DOLLA ANTARA LINE UP CONCERT K-SPARK DI MALAYSIA SELAIN G-DRAGON, ITZY, HWASA &DPR IAN
Kuala Lumpur bakal menjadi saksi kepada satu lagi detik besar dalam landskap muzik Asia apabila K-SPARK Concert bertempat di Stadium Merdeka pada 31 Januari 2026. Barisan penyayi seperti G-Dragon, ikon global K-pop dan ketua BIGBANG. Konsert ini turut menampilkan barisan nama besar seperti ITZY, Hwasa dan DPR Ian.
Namun, yang paling membanggakan buat peminat tempatan, kumpulan wanita Malaysia DOLLA turut disenaraikan sebagai antara barisan artis utama yang bakal berkongsi pentas bersama bintang antarabangsa.
Pengumuman rasmi ini menamatkan spekulasi peminat selepas akaun Instagram K-SPARK mendedahkan senarai penuh artis dan maklumat acara. Dianjurkan oleh platform pelancongan global Klook, K-SPARK diposisikan sebagai platform K-pop antarabangsa yang menghubungkan budaya, artis dan peminat dari pelbagai latar. Pemilihan Stadium Merdeka sebagai lokasi menambahkan nilai simbolik kepada acara ini, menjadikannya lebih daripada sekadar konsert, tetapi satu momen budaya muzik pop berskala besar.

G-Dragon Kembali Gegarkan Malaysia
Nama G-Dragon sahaja sudah cukup untuk mencetuskan gelombang keterujaan. Sebagai figura paling berpengaruh dalam sejarah K-pop, impaknya melangkaui muzik kepada fesyen, seni dan budaya global. Kemunculan terakhirnya di Malaysia pada Julai tahun lalu mencatatkan jualan tiket habis dalam masa yang sangat singkat.
DOLLA Bawa Nama Malaysia Ke Pentas Global
Namun, tumpuan istimewa turut terarah kepada DOLLA. Dolla yang kini berdiri sebagai antara kumpulan wanita Malaysia paling konsisten dalam membawa muzik pop tempatan ke tahap antarabangsa. Penyertaan mereka dalam K-SPARK bukan sekadar peluang persembahan, tetapi satu pengiktirafan terhadap evolusi muzik pop Malaysia di pentas serantau. Turut mewakili Malaysia ialah kumpulan lelaki 3P, mengukuhkan lagi kehadiran bakat tempatan dalam acara berskala global ini.

Walaupun maklumat tiket masih belum diumumkan, keterujaan peminat sudah mula terasa. Dengan rekod jualan pantas konsert G-Dragon sebelum ini, permintaan dijangka tinggi. Peminat disarankan untuk mengikuti saluran rasmi K-SPARK dan terus memantau perkembangan terkini.
Artikel Berkaitan: G-DRAGON BAKAL GEGARKAN PENTAS AXIATA ARENA BUKIT JALIL
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
8 LAGU BAHARU TEMPATAN ANDA PATUT DENGAR SEPANJANG BULAN OKTOBER 2026
Tiba masanya untuk update playlist lagu anda sempena bulan Oktober 2026 dengan keluaran lagu-lagu dari artis tempatan.
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.
LEBIH DARI 50 TETAMU, INI LINE-UP ASIA ARTIST AWARDS 2026 DI KAOHSIUNG!
Asia Artist Awards 2026 dibarisi lebih 50 tetamu dan bakal diadakan selama dua hari di Kaohsiung National Stadium Disember 2026 ini.
GABUNGAN HEBAT NMIXX DAN DOLLA UNTUK K-WAVE SUPER CONCERT KUALA LUMPUR
Ratu muzik genre-bending dari JYP Entertainment, NMIXX bakal menggegarkan pentas Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2025 ini di K-Wave Super Concert.
DOLLA KEMBALI DENGAN “MWA” BAWA GELOMBANG BARU
DOLLA kembali dengan single terbaharu MWA yang tampil lebih berani, matang dan penuh tenaga membuktikan evolusi serta identiti baharu mereka.
KOLEKSI KOLABORASI KEDUA G-SHOCK X ITZY
Duta jenama G-SHOCK, ITZY kini kembali dengan kolaborasi kedua sempena pelancaran GMD-S5610IT yang ditambah baik.











