BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS
BELL & ROSS MENERUSKAN MOMENTUM EVOLUSI RANGKAIAN BR-03 DENGAN MODEL TERBAHARU, BR-03 GMT GREEN LUM.
21 tahun setelah kali pertama model BR-03 diperkenalkan, Bell & Ross demikian menghidupkan semula nadi BR-03 dengan bertunjangkan semangat pengembaraan. Sejak tahun 2005, jenama jam tersebut menjadikan juruterbang dan pelayar dunia sebagai inspirasi, dimana elemen kokpit kapal terbang ditakrifkan sebagai jam tangan penerbangan.

BR-03 GMT GREEN LUM disaluti Super-Luminova C3.
Pada asalnya, Bell & Ross merovulasikan aureonutikal dalam kod reka bentuk jam tangan dengan penciptaan BR-01. Semenjak itu, identiti aviasi dipaut pada setiap koleksi, termasuklah BR-03, BR-05, BR-X5, dan BR-X3. Perhubungan antara bahan bergred tinggi dan pertukangan yang teliti meningkatkan lagi sifat daya tahan jenama ini. Reputasi berprestijnya menjadikannya tumpuan utama bagi tujuan utilitarian.
Evolusi berterusan BR-03
Lebih dua dasawarsa seterusnya, rangkaian ini kekal dengan saiz kompak, berlebarkan 42mm dan bertebalkan 11.3mm. Model baharu jenama the circle within the square ini adalah berdasarkan BR 03-93 GMT 2021, dan kini disaluti rona hijau dan elemen fotoluminesen untuk kebolehlihatan tanpa kompromi. Setiap digit, tangan, dan penanda jam disaluti Super-Luminova C3, varian serba canggih yang bersinar sehingga 10 jam selepas pendedahan kepada cahaya. Ia juga dilengkapi dengan kaliber automatik BR-CAL.303, menawarkan rizab kuasa 54 jam. Disertakan dengan tali serba hitam dan dial gradien hijau menegak yang mencerminkan rona Nothern Lights, model ini menggabungkan elemen anggun, elegan, serta maskulin yang sejajar dengan imej lelaki moden.

Model baharu BR-03 dapat memaparkan tiga zon waktu berlainan.
Selari dengan sifat juruterbang dan pengembara dunia, BR-03 GMT GREEN LUM dapat memaparkan dua zon waktu serentak. Zon waktu kedua dapat dibaca menggunakan tangan yang berbentuk segi tiga. Tambahan pula dengan penggunaan bezel yang berputar dwiarah, tiga zon waktu dapat dibaca, sekali gus menolak batasan penggunaan jam tangan bagi penggemar arloji.
Tidak dilupakan juga adalah unsur-unsur tanda kenal jam tangan jenama Perancis ini— kes berbentuk segi empat sama bertengahkan dail bulat serta skru di setiap sudut meningkatkan visi inspirasi kokpit Bell & Ross. Model ini juga kalis air sehingga 100m dan dilengkapi dengan kristal nilam di bahagian atas.
Artikel berkaitan: ZENITH PERKENALKAN CHRONOMASTER SPORT DAN TAMBAHAN DUA MODEL G.F.J. BAHARU.
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ZARIF GHAZZI MENCERMINKAN KARISMA ROYAL OAK OFFSHORE
Zarif Ghazzi membuka interpretasi tersendiri terhadap rekaan terbaharu Royal Oak Offshore, menyerlahkan semangat yang kekal relevan serta tenaga berani yang menjadi identiti koleksi ikonik ini.
FOSSIL SIGNATURE CS-1, KEMBALINYA FOSSIL KE ARENA PEMBUATAN JAM TANGAN SWISS
Reka bantuk minimalis, identiti jelas, serta ketukangan jam tangan Switzerland menjadi tumpuan utama Fossil Signature CS-1.
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
6 JAM TANGAN ALTERNATIF BAGI CARTIER TANK LOUIS
Berikut ialah 6 jam tangan alternatif untuk anda lihat sekiranya kita berkongsi jam tangan impian yang sama.
JAM TANGAN BERSAIZ KECIL PILIHAN LELAKI MODEN 2026
Tidak lagi perlu memakai jam yang dapat dilihat dari seberang bilik. Lima jam tangan bersaiz kecil ini mencuri perhatian dengan reka bentuk yang tersendiri.
LIMA TIPS FESYEN UNTUK TAMPIL BERGAYA ALA KABILAN JELEVAN
Daripada jam tangan flashy hingga seluar yang tampil baggy, GL melampirkan lima tips fesyen untuk tampil bergaya ala Kabilan Jelevan.











