Skip to content

ONITSUKA TIGER TAI-CHI OG KEMBALI DENGAN SILUET IKONIK AWAL 2000-AN

ONITSUKA TIGER TAI-CHI OG KEMBALI DENGAN SILUET IKONIK AWAL 2000-AN

Kongsikan artikel ini

Onitsuka Tiger menggabungkan warisan, minimalisme dan fungsi dalam rekaan TAI-CHI OG yang relevan untuk gaya masa kini.

Onitsuka Tiger terus menghidupkan semula legasi reka bentuknya menerusi TAI-CHI OG. Model ini   mengambil inspirasi daripada kasut asal TAI-CHI yang diperkenalkan pada tahun 2003. Menampilkan siluet langsing dan reka bentuk minimalis, kasut ini membawa kembali estetika ikonik era awal 2000-an dengan sentuhan yang lebih moden.

TAI-CHI diperkenalkan ketika Onitsuka Tiger memasuki lembaran baharu sebagai jenama fesyen pada awal 2000-an. Diilhamkan daripada kasut tai chi, model tersebut menjadi antara rekaan penting dalam era kebangkitan semula Onitsuka Tiger. Khususnya menerusi bentuknya yang ringkas, rendah dan tidak berlebihan.

onitsuka tiger tai-chi

Kini, TAI-CHI OG mengekalkan beberapa elemen utama daripada model asal termasuk reka bentuk bahagian hadapan kasut yang polos serta profil rendah yang menjadi identitinya. Namun, ia diberikan kemasan yang disesuaikan dengan gaya hidup moden, menjadikannya pilihan versatil untuk digayakan dalam rutin harian. Salah satu perincian yang menyerlah ialah Onitsuka Tiger Stripes pada bahagian atas kasut yang diperbuat daripada kulit premium. Elemen ikonik tersebut memberikan kontras tersendiri terhadap keseluruhan rekaan yang minimal. Ia sekali gus mengekalkan DNA visual Onitsuka Tiger tanpa mengorbankan estetika bersahaja.

onitsuka tiger tai-chi

TAI-CHI OG ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu WHITE/BLACK, BLACK/WHITE dan YELLOW/BLACK. Setiap kombinasi memberikan karakter berbeza. Daripada gaya klasik dan bersih kepada pilihan yang lebih berani untuk mereka yang gemarkan sedikit warna dalam penampilan.

DIRAKAM DI TENGAH KESIBUKAN HONG KONG

Kehadiran TAI-CHI OG turut diraikan menerusi kempen yang dirakam sepenuhnya di Hong Kong. Memanfaatkan latar urban kota yang dihuni oleh pelbagai budaya dan nilai, visual kempen tersebut mengetengahkan bentuk langsing serta karakter refined yang dibawa oleh model terbaharu ini.

onitsuka tiger tai-chi

Pendekatan visual tersebut selari dengan identiti TAI-CHI OG yang menggabungkan sejarah dan inovasi. Ia mengambil DNA daripada model terdahulu, namun diterjemahkan semula untuk generasi hari ini. TAI-CHI OG mula dilancarkan secara berperingkat di kedai-kedai Onitsuka Tiger di seluruh dunia serta laman rasmi dalam talian bermula 10 September 2026.

Dengan siluet yang tidak lapuk dek zaman dan reka bentuk yang cukup minimal untuk dipadankan dengan pelbagai gaya, TAI-CHI OG membuktikan bahawa sesetengah rekaan tidak perlu terlalu banyak perubahan untuk kekal relevan. Kadangkala, kembali kepada asas adalah langkah paling bergaya.

Pautan berkaitan: SENARAI PENAMPILAN PENUH GAYA HUSSAIN JAMILUL DI BIG STAGE X ROCKETFUEL

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LOAFERS VS SNEAKERS: APA PILIHAN LELAKI BERGAYA 2026?

LOAFERS VS SNEAKERS: APA PILIHAN LELAKI BERGAYA 2026?

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER PERKENALKAN “ROTEMIT™” — SILUET BAHARU BERINSPIRASIKAN KASUT BOLA TAMPAR ERA 1980-AN

ONITSUKA TIGER PERKENALKAN “ROTEMIT™”, SILUET BAHARU BERINSPIRASIKAN KASUT BOLA TAMPAR ERA 80’AN

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER X MALAYSIA: SILUET IKONIK MEXICO 66™ DAN BAJU T EDISI TERHAD

ONITSUKA TIGER X MALAYSIA, HADIRKAN MEXICO 66™ DAN BAJU T YANG PENUH GAYA

Bacaan Lanjut
LANGKAH BRGAYA 2026: KOLEKSI KASUT LELAKI PALING 'HOT' MUSIM INI

LANGKAH BERGAYA 2026: KOLEKSI SNEAKERS LELAKI PALING ‘HOT’ MUSIM INI

Bacaan Lanjut
5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI

5 KASUT MESTI ADA BULAN DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
WANGIAN PERTAMA DARI ONITSUKA TIGER: WEARING QUIET RADIANCE

WANGIAN PERTAMA DARI ONITSUKA TIGER: WEARING QUIET RADIANCE

Bacaan Lanjut