SUICIDE PREVENTION MONTH: 5 PERKHIDMATAN KAUNSELING DIBAWAH RM100
Lihatkan perkhidmatan kaunseling yang tidak memberi impak besar pada kewangan, namun dapat memberi impak besar dalam rawatan.
Bulan September menandakan mulanya kita melangkah ke Suicide Prevention Month. Terutamanya di Malaysia, kesihatan mental masih lagi menjadi sebuah topik taboo. Kadangkala, sukar bagi kita membuka cerita peribadi kepada kenalan lantaran faktor privasi dan keresahan. Disinilah sesi kaunseling atau terapi dapat memberi peranan, disamping memberi pandangan yang profesional dan lebih mendalam.
Kira-kira 30% rakyat Malaysia terkesan dengan masalah kesihatan mental. Jumlah ini mungkin kelihatan kecil, namun mengikut statistik populasi, ia memberi impak kepada sekurang-kurangnya 10 juta orang. Apa yang lebih membimbangkan, lebih daripada separuh peratusan individu yang terimpak dengan masalah kesihatan mental tidak didiagnos dan dirawat lebih-lebih lagi lelaki.
Mencari kaunselor, ahli terapi, atau ahli psikologi boleh menjadi suatu proses yang sukar. Kadangkala, temujanji perlu dilakukan berbulan sebelum. Faktor kekangan lain adalah kewangan, dimana sesi terapi dapat memakan wang yang besar terutamanya jika ditambah dengan ubat jika perlu. Namun, kesemua faktor ini tidak lagi perlu dirisaukan. Bagi menyokong Suicide Prevention Month tahun ini, GLAM Lelaki menghimpunkan perkhidmatan-perkhidmatan kaunseling di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.
1. HumanKind
Kos: RM50 (ahli terapi pelatih) dan RM150 (ahli terapi profesional) untuk 50 minit.
Waktu: 8.00am – 9.00pm, Isnin – Ahad.
2. Hospital Pengajar UPM

Kos: RM50 untuk 60 minit.
Waktu: 8.00am – 1.00pm, Isnin – Khamis.
3. Cara Cara
Kos: RM60 (ahli terapi pelatih) dan RM130 (ahli terapi profesional) untuk 60 minit.
Waktu: 10.00am – 9.30pm, Isnin – Ahad.
4. Meraky
Kos: RM60 untuk 60 minit.
Waktu: 10.00am – 8.00pm, Isnin – Ahad.
5. People
Kos: RM70 untuk 1 jam 15 minit.
Waktu: 10.00am – 8.00pm, Isnin – Ahad.
Artikel berkaitan: SUICIDE PREVENTION MONTH: 5 TALIAN BANTUAN UNTUK ANDA HUBUNGI
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SUICIDE PREVENTION MONTH: 5 TALIAN BANTUAN UNTUK ANDA HUBUNGI
Sempena Suicide Prevention Month, banyak talian bantuan yang sedia membantu mereka yang memerlukan bantuan, tidak kira masa.
LELAKI DAN PERUBAHAN: MENYEIMBANGKAN KEJAYAAN & KESIHATAN MENTAL
Keseimbangan dalam kejayaan dan kesihatan mental buat lelaki amat penting lebih-lebih lagi apabila ia dipandang kecil oleh masyarakat.
TRAGIS TAPI BENAR: 7 SELEBRITI DUNIA YANG MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMURUNGAN
Kemurungan ragut nyawa ramai selebriti dunia. Kisah mereka buka mata kita tentang pentingnya sokongan dan kesedaran kesihatan mental.
DI SEBALIK LELAKI AGRESIF: REALITI YANG PERLU LELAKI HADAM
Ramai antara kita dibesarkan dalam budaya yang menormalisasikan dominasi lelaki dalam hubungan. Ayuh selami...
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI
Secara skeptikalnya, lelaki sering dikatakan untuk tidak mencari sokongan kesihatan mental kerana norma budaya dan sosial.
SELEBRITI YANG BERGELUT DENGAN KESIHATAN MENTAL & TERBUKA BERCAKAP MENGENAINYA
Gangguan mental bukanlah isu enteng. Pemergian Angus Cloud dan Sinead O'Connor turut dikaitkan dengan masalah ini.











