatan. Berbakat, berdisiplin serta memiliki personaliti yang bersahaja, Hun berjaya membina nama melalui usaha dan dedikasi yang konsisten.

Sempena hari jadi Hun Haqeem pada 7 Januari hari ini, ketahui lima perkara menarik mengenai Hun Haqeem, termasuk latar belakang dirinya.

Latar belakang dan permulaan kerjaya. 

Hun Haqeem atau nama sebenarnya Haqeem bin Hermy dilahirkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 7 Januari 1998. Sebelum dikenali sebagai pelakon, Hun memulakan langkah dalam industri seni sebagai model iklan dan pelakon tambahan. Sebelum itu, Hun pernah bekerja di salah sebuah kafe terkemuka lebih daripada 5 tahun. Pengalaman awalnya dalam drama Cari Aku Di Syurga (sebagai Ariff) menjadi lakonan pertama yang mengangkat nama Hun Haqeem.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hun Haqeem (@hunhaqeem)

Perkembangan kerjaya lakonan yang memberangsangkan. 

Hun mula mendapat perhatian menerusi watak-watak dalam drama yang memerlukan penghayatan emosi mendalam. Keupayaannya membawa watak romantik, konflik dalaman dan karakter matang menjadikan Hun antara pelakon lelaki yang sering diberi kepercayaan untuk memegang peranan utama. Pada tahun 2025, lakonan Hun sangat menyerlah melalui drama Mandul Bukan Pilihan.

The modern muse.

Hun Haqeem pernah menjadi cover boy GLAM Lelaki sebanyak dua kali. Hun menghiasi edisi cover digital November/Disember 2023, sebelum sekali lagi muncul di muka hadapan edisi fizikal September 2025, membuktikan tarikan serta relevansinya yang berterusan.

Duta wangian Emporio Armani Malaysia yang pertama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Armani beauty (@armanibeauty)

Dikenali dengan penampilan maskulin dan kemas, Hun mudah menyesuaikan diri dengan pelbagai gaya, daripada sut elegan hingga busana kasual moden. Imej ini menjadikannya pilihan jenama fesyen dan kecantikan. Lagi membanggakan, Hun dilantik sebagai duta untuk Emporio Armani Stronger With You.

Inspirasi generasi muda.

Hun Haqeem dikenali sebagai individu yang merendah diri, berdisiplin dan menghargai peminat. Sikap profesional serta fokus terhadap peningkatan diri menjadikannya inspirasi kepada generasi muda.

Artikel berkaitan: PELAKON HUN HAQEEM, DUTA WANGIAN EMPORIO ARMANI MALAYSIA YANG PERTAMA

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025

TOP 5 FILEM MALAYSIA PALING HANGAT TAHUN 2025

Bacaan Lanjut
6 SELEBRITI WANITA PALING MENYERLAH SEPANJANG TAHUN 2025

6 SELEBRITI WANITA PALING MENYERLAH SEPANJANG TAHUN 2025

Bacaan Lanjut

KETAHUI 6 SELEBRITI LELAKI PALING MENYERLAH 2025

Bacaan Lanjut
IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025

IMBAS 8 LELAKI YANG MENGHIASI COVER GLAM LELAKI 2025

Bacaan Lanjut
POP-UP 'ARMANI IN THE SPOTLIGHT' MENJADI PERHATIAN DI PAVILION KL

POP-UP ‘ARMANI IN THE SPOTLIGHT’ MENJADI PERHATIAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut
hun haqeem pelakon wanita

LIMA PELAKON WANITA YANG PERNAH BERLAKON DENGAN HUN HAQEEM

Bacaan Lanjut