ADAKAH SAMBUTAN KLFW DI KLCC PARK SUATU STRATEGI BIJAK?
MENGIMBANGKAN KESESAKAN, KOS, DAN IKLIM YANG TIDAK MENENTU, ADAKAH SAMBUTAN KLFW DI KLCC PARK SUATU STRATEGI BIJAK?
Acara kepulangan tahunan yang paling dinanti-nantikan bagi peminat fesyen di Kuala Lumpur akhirnya membuka tirai buat tahun kedua di Esplanade, KLCC Park. Daripada 3 hingga 9 Ogos 2026, Minggu Fesyen tempatan edisi ke-14 bakal menggabungkan sinergi yang mengubah pusat ibu kota menjadi arena gaya, kreativiti, dan budaya. Dengan bertemakan Destination: Home Ground, KLFW bakal meraikan identiti Malaysia melalui lebih 50 pereka fesyen. Daripada nama-nama besar industri seperti Rizman Ruzaini, crowd’s favourite seperti Uzair Shoid, hinggalah wajah baharu seperti Jeffrey Goh, kalendarnya mempamerkan kepelbagaian gaya dan inovasi kreatif. Namun, dengan geografi KLCC Park yang dikelilingi hiruk-pikuk bandar, adakah sambutan KL Fashion Week di sini satu langkah yang bijak?
Lebih eksklusif
KLFW sebelum ini sekian lamanya diadakan di gelanggang tengah Pavilion Kuala Lumpur, sebelum berpindah ke Sofitel Kuala Lumpur Damansara pada tahun 2023. Di sini, Minggu Fesyen Kuala Lumpur terbuka kepada orang awam dan dapat dilihat melalui pandangan atas pusat beli-belah. Pada tahun 2025, Minggu Fesyen Kuala Lumpur mula berkolaborasi bersama KLCC dan Suria KLCC, dimana khemah, pentas, dan backstage dibina khas di Esplanade, KLCC Park. Di sini, ruangnya lebih private, memberikan mood yang lebih eksklusif kepada para jemputan.
Disebalik dewan pameran, struktur binaan khas ini juga dilengkapi dengan panel skrin LED yang besar. Ia juga menayangkan pentas fesyen secara langsung, mewujudkan pengalaman lebih imersif bagi para perantau, pembeli, dan peminat fesyen.
Ruang lebih luas
Pemilihan KLCC Park sebagai lokasi KLFW memberi kelebihan dari segi ruang dan suasana. Ini terbukti dengan kawasan terbuka yang lebih luas untuk runway, tetamu, booths, serta aktiviti sampingan. Berbanding Pavilion yang lebih tertumpu pada ruang komersial, KLCC Park menawarkan latar yang lebih eksklusif dan fleksibel untuk acara fesyen berskala besar.
Aksesibiliti
Berbancuh seni dan praktikaliti, memprioritikan kemudahan buat para tetamu juga merupakan antara faktor yang penting. Esplanade merupakan satu titik tengah yang mudah bagi peminat fesyen dari seluruh bandar Kuala Lumpur. Ini kerana sifat geografinya yang mudah diakses melalui pengangkutan awam, termasuklah MRT laluan Putrajaya dan LRT laluan Kelana Jaya. Di sela-sela jadual KLFW, model, pereka fesyen, dan para hadirin juga boleh berkelana di pusat membeli-belah untuk mengisi masa.
Cuaca Tidak Menentu
Sebagai acara yang berlangsung di ruang terbuka, KLFW sememangnya perlu mengambil kira cuaca tropika Malaysia yang sukar dijangka. Daripada panas terik hingga hujan tiba-tiba, pengalaman tetamu bergantung pada aspek keselesaan. Oleh itu, perlindungan cuaca perlu dirancang, seperti laluan berbumbung dari pusat beli-belah ke kawasan acara.
Artikel berkaitan: PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?
Mengintergrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 MODEL LELAKI YANG BAKAL BERJALAN DI PENTAS FESYEN KLFW 2026
Seperti biasa, KLFW 2026 bukan sahaja dihiasi rekaan penuh gaya, malah wajah-wajah model yang bakal menghiasi pentas runway.
PEMAKAIAN ‘THRIFTED CLOTHES’ DI KL FASHION WEEK 2026 – WAJAR ATAU SEBALIKNYA?
Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.Menjelang tahun keempat belas KL Fashion Week, fesyen sentiasa berevolusi, namun kecaman tetap mengiringi.
KLFW 2026: SIAPA PEREKA YANG BAKAL MENAWAN KUALA LUMPUR TAHUN INI?
KLFW 2026 kembali dengan barisan pereka fesyen tanah air yang memainkan peranan besar dalam dunia fesyen di Malaysia.
GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025
GLAM Lelaki mengimbau kembali detik-detik berharga bersama selebriti, GL Team dan pelbagai jenama sepanjang 2025 dalam GL25.
AVANT-GARDE & HIGH FASHION DESIGNER “ON YOUR RADAR”
Sorotan pereka avant-garde dan high fashion Malaysia yang wajar diberi perhatian dalam landskap fesyen kontemporari tempatan.
MASYADI MANSOOR ‘REDEFINED’ MAKNA FESYEN STREETWEAR MALAYSIA
Masyadi Mansoor 'redefined' fesyen streetwear Malaysia dengan rekaan avant-garde, menggabungkan seni, budaya dan jiwa moden di pentas global.











