GENERASI GL: “TREND SENTIASA BERUBAH, TETAPI GAYA ITU SENDIRI SERING BERULANG,” SHAUN
GLAM Lelaki bawakan Generasi GL, untuk lembaran personaliti isu April 2026 dan kali ini, temubual bersama pemilik bersama HdPc, Shaun.
Generasi terkini yang menghasilkan karya kreativiti sebagai karier. Pelakon muda, peragawan, pempengaruh hingga ke usahawan. Setiap generasi muda ini dikumpulkan sebagai satu kelompok yang sama, Generasi GL sebagai wakil generasi terkini. Satu jenama fesyen tempatan yang hangat dan unik, HdPc dimiliki bersama oleh Shaun. GLAM Lelaki pertama kali bersua muka bersama Shaun ketika penggambaran GL Roompass di butk HdPc yang terletak di Jam PJ. Cukup dekat dengan pejabat kami. Shaun kemudian menjadi pilihan kami sebagai salah satu wajah, mewakili Generasi GL.

#1 Bagaimanakah pandangan anda terhadap persaingan yang sering diperkatakan antara Generasi Z dan Milenial?
Perdebatan Generasi Z vs Milenial memang boleh jadi menghiburkan, tetapi sebenarnya ia cuma dua generasi yang mendekati kehidupan dengan cara berbeza. Sudah tentu ada perbezaan pendapat. Namun, bagi saya kami sebenarnya saling melengkapi dengan baik. Satu generasi membawa pengalaman, satu lagi berani mempersoalkan “kenapa”, dan bersama-sama mungkin kita boleh mencipta cara yang lebih bijak untuk mengurus dan melihat dunia.
#2 Apakah satu perkara yang paling anda hargai tentang hidup pada tahun 2026?
Saya suka betapa segalanya terasa lebih nyata sekarang. Orang tidak lagi rasa terpaksa untuk mempunyai jawapan bagi segala-galanya mengikut acuan tradisional. Dengan peluang dan platform yang ada hari ini, semua orang mempunyai kebebasan untuk mengenal pasti apa yang benar-benar sesuai untuk diri mereka.
#3 Bagaimana anda mentakrifkan maksud muda (youth)? Adakah ia tentang umur atau pemikiran?
Bagi saya, menjadi muda lebih kepada cara berfikir. Teruskan rasa ingin tahu, terbuka kepada idea baharu, dan belajar untuk menerima perubahan tanpa terlalu tertekan.
#4 Pernahkah anda melalui detik di mana anda merasakan seolah-olah anda berada dalam generasi yang salah?
Saya tidak pernah benar-benar rasa tersisih. Setiap generasi ada daya tarikannya sendiri, tetapi saya sangat menghargai pengalaman yang saya dapat lalui, sama ada semasa membesar mahupun sekarang.
#5 Adakah anda percaya fesyen mempunyai sempadan generasi, atau ia wujud melangkaui umur dan masa?
Trend sentiasa berubah, tetapi gaya itu sendiri sering berulang. Fesyen melangkaui umur dan masa. Kita sentiasa boleh mencari inspirasi atau menghidupkan semula sesuatu daripada masa lalu dengan cara yang baharu.
Pautan berkaitan: GENERASI GL: “BELLA DIKELILINGI GOLONGAN YANG LEBIH BERUSIA DAN IA MENJADI IMPAK DALAM CARA BELLA BERFIKIR.” – BELLA DOWANNA
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KONSERT + TRIP LUAR NEGARA: TEMPAT MENARIK DALAM ASIA ANDA PATUT SINGGAH!
Kini, pergi ke konsert boleh jadi lebih teruja dengan trip Asia on the side. Sudah tiba masanya anda upgrade trip konsert anda!
CORTIS, ZARA LARSSON, JAMES ARTHUR DAN RAMAI LAGI LINE-UP SINGAPORE GP 2026
Tahun ini, Singapore GP 2026 tampilkan barisan artis antarabangsa yang bakal membuat persembahan, serta menjadi penantian ramai.
FAKTA MENARIK TENTANG FARAH ATHIRAH, ISTERI PELAKON JAZMY JUMA
Selepas diijabkabulkan bersama Jazmy Juma, Farah Athirah meraih lebih banyak perhatian dengan wajah cantiknya.
TAHNIAH! FATTAH AMIN & IKMAL AMRY SAMBUT KEHADIRAN AHLI KELUARGA BAHARU
Berita gembira hadir apabila dua GL Boys, Fattah Amin dan Ikmal Amry berkongsi khabar bahagia mengenai kelahiran cahaya mata mereka.
MILAN & PARIS FASHION WEEK MEN’S SS27: SIAPA SELEBRITI ASIA YANG HADIR?
Seperti biasa, Milan dan Paris Fashion Week SS27 kali ini dihadiri oleh selebriti Asia yang mewakili jenama masing-masing, dengan penuh gaya.
GLAM LELAKI X KAHF, SINERGI MASKULIN ALAF BARU BERSAMA LANGKAWI INTERNATIONAL HALF MARATHON
Sinergi eksklusif Kahf x GLAM Lelaki membongkar kisah penubuhan Langkawi International Half Marathon melalui filem dokumentari A Dream Path.











