5 KARYA LAKONAN AMIR AHNAF SEJAK DEBUT MESTI TONTON
Amir Ahnaf seringkali dikaitkan dengan bakat lakonan yang penuh emosi dan mendalam sejak drama sulungnya hingga ke layar perak.
Dalam tempoh hanya beberapa tahun, Amir Ahnaf berjaya membuktikan dirinya sebagai antara pelakon generasi baharu paling berpengaruh di Malaysia. Bermula dengan watak-watak kecil, namanya kini sinonim dengan karakter yang kompleks, emosional dan penuh intensiti. Keupayaannya membawakan pelbagai sisi watak, daripada remaja yang pendiam sehinggalah antagonis yang digeruni, menjadikan setiap naskhah lakonannya meninggalkan impak kepada penonton.
Bulan Julai 2026 menandakan satu lagi hubungan antara Amir Ahnaf dan GLAM Lelaki. Selepas menghiasi muka hadapan GLAM Lelaki pada tahun 2024 bersama Sky Iskandar, Amir kembali dengan cover solonya di GLAM Lelaki. Amir Ahnaf sentiasa menjadi salah seorang pelakon kesukaan GLAM Lelaki, dengan lakonan yang tidak dinafikan, sangat berbakat. Mari kita imbas semula antara karya lakonannya yang ikonik, setiap tahun sejak debut.
#1 Kisah Cinta Phoebe Dan Ejoi (2022)
Walaupun secara rasminya karya debut Amir Ahnaf merupakan siri Akim & Mira – Kisah Cinta 1999, Amir turut melakonkan siri dalam garis masa yang sama sebagai karakter utama. Baginya, chemistry antara dirinya dan pelakon di dalam siri ini sangat bagus. Amir turut sempat memuji pasangannya di dalam drama ini, Kimberly Chuah sebagai seorang pelakon yang semakin berjaya.
Drama bersiri ini membawa penonton kembali ke tahun 1998, mengisahkan pertemuan pertama Phoebe, pelajar baharu Tingkatan Enam dengan Ejoi. Ejoi telah jatuh hati kepada Phoebe sejak hari pertama persekolahan. Dalam suasana nostalgia era kaset, muzik dan kisah cinta remaja, hubungan mereka berkembang melalui pelbagai detik manis dan lucu ketika zaman persekolahan.
#2 Project High Council (2023)
Menjadi salah satu puncak utama populariti Amir Ahnaf meningkat, semestinya drama ikonik Project High Council patut berada di dalam senarai. Watak Kahar memberi impak yang cukup besar dalam karier Amir, katanya sendiri. Drama ini juga sangat penting buat Amir kerana dia dapat berganding bersama rakan baik yang dianggap sebagai seorang abang, Mierul Aiman.
Drama fenomena ini mengisahkan tentang pelajar di Kolej Ungku Deramat (KUDRAT). Fakhri (Mierul Aiman) berusaha menamatkan budaya buli dan penyalahgunaan kuasa oleh kumpulan elit dikenali sebagai High Council. Amir Ahnaf membawakan watak Kahar, Kapla atau ketua tertinggi High Council yang disegani dan ditakuti seluruh pelajar. Sebagai antagonis utama, Kahar terkenal dengan sifat tegas, manipulatif dan sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kuasanya.
#3 Kahar: Kapla High Council (2024)
Selepas kehangatan dari drama Project High Council, Amir membintangi filem pertamanya, Kahar: Kapla High Council sebagai watak utama filem itu. Bagi Amir, filem ini telah memberi peluang utama buatnya dalam dunia perfileman. Dari filem ini juga, persahabatannya bersama Aedy Ashraf dan Sky Iskandar terbentuk, brotherhood katanya.
Filem prekuel ini membawa penonton menelusuri kisah sebelum berlakunya peristiwa dalam Project: High Council. Ia memperlihatkan bagaimana seorang pelajar yang pendiam dan sering hidup di bawah bayang-bayang keluarganya akhirnya terlibat dalam pertandingan merebut jawatan Kapla. Perjalanan tersebut mengubah dirinya daripada seorang remaja biasa kepada individu yang berkuasa, namun kuasa itu turut mengubah peribadinya.
#4 Keluarga Itu (2025)
Menjadi salah satu drama yang paling banyak mengajar Amir, wataknya di dalam drama Keluarga Itu turut menjadi perhatian. Bak kata Amir, hampir setiap skrip yang diluahkan dalam drama ini merupakan hasil spontannya bersama Puteri Balqis.
Drama Keluarga Itu mengisahkan perjuangan hidup Iman (Rosyam Nor) dan isterinya, Chempaka (Umie Aida) bersama anak-anak. Kehidupan mereka dipenuhi konflik keluarga, cabaran membesarkan anak, dan ujian emosi yang sangat menguji kekuatan kasih sayang mereka. Watak Aman yang dilakonkan oleh Amir menjadi salah satu plot penting dalam drama ini, dengan gandingan bersama Dhamiah (Puteri Balqis).
#5 Tarung: Unforgiven (2026)
Dengan populariti dan bakatnya yang semakin meningkat, Amir Ahnaf sekali lagi menggagumkan orang ramai dengan lakonannya sebagai Ucop. Dikatakan sebagai support system utama dalam filem itu, Amir mendapat perhatian orang ramai. Selepas Kisah Cinta Phoebe Dan Ejoi serta Project High Council, duo ikonik Amir Ahnaf dan Mierul Aiman kembali sebagai rakan baik di dalam filem ini.
Tarung: Unforgiven mengangkat kisah dunia seni bela diri yang penuh dengan dendam, pengkhianatan dan perjuangan mencari penebusan. Di sebalik aksi pertarungan yang mendebarkan, filem ini turut menonjolkan perjalanan seorang individu yang terpaksa berhadapan dengan masa silam demi menentukan masa depan sendiri.
Bukan ini sahaja karya lakonan Amir Ahnaf, malah terdapat banyak lagi karya yang menonjolkan bakatnya dalam dunia lakonan. Pada tahun 2024, Amir turut membintangi filem antarabangsa pertamanya, Terkutuk. Filem Indonesia ini memberi cabaran buat Amir untuk bertutur dalam bahasa Indonesia. Antara filem yang turut kekal dalam ingatan Amir ialah Pendekar Awang Darah Indera Gajah. Mungkin kerana salah satu impiannya ialah untuk melakonkan filem bersejarah.
Drama Syurga Itu Bukan Mudah juga dipetik semula oleh Amir Ahnaf. Baginya, drama ini cukup kekal dalam ingatannya. Gandingan bersama Anna Jobling juga mendapat respon yang berbagai dari penonton. Tahun ini, Amir tidak berhenti untuk bekerja keras. Disamping dramanya yang bakal disiarkan, Cinta Dalam Sekam, lakonan bersama Siti Khadijah Halim, filem Baga juga bakal ditayangkan. Yang menariknya, penggambaran filem Noir Romance ini dilakukan sebelum Kahar: Kapla High Council.
Karier Amir semakin hari semakin besar, dan semuanya berbalik kepada titik utama, iaitu bakatnya.
Pautan berkaitan: TAHNIAH! FATTAH AMIN & IKMAL AMRY SAMBUT KEHADIRAN AHLI KELUARGA BAHARU
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ENAM PERSONALITI TEMPATAN CABAR DIRI SERTAI HYROX DI SHANGHAI, BARCELONA & SEOUL
Enam personaliti tempatan kini mencuri perhatian apabila menyertai cabaran kecergasan HYROX di Shanghai, Barcelona & Seoul. Acara yang terkenal sebagai gabungan larian dan latihan fungsi ini semakin popular dalam kalangan selebriti Malaysia
THE DRAMA KING: AMIR AHNAF
Amir Ahnaf berkongsi obsesinya terhadap seni, tanggungjawab membentuk landskap industri, dan bagaimana fesyen menjadi refleksi identiti.
TARUNG: UNFORGIVEN BAWAKAN BARISAN PELAKON HEBAT
Menghentak dunia perfileman tempatan dengan kuat, TARUNG: Unforgiven hadir dengan teaser yang menayangkan barisan pelakon hebat.
TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI MALAYSIA DENGAN GAYA RAMBUT PALING ‘ON-POINT’
Total Grooming Check oleh GLAM Lelaki menyorot gaya rambut Robert Pattinson & selebriti lelaki Malaysia yang menjadi rujukan grooming moden.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: AMIR AHNAF
GLAM Lelaki bawakan pelakon versatil Amir Ahnaf sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
ZARIF GHAZZI, MEERQEEN & WAJAH BARU LEBIH SENSASI
ZHARIF GHAZZI semakin menyerlah tahun 2025! Kenali wajah baharu industri lakonan tempatan yang berbakat dan berpotensi besar.











