Skip to content

AJL 40 TV3

10 LAGU BAKAL BERENTAP MEMBURU GELARAN JUARA ANUGERAH JUARA LAGU 40

Kongsikan artikel ini

Teka-teki mengenai barisan finalis Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) akhirnya terjawab apabila 10 buah lagu diumumkan mara ke pentas akhir bagi memburu gelaran juara selepas berakhirnya saingan Separuh Akhir. 

Perjalanan ke tahap ini bermula dengan pemilihan 20 karya daripada 30 lagu terbaik sepanjang carta Muzik-Muzik 40 (MM40), sebelum dipertaruhkan secara langsung.

Setiap naskhah dipersembahkan dengan penuh penghayatan apabila para artis mengorbankan sepenuh jiwa melalui vokal dan penceritaan, sekali gus menyerlahkan identiti tersendiri setiap karya. Di sebalik kemeriahan pentas, setiap daripadanya dinilai secara teliti oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Dato Acis bersama LY, Ad Samad, Siti Hajar dan Efry Arwis bagi menentukan lagu terbaik ke pentas seterusnya.

Sebanyak 10 buah lagu dipertandingkan dengan menampilkan gabungan penyanyi, komposer dan penulis lirik yang mewarnai industri muzik tempatan. Setiap karya hadir dengan identiti tersendiri, memperlihatkan kreativiti pengkarya dalam menghasilkan lagu yang berkualiti.

Lagu “Lumangad Oku Dika” nyanyian Ryenald Guntabid merupakan hasil ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Ryenald Guntabid.

Aina Abdul pula mempertaruhkan lagu “Kamu”, yang turut digubah dan ditulis liriknya oleh beliau sendiri, sekali gus menyerlahkan bakatnya sebagai penyanyi dan pencipta lagu.

Wani Kayrie tampil dengan lagu “Cak Cak Cekuk”, hasil ciptaan Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh. Ketiga-tiga nama yang sama turut bertanggungjawab menulis lirik lagu tersebut.

Lagu “Ke Mana Ni” mempertemukan Luca Sickta, Kmy Kmo dan Salammusik sebagai komposer, manakala liriknya dihasilkan oleh Kmy Kmo, Luca Sickta dan Salam.

Aisha Retno mempertandingkan lagu “Tak Adil”, yang digubah bersama Radi, sementara liriknya ditulis sepenuhnya oleh Aisha Retno.

Marsha Milan pula membawakan “Tangisan Seorang Pendosa”, sebuah lagu ciptaan Marsha Milan sendiri dengan lirik yang ditulis oleh Hazama.

Marsha Milan

Hazama mempertaruhkan lagu “Semacam Pandora”, yang digubah bersama Zimi, Genervie Kam dan Ritz Metalasia, manakala liriknya dihasilkan oleh Zel Hadauan.

Dayang Nurfaizah tampil dengan lagu “Lemah”, hasil ciptaan dan lirik Hael Husaini.

Amir Masdi mempertandingkan lagu “Nurcinta”, yang digubah bersama Edry Abd. Halim. Kedua-duanya turut bekerjasama menghasilkan lirik lagu tersebut.

Melengkapkan senarai ialah kumpulan K.O.I menerusi lagu “Tiwikarma”, ciptaan Zai Hamzah dan Hemo Globin. Lirik lagu ini pula dihasilkan oleh Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana dan Sapik Sam.

Kesemua lagu yang dipertandingkan menampilkan kepelbagaian genre serta kekuatan daripada barisan komposer dan penulis lirik berpengalaman, sekali gus menjanjikan persaingan yang sengit dalam pertandingan tersebut.

Artikel berkaitan: 8 LAGU RAYA BAHARU PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

pgl the musical 2026

AQASHA, AISHA RETNO & MILA MOHSIN PENERAJU UTAMA PUTERI GUNUNG LEDANG THE MUSICAL 2026

Bacaan Lanjut

20 LAGU YANG BAKAL BERENTAP DI ANUGERAH JUARA LAGU KE-40 SEPARUH AKHIR

Bacaan Lanjut

GL PLAYLIST: KOLEKSI LAGU RAYA TERBARU TAHUN 2026, DARI ALPHA, MIERUL AIMAN & HAEL HUSAINI.

Bacaan Lanjut
3 KONSERT YANG DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA PADA JANUARI 2026

3 KONSERT YANG DIADAKAN DI STADIUM MERDEKA PADA JANUARI 2026

Bacaan Lanjut

TEMA ‘MISMATCHED CHAOS’ MEWARNAI ACARA GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024

Bacaan Lanjut
glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut