Skip to content

IKON Y2K SEBENAR, GAYA 2000'S DAVID BECKHAM

IKON Y2K SEBENAR, GAYA 2000’S DAVID BECKHAM

Kongsikan artikel ini

Gaya David Beckham pada tahun 2000’s menjadi satu perbualan yang cukup ikonik dan sinonim dengan makna sebenar gaya Y2K. 

Tahukah anda, apa maksud gaya Y2K yang seringkali diperkatakan oleh Gen Z? Jaket kulit, boxy shirt, baggy pants serta tali pinggang statement, antara cara Gen Z express gaya Y2K dalam gaya harian mereka. Sebelum TikTok dipenuhi dengan trend Y2K dan Gen Z mula menghidupkan semula gaya era milenium, seorang lelaki sudah pun menjadikan estetika tersebut sebagai identitinya. Lelaki itu ialah David Beckham.

Persoalannya, apakah sebenarnya maksud gaya Y2K yang sering diperkatakan hari ini? Y2K atau Year 2000 merujuk kepada estetika fesyen yang popular sekitar penghujung 1990-an hingga awal 2000-an. Ia menampilkan siluet longgar, jaket kulit, kemeja berpotongan boxy, seluar baggy, cermin mata berwarna, aksesori berani dan tali pinggang bersaiz besar. Hari ini, Gen Z mengadaptasi semula elemen-elemen ini dengan sentuhan moden, namun ramai tidak sedar bahawa David Beckham sudah menggayakannya lebih dua dekad lalu.

Sebagai antara ikon fesyen lelaki paling berpengaruh, Beckham tidak sekadar mengikuti trend, malah menjadi individu yang membentuk landskap gaya lelaki era 2000-an.

Daripada gaya jalanan hinggalah penampilan di acara formal, setiap penampilan David Beckham sering menjadi inspirasi.

Jaket Kulit Timeless

 

gaya david beckham

Jika ada satu item yang sinonim dengan Beckham pada awal 2000-an, ia pastinya jaket kulit. Sama ada dipadankan bersama denim serta kemeja-T putih, jaket kulit menjadi item wajib yang menyerlahkan imej maskulin dan effortless. Kini, jaket kulit kembali menjadi pilihan ramai lelaki muda, membuktikan bahawa gaya klasik sememangnya tidak mengenal usia.

Seluar Baggy Dan Siluet Longgar

Sebelum era skinny jeans mengambil alih, Beckham lebih gemar mengenakan seluar denim atau cargo berpotongan longgar. Siluet ini memberi keselesaan serta aura santai yang kini kembali mendominasi pentas fesyen. Trend baggy pants yang menjadi kegilaan Gen Z hari ini sebenarnya mengimbau semula gaya yang pernah dipopularkan olehnya.

Baca: FENOMENA CHROME HEARTS DALAM DUNIA K-POP

Boxy Shirt Yang Kembali Mendominasi

T-Shirt oversized dengan potongan boxy merupakan satu lagi elemen penting dalam estetika Y2K. Beckham sering memadankannya dengan seluar denim atau seluar sukan, menghasilkan gaya yang ringkas tetapi tetap sofistikated. Hari ini, potongan boxy kembali menjadi pilihan utama pelbagai jenama fesyen mewah dan streetwear.

Tali Pinggang Statement Sebagai Fokus Gaya

gaya david beckham

Era 2000-an terkenal dengan aksesori yang lebih menyerlah, termasuk tali pinggang bersaiz besar dengan kepala buckle yang menonjol. Beckham sering menggunakan aksesori ini untuk melengkapkan penampilannya. Kini, statement belt kembali menjadi aksesori kegemaran generasi muda yang mahu memberi dimensi berbeza pada gaya harian mereka.

Cermin Mata Berwarna Dan Aksesori Berani

Trend kaca mata berlensa berwarna, rantai perak, gelang serta jam tangan bersaiz besar juga merupakan sebahagian daripada DNA fesyen Beckham ketika itu. Aksesori ini menjadikan setiap penampilan lebih berkarakter tanpa kelihatan berlebihan.

Baca: AKSESORI LELAKI 2026: 7 ITEM KECIL YANG TERUS NAIKKAN GAYA

Gaya Athleisure Sebelum Ia Menjadi Trend

Sebagai seorang atlet, Beckham turut tampil bergaya ketika di atas padang.  Jersi bola sepak, windbreaker, seluar trek dan sneakers dipakai di luar dan dalam padang jauh sebelum istilah athleisure menjadi popular. Hari ini, gaya tersebut menjadi sebahagian daripada rutin berpakaian lelaki moden.

gaya david beckham

Warisan Gaya Yang Terus Relevan

Apa yang menjadikan David Beckham ikon Y2K sebenar bukan sekadar pakaian yang digayakan, tetapi keyakinannya bereksperimen dengan trend tanpa mengorbankan identiti diri. Banyak trend yang kembali popular pada tahun 2026 sebenarnya pernah diperkenalkan olehnya lebih 20 tahun lalu.

gaya david beckham

Jadi, setiap kali anda melihat jaket kulit vintaj, seluar baggy, boxy shirt atau statement belt menghiasi media sosial, ingatlah bahawa David Beckham sudah pun membuktikan gaya tersebut mampu bertahan merentas zaman. Ada sebab mengapa namanya masih kekal sebagai antara ikon fesyen lelaki paling berpengaruh sehingga hari ini.

Pautan berkaitan: STATEMENT BELT + SAGGING KINI JADI GAYA KEGEMARAN GEN Z?

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

the beckhams

KETAHUI FAKTA 3 ANAK LELAKI DAVID & VICTORIA BECKHAM

Bacaan Lanjut

MENCARI SUT BAHARU? PERGI KE BOSS, SACOOR BROTHERS, MASSIMO DUTTI DAN BANYAK LAGI

Bacaan Lanjut

MANCHESTER UNITED 2025: ERA BAHARU RED DEVILS

Bacaan Lanjut

DAVID BECKHAM REDEFINES ERTI LELAKI SEJATI DENGAN BOSS

Bacaan Lanjut

TUDOR LANCAR SIRI BLACK BAY CHRONO ‘FLAMINGO BLUE’

Bacaan Lanjut

ALL EYES ON ROMEO BECKHAM PLEASE!

Bacaan Lanjut