Skip to content

5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER

5 SUMBER PROTEIN TERBAIK SELAIN PROTEIN POWDER

Kongsikan artikel ini

Setiap gym bro mesti lazim dengan pergelutan dalam mencukupkan protein goal harian. Seringkali dilihat, lelaki yang cuba mengamalkan gaya hidup sihat sentiasa memilih makanan low effort, high reward tanpa mengira rasa dan rupa makanan. Namun, ini menjadi antara punca mengapa ramai yang sukar konsisten dalam menjaga pemakanan terutamanya dalam jangka masa panjang. Sekadar mengharapkan serbuk protein juga bukanlah langkah yang sustainable, lebih-lebih lagi ingin menahan rasanya yang cukup memeritkan.

Bagi yang membutuhkan cheat sheet untuk mencapai sasaran protein harian anda, GLAM Lelaki memberikan lima sumber protein yang terbaik selain protein powder yang boleh anda cuba, termasuklah sumber tumbuhan.

 

Tuna

AYAM BRAND TUNA CHUNK IN WATER 150G - MTY Grocery

Tuna menawarkan nisbah kalori kepada protein (calorie to protein ratio) yang terendah, iaitu 120 kalori memberikan 30 gram protein. Bagi yang ingin menurunkan berat badan sambil membina otot, ini adalah pilihan yang paling tepat.

Kalori/100g: 120kkal

Protein: 30g

 

Ayam

Biarpun direbus, dibakar, atau digoreng menggunakan air fryer, ayam, terutamanya dada ayam, merupakan sumber protein yang paling versatil untuk dimasak. Selain daripada ayam dan brokoli yang menjadi menu kebiasaan, cuba resepi baru yang sihat dan sedap seperti ayam sup.

Kalori/100g: 160kkal

Protein: 30g

 

Tempeh

Tempe Almond - Cookidoo® – the official Thermomix® recipe platform

Makanan yang berasal dari Indonesia ini cukup digemari kerana rasanya yang unik dan impaknya yang sihat. Ia rendah karbohidrat dan tinggi protein. Asal-usulnya dari soya juga menawarkan protein yang bersifat vegan secara semulajadi. 193 kalori di dalam 100 gram tempeh dapat memberikan 19 gram protein.

Kalori/100g: 193kkal

Protein: 19g

 

Edamame

How To Eat Shelled Edamame – 7-Day No-Sugar High-Fiber Anti ...

Selain protein, edamame juga tinggi serat yang membantu sistem penghadaman. Kacang lembut dari Jepun ini merupakan antara sumber protein sayur-sayuran dan murah – sesuai untuk snek tatkala rasa ingin menguyah.

Kalori/100g: 121kkal

Protein: 12g

 

Oatside High Protein Oat M*lk

 

View this post on Instagram

 

A post shared by OATSIDE (@oatside)

Berbanding serbuk protein, Oatside High Protein Oat M*lk memberikan rasa yang lebih berkrim dan lazat. Tersedia dalam perisa vanila, coklat, dan juga kopi, Oatside kini merupakan antara jenama susu alternatif utama disekitar Asia Tenggara bagi menggantikan produk tenusu. Ia juga sejajar dengan amalan mampan untuk mengurangkan impak kepada alam sekitar.

Kalori/250ml: 188kkal

Protein: 20g

Artikel berkaitan: 5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GL PLAYLIST: 10 LAGU UNTUK MEMBERI HYPE KETIKA BERSENAM

GL PLAYLIST: 10 LAGU HYPE UNTUK MEMBAKAR SEMANGAT KETIKA BERSENAM

Bacaan Lanjut
5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

5 SENAMAN SELEBRITI LOKAL UNTUK SOSOK BADAN SASA

Bacaan Lanjut

BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF

Bacaan Lanjut

MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU

Bacaan Lanjut
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA

Bacaan Lanjut
ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut