UNDIAN GL THE MAN AWARDS 2026 BERMULA! KENALI 10 NOMINEE GL STYLE’S CHOICE
GL The Man Awards kembali buat edisi 2026. Penerima Style’s Choice bakal dipilih oleh para pembaca GLAM Lelaki melalui undian. Sebelum itu, kenali 10 nominee ini!
Menganjak kita ke bulan Oktober, membawa makna bahawa GL The Man Awards kini kembali buat edisi 2026. GLAM Lelaki amat berbesar hati untuk mengumumkan bahawa co-chair kami pada tahun ini adalah seorang individu ternama yang sekian lama terpahat di landskap industri lakonan. Tidak lain tidak bukan, Aedy Ashraff.
Sekali lagi, GLAM Lelaki menyediakan 10 kategori secara keseluruhan. Buat satu malam, kami menyambut 10 individu yang paling berpengaruh dalam dunia fesyen serta dunia hiburan lelaki moden kini. Untuk menambahkan lagi signifikan malam penuh prestij ini, kami memberi ruang buat para pembaca GLAM Lelaki untuk memilih pemenang bagi satu kategori istimewa, iaitu Style’s Choice. Disini, seorang individu penuh stail dapat diundi oleh pihak umum.
Jadi, sebelum anda membuat pilihan, mari kenali 10 nama yang tercalon sebagai penerima GL The Man Awards 2026 Style’s Choice ini!
Undi disini: GL THE MAN AWARDS 2026 STYLE’S CHOICE
1. Amir Ahnaf
Sebagai our July cover boy, Amir Ahnaf bukanlah lagi asing buat GL. Pemegang watak Kahar ini baru sahaja membuat debut dalam dunia nyanyian dengan single terbarunya, Gadis Melayu Terakhir. Selain dunia hiburan, Amir juga diangkat dalam dunia fesyen oleh jenama-jenama antarabangsa seperti Cartier dan Uniqlo.
2. The boys of KUDRAT 1968
Kudrat 1968 menampilkan Evertts Gomes, Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Akmal Asyraf, dan Chech Harith. Menambah kronologi baru dalam dunia High Council, keenam-enam pelakon utama ini hadir dengan latar belakang dan karisma tersendiri.
3. Hussain Jamilul
Para peminat pertandingan Big Stage Rocketfuel semestinya serasi dengan nama juara ini. Kolaborasi berpanjangan Hussain Jamilul bersama Emri mula menyisip dirinya dalam dunia dan mata peminat fesyen. Lihat sahaja peragaannya di Minggu Fesyen Kuala Lumpur bulan lalu!
4. Zarif Ghazzi
Meskipun dengan usia muda, nama Zarif Ghazzi kian meningkat di dunia siber. Tahun ini, bakat lakonan Zarif terserlah menerusi watak-watak divers yang dimainkan, seperti dalam filem Kudrat 1968, Seribu Tahun, dan Satu, Dua… Dia?. Gayanya minimalis namun rapi, menyerlahkan lagi penampilannya.
5. Gbril
Baru sahaja menghiasi isu GLAM Lelaki Volume 4 dalam temu bual eksklusif Dorm GL. Ternyata, Gbril terus-menerus mencuri perhatian GLAM Lelaki dan para pembacanya. Dahulunya seorang model, Gbril mula berjinak dalam bidang lakonan pada tahun lepas dengan Dorm 403. Dia juga pernah berkolaborasi bersama GL bagi lembaran fesyen Volume 3.
6. Jemput Dengar
Dengan tagline terkenalnya, Make Malaysia Disco Again, Jemput Dengar menghidupkan semula ritma disko bagi latar bunyi Malaysia. Semuanya terbukti dalam diskografi mirrorball man ini, termasuklah bagi single terbarunya Julai lalu bersama The Impatient Sisters, Gembira Cinta.
7. Zac Daniel
Zac Daniel memberi nafas baru dalam tapestri model tanah air. Persona androgynous Zac membaurkan aura yang cukup unik, yang hanya lebih terserlah ketika peragaannya di KLFW 2026 Ogos lalu.
8. Dannnqrack
Februari lalu, Dannnqrack, dalam kolaborasi bersama Eemrun, melancarkan album untuk menzahirkan rasa cinta mereka terhadap kota Kuala Lumpur. Rapper underground ini juga kini dalam proses membina album solo berjudul SOULJA. Sekilas pandangan pada akaun Instagramnya jelas memaparkan cita rasa solidnya dalam fesyen: raggy, baggy, dan saggy.
9. Hakimi Noordin
Tidak dinafikan bakat Hakimi Noordin yang serba boleh dalam dunia lakonan. Namun yang lebih menarik adalah minatnya yang mendalam terhadap dunia fitness. Hakimi sering dilihat menyertai acara sukan hangat Hyrox. After hours? Hakimi berpaling kepada fesyen, dengan jenama megah seperti Giorgio Armani dan Rado.
10. Johan Ghazali
Johan Ghazali menjadi sebuah figura terhormat dalam dunia pertarungan. Di bawah naungan Rentap Muay Thai Gym, Jojo membina reputasi di pentas ONE Championship dan menjadi nama penting yang membawa nama Malaysia ke pentas Muay Thai dunia.
Pautan berkaitan: EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Mengintegrasikan fesyen dan advokasi, one article at a time.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL THE MAN AWARDS 2026 STYLE’S CHOICE
GLAM Lelaki kembali dengan kategori eksklusif buat GL The Man Awards 2026, Style's Choice bersama Co-Chair yang akan diumumkan nanti.
AVANT-GARDE & HIGH FASHION DESIGNER “ON YOUR RADAR”
Sorotan pereka avant-garde dan high fashion Malaysia yang wajar diberi perhatian dalam landskap fesyen kontemporari tempatan.
RECAP GL THE MAN AWARDS 2025: 10 BEST LOOK PILIHAN GLAM LELAKI
GLAM Lelaki memilih 10 best look yang menjadi pilihan kami pada hari acara GL The Man Awards 2025, bertemakan black & sleek.
5 STAIL ‘OOTD’ STYLISH HAN PIN MENURUT GLAM LELAKI
Sebagai antara figura lelaki berpengaruh, Han Pin dikenali bukan sahaja kerana personalitinya yang berkarisma, tetapi juga gaya fesyennya.
GL THE MAN AWARDS 2025, “USAHAWAN FESYEN TERBAIK”-ASAL.LELAKI
"Kami bersyukur kerana memiliki pelanggan setia yang benar-benar menghargai keaslian dan identiti jenama Asal.Lelaki," Hazwan & Muzzamil.
SELAIN NOH SALLEH, SIAPAKAH LELAKI DI MALAYSIA YANG LAYAK DINOBATKAN “THE STYLE HERO”?
Berikut merupakan lima nama lain yang GLAM Lelaki rasa wajar bergelar “The Style Hero”. Maybe next year's GL The Man Awards?











