MINIMAL PRINTS, BAGGY, SIMPLE DAN CLEAN LOOK ANTARA TREND STREETWEAR 2026
Streetwear 2026 menyaksikan perubahan ketara dalam cara generasi baharu mentafsir gaya. Jika suatu ketika dahulu logo besar, warna agresif dan grafik berat menjadi identiti utama, kini landskap streetwear bergerak ke arah sesuatu yang lebih matang, bersih dan naratif.
Minimal prints, potongan baggy, rekaan ringkas dan clean look muncul sebagai empat teras utama yang membentuk wajah streetwear moden.
Grafik Minimal “Less is More”
Trend grafik minimal menolak konsep grafik berlebihan. Cetakan kini lebih halus, simbolik dan bersifat naratif. Logo kecil, tipografi nipis, ilustrasi abstrak atau mesej ringkas menjadi pilihan utama penggemar fesyen streetwear di ibu kota. Ia memberi ruang kepada pemakai untuk mengekspresikan gaya tanpa perlu terlalu menonjol.
Streetwear tidak lagi tentang “siapa paling kuat visualnya”, tetapi lebih mementingkan material pakaian dan kualiti baju dan cetakan. Home For All atau HdPc antara jenama fesyen streetwear yang mengeluarkan koleksi mereka yang mempunyai cetakan minimal.
Baggy
Selain HdPc, kyrex antara jenama fesyen street wear yang mengangkat trend “basic” dalam koleksi terbaru mereka. Potongan ‘baggy’ ditambah pula dengan cetakan minimal, membuatkan koleksi jenama fesyen lokal ini tampak lebih eksklusif dan chic.
Potongan baggy kekal relevan pada 2026, namun tampil lebih refined. Seluar longgar dan T-shirt jatuh kemas memberi siluet santai tetapi berstruktur. Ia mencerminkan kebebasan pergerakan serta penolakan terhadap potongan standard tubuh yang terlalu rigid.
Simple & Clean.
Rekaan simple menjadi bahasa baharu streetwear. Garisan potongan jelas, warna neutral seperti hitam, kelabu, krim dan olive tetap mendominasi koleksi yang bakal di keluarkan seterusnya. Tanpa perincian rumit, setiap helaian memberi fokus kepada potongan, tekstur dan keseimbangan visual.
Clean look melengkapkan keseluruhan naratif streetwear 2026. Ia bukan tentang kelihatan mahal, tetapi kelihatan kemas, tersusun dan yakin. Kasut bersih, layering teratur dan padanan warna yang harmoni membentuk imej streetwear yang lebih dewasa dan sofistikated. SVG Worlwide dan OPT(oneplustwo) antara dua label fesyen lokal yang sangat menitikberatkan kualiti dan look jenama fesyen streetwear. Membuat kan setiap keluaran baru daripada mereka memberikan impak yang sangat besar untuk ‘branding’ dan juga generasi fesyen streetwear akan datang. Dengan penekanan terhadap ‘presentation’ mereka kepada setiap ‘drop’ yang dilakukan, membuatkan penggemar fesyen lokal ibu kota merasakan dihargai untuk memiliki ‘essential’ daripada SVG Worldwide dan juga OPT(oneplustwo).
SVG WORLDWIDE
OPT
Gaya ini menunjukkan bahawa streetwear tidak lagi eksklusif untuk remaja, tetapi telah berkembang menjadi bahasa fesyen lintas generasi.
Streetwear 2026 bukan lagi tentang mengikut hype, tetapi tentang membina identiti. Minimal prints, baggy, simple dan clean look memberi ruang kepada individu untuk membentuk gaya sendiri tanpa tekanan visual. Ia menandakan kematangan budaya streetwear di Malaysia. Dalam landskap fesyen yang sentiasa berubah, satu perkara menjadi jelas: streetwear tidak semakin hilang identitinya, tetapi semakin menemukan gayanya yang tersendiri.
Artikel Berkaitan: 7 JENAMA FESYEN COOL DARI ASIA TENGGARA
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
6 LABEL TEMPATAN YANG MENDOMINASI TAHUN 2025
Kini setaraf dengan label antarabangsa, label tempatan turut menjadi dominasi utama buat tahun 2025 yang meriah.
VISI BERANI: GELOMBANG BARU FESYEN MALAYSIA.
Pereka muda Malaysia mencetus gelombang baharu fesyen dengan visi berani, identiti tersendiri dan pendekatan inovatif.
ASHRAF ANUAR: VISI DAN GAYA DALAM DUNIA FESYEN SVG
SVG bukan sekadar jenama, ia adalah revolusi gaya yang SVG bukan sekadar jenama, ia adalah revolusi gaya yang diterajui oleh Ashraf Anuar.
HAKIM MAZLAN, “TO BE HONEST, I’M NOT THAT UPDATED ON FASHION.”
GLAM Lelaki berbual dengan Hakim Mazlan, pengasas jenama lokal streetwear ‘One Plus Two’. Hakim berkongsi nasihat dan impian untuk jenamanya.
ADAM AZMAN, MODEL GENERASI BAHARU BERCITA-CITA TINGGI
Adam Azman, nama baharu yang mula melibatkan diri dalam dunia peragaan tempatan. GLAM Lelaki bertanya beberapa soalan tentangnya.










